Jul 22, 2010

duhai hati....






Duhai kalbu..
Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..
Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…
Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Sok kuat tiada maknanya seketika..
Hakikat insaniah yang lemah…
Merungkai kebenaran…
Ya Allah yang maha kuasa..
Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..
Kugagahi jua perjalanan ini..
Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..
Ketentuan dan ketetapan…
Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…
Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..
Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..
Keutamaan cinta yang kekal abadi…
''taubat itu harus berlangsung terus menerus dalam segala keadaan,walaupun manusia itu emmang tidak sepi daripada kesalahan.''

hah???mak?



assalamualikum sufi..

tiba2 teringin plak nak story apa da jadi tyme 2nd day kt kg..hehe..geli hati la bila ingat semula...

kisah nya mcm ni...ari selasa aritu,penulis kena temankn nenk yah(maid nenek) g bawa RAMZIATUN INSYEERAH(cousin) g klinik tuk injection baby...so by hook or by crook penulis kenalh folow..ikut perintah...=0

RAMZIATUN INSYEERAH

tyme smpi ke klinik tu xde org...sebb da tgh hari...alhamdulillah la...but,after penulis n nenek yah duduk jer smntara tunggu tuk dpanggil..eh,ramai la plak yg datang...hehe

while waitg our que,erm,tgk la gelagat budak2 lari sana lari sini...suke2..mcm nk join plak..hehe

smpi masanya,numb 13 dpanggil...numb penulis la tu...so,penulis pun dukung la syeerah...then duduk la kt ats kerusi yg pihak clinik sediakn...then,nurse pun tanya la mcm2...

our dialog lebih kurg camni la...

nurse: hye,insyeera...da besa yer...
penulis: ha'ah da besa da...nakal.(smbil gelak2 ngan nurse)..
nurse: da 12 bulan yer...
penulis: ha'ah..(dengan yakinnya penulis menjwab padahal xtau pun berapa..hehe)
nurse: xpe,kita nk timg dy dulu yer..
penulis: ok..(smbil angkt syeera tuk dbawa k tmpat penimbg)

letakkn syera ats penimbang..



nurse:erm..da naik da 1 kg...so sy tulis kt buku ni 9 kg yer...
penulis: ee...syeera da besa la sayang...patut la berat..(smbil cium pipi dy)
nurse:ok,kita nk ukur dy plak

penulis letkkn syeera ats tmpt pengukur ketinggian..


nurse: oo...da tinggi da...
penulis hanya mampu tersenyum smbil mendukung syeera kembali n duduk sblah nurse..

dialoq b'smbung...
nurse: ada ruam2 tak kt badan dy?
penulis: rasenya tak...ok jer..
nurse: ye la takut ada ruam2 ker,kudis ker...dy da pndi conteng2 ke belum?
penulis: err...(smbl betulkn tudung)
nurse;mksudnya,akak bagi buku kt dy,dy da pndi conteng tak?
penulis:alamk nurse,tu sy xtau plak...sy ni kakk sedara dy jer...tanya nnk ni yg jaga dy..(smbl pegang tangan nenk yah)..
nurse: oo...bukan mak syeera(smbil wat muka pelik)...
penulis: bukan la nurse...hehe..ni ank mkcik sy...mkcik xdpt dtg sebb dy keje...
nurse: sy ingtkn akk ni mak syeera...hehe...

sy gelak,nurse pun gelak...
smbil dlm hati penulis curious,''tua sgt ke muka aku ni''...xpela,mayb muka seorg ibu yg bertggjawab kot..kikihh..nurse tu tertipu la...

mest dlm hati nurse pun tertanya2...haha...erm geli hati plak...

dialog kami bkn stop setkat 2 jer...ada lg yg wat nurse tu x puas hatii...mcm2 dtya nya...erm,...ape2la...

dconclusion is....bgtau dulu perkara sbnr sblum org syak wasangka yg x elok kt kita na..okla....

p/s: bila kt clinik,penulis blajar byk perkara tntg hal uruskn baby...tq nurse..
tp,pent jgak layan nurse yg sgt peramah tu....

‎"Sesungguhnya seorang Mukmin dengan kebagusan akhlaknya dia akan mencapai tingkat (mendapatkan taraf pahala) orang yang berpuasa yang bangun beribadat pada waktu malamnya."
(Riwayat Abu Daud)

on d way ke tg karang...

oh sufi,i miss u so much..
First of all, it's weird actually as nobody ask me to update this blog of mine despite I haven't post anything yet for a week..

Where have they been huh?

Never mind.

So, it has been a week. What should I write? Hmm.

act,im x with my lappy for 3 days...uhh..mis my lappy very much..n most import thing,i really miss my sufi n fb..u know y?coz i decided to go to my village,tg karang n im x bring it together..and now im coming!!!!hehe...

ok,no story to share..but,juz i want to tell u what i gonna to write..haha...(klakar plak)

balik kg nek motor...n im realized that my mum worried abot me...but i know how to take care of my self..ya la,on d road anytg can be hapen rite..??accident,ujan n others..it maybe takes high risk..but if ALLAH wills we are protected...huhu..

dad time rasenya bawa moto paling slow..60-70 km/hr...haha...slow sgt...nak nikmati angin waktu ptg tapi dtkdirkan ada la satu LORI ni,lalu kt sebelah n then makin lama makin himpit my moto.then i terbabas la kt tepi2 rumput tu..alhamdulillah rumput,bukan parit...uiissh...kalu x elak konfirm i da tersentuh lori tu,then jatuh..uihh,alhamdulillah ya ALLAH..rasenya time nk mulkn journey td bace doa...eerr(garu2 pale)..


sufi,rese mcm teraniaya plak bila lori tu wat camtu..tapi,xpe la...mayb ALLAH nk tgk kot sejauh mana kesabaran kita...tp ssshhhh..diam2 tau..x bgtau mak pun pasai benda ni...takut..hehe..xpo la,da selamat da pun smpi..

btw,juz to remind u all..hati2 ler if atas jalan tu...bahaya...paling pentg,jgn lupa bace doa..sebab hanya ALLAH jer tmpt kita berlindung...(ni ingatan utk diri sendri gak)

anway,my journey from kapar to kg...sgt bez waktu ptg tu...the wind blow into my face remind me abot my vacation with my frenz when we are in LANGKAWI..miss them so much!!!
xpela,tu cite next time k...

''Memberi maaf mampu membuka belenggu2 sakit hati & mampu menyingkirkan kebencian....:)''

Jul 17, 2010

wAhAi TuhAN...



Tuhan..
Aku ingin selalu menghina diriku di hadapan-Mu..
Dan aku mengaku..
Engkaulah Yang Maha Sempurna..

Tuhan..
Himpunan dosa ku menghimpit benak ku..
Mengharap ampunan-Mu teramatlah aku butuhkan..
Mengharap pembelaan-Mu dalam setiap langkah ku..
Mengharap kaseh-Mu dalam setiap hela nafasku..

Tuhan..
Aku tidak pernah putus harap pada-Mu..
Kerana Engkau lah yang telah berkehendak demikian pada ku..
Engkau lah yang memperjalankan aku untuk jangan berputus harap pada-Mu..
Engkau ingin aku selalu berharap pada-Mu..
Dan bila aku mengharap..
Engkau juga berharap..
Engkau lah yang cukup sempurna di hati ku..

Tuhan..
Dengan se izin-Mu..
Engkau telah memperjalankan seluruh cinta ku pada-Mu..
Cinta pada Mu mahu aku mengenali siapa Engkau di hati ku..
Kelazatannya terkadang Engkau pamerkan..
Terkadang pula..
Engkau selindungkan..
Terkadang aku faham..
Terkadang pula aku buntu..
Itulah diri ku yang bodoh dalam mengenali-Mu..
Bodoh dalam berCinta..
Bodoh dalam berTerus terang pada-Mu..

Namun..
Hanya satu..
Aku perlu yakin..
Dalam bodohnya aku memahami-Mu..
Rupa-rupanya aku mencintai-Mu..





" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

Jul 15, 2010

golongan Yang manakah kita??

TIGA GOLONGAN UMAT DI AKHIR ZAMAN

Rasulullah SAW bersabda:

“ Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.

(HR. Thabrani)



''berhati-hatilah terhadap doa orang yang teraniaya dan airmata orang yang tidak berdaya''

istImewanyalah Wanita Itu..

19 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT HADIS

1. Doa wanita itu lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , "
Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu
lebih baik daripada 1000 lelaki yang
soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan
anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah .Dan orang yang
takutkan Allah SWT akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka
pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak
Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta sikap bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua
orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pun pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya,
maka semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya
kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." "Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada
suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah SWT memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.
bersyukur aku dilahirkan sebagai wanita...

WarKAH buAT isteri..


ke ribaan isteri tersayang..

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis.




Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.




Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.




Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim…Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah.




Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”“Ya Rabbi…Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu.




Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan.




Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup.




Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti.




Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.Didikan ini sangat mahal harganya.




Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.




Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

''syurga isteri dbawah telapak kaki suami''

only me,

ameera

Wahai ibu,wahai bapa,tarbiyahlah anakmu...

sekadar untuk renungan bersama...this 1 i copied from mawar2berduri.blogspot..just 2 share coz 1 day we also will bcome parents 2 our children..hopefully,there is lesson 4 us to learn..

Kasih ibu terhadap anaknya tidak bermusim , berbeza kasih anak buat ibu hanya pada saat dan tika tertentu .
Barangkali lah [ pada hemat saya ] , dunia hari ini perlukan "hari ibu" untuk memaut ingatan dan kasih insan bergelar anak buat ibu mereka .



Dunia seperti insaf betapa hari ini ibu menjadi bahan antik yang disimpan atau diperosok ke rumah orang - orang tua dan sebahagiannya ditinggal sendirian membilang hari mati .Kecil saiznya dan sedikit pula jumlahnya buat manusia bertaraf ibu yang mampu mengecap kebahagiaan disamping anak - anak hingga ke akhir hayat mereka .


Hanya anak - anak yang solehah memiliki keupayaan menjaga dan membelai sang ibu biar usia memamah seri wajahnya sehingga sang ibu ini menghembuskan nafas akhirnya dengan tenang di pangkuan anak .

Namun anak yang sanggup bertahan dengan karenah ibu tua bukan mudah dicari . Saya membenarkan kata - kata entah dari siapa yang mengatakan : Ibu seorang boleh membelai dan membesarkan sepuluh orang anaknya namun anak yang sepuluh ini belum tentu dapat membelai dan menjaga ibunya yang seorang .

Ucapan saya ialah " Ibu ! Tarbiyahlah anak - anakmu agar mereka menjadi insan yang soleh dan seterusnya turun ke medan lantas berjuang untuk menegakkan agama Allah swt . Saya kira , anak seperti inilah akan membuatkan ibu bangga dan bahagia ."

Firman Allah swt :




Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya ( penyejuk mata hati ), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa"


( Surah al Furqan . Ayat : 74 )



Anak adalah anugerah Ilahi yang menjadi amanah ke atas setiap ibubapa , bukan sahaja untuk mengasihinya bahkan juga memelihara dan mendidik agar ia membesar sebagai insan yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. Justeru itu , Nabi saw menegaskan :



ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يُمَجِّسَانِهِ




Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .


( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )



Anak adalah merupakan asset atau permata hidup kita. Mereka membantu hayat rumah tangga kita dan juga keceriaannya . Mereka jugalah penyambung warisan keluarga dan ummah , malah Nabi saw. sangat berbangga dengan ramainya jumlah ummat Baginda di akhir zaman . Sabda Rasulullah saw :



تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم



Kahwinilah oleh mu akan isteri yang penyayang dan boleh melahirkan anak , maka sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummat.


( Riwayat Abi Daud dan an Nasa’I )
Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak bukan suatu yang mudah , sementelah pula kita hari ini terpaksa membesarkan anak di zaman yang terlalu rosak persekitarannya.
Ibubapa perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikkan anak yang pastinya tidak terhad kepada memberi pelajaran akademik tetapi juga mendidik jiwa mereka agar sedia untuk melaksanakan suruhan Ilahi .
Melengkapkan asuhan mereka sehingga mampu memiliki keperibadian mulia sebagai benteng kukuh menghalang pencemaran akhlak dewasa kini.


Terlebih penting ialah memiliki Aqidah yang benar dan Spiritual yang yang mantap agar mereka selamat pula dari gejala riddah dan ajaran sesat yang kian luas menular .


Pengajaran dari wasiat Lukmanul Hakim .


13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".


14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.


16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.


17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


Intisari Tarbiyyah dari Wasiat Luqman :


· Membina Aqidah kukuh agar tidak syirik .
. Asuhan agar mentaati Ibu bapa .
· Meyakini pembalasan Ilahi. ( syurga neraka & dosa pahala )
· Melaksanakan Ibadah asas seperti solat
· Mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat .
. Sabar menghadapi apa jua musibah tatkala melayari bahtera kehidupan .
· Jauhi sifat tercela seperti Takabbur dsbnya.
· Hiasi diri dengan sifat mahmudah seperti merendah diri dsbnya.


Inilah silibus utama dalam Pendidikan Anak yang perlu kita laksanakan.


Antara lainnya sabda Rasululullah saw. :








مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عليها وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في الْمَضَاجِ




Perintah anak – anak kamu supaya mendirikan solat sedang usia mereka telah meningkat 7 tahun dan pukullah mereka ( jika mereka enggan ) apabila umur mereka meningkat 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka ( lelaki dan perempuan )


( Hadis Sohih Riwayat Imam Ahmad , Abi Daud , al Hakim dan al Baihaqi )




PETUA ALIM ULAMA’ DALAM MENDIDIK ANAK -
ANAK NAKAL .


1. Baca Surah al Fatihah dan hadiahkan kepada Baginda Rasulullah saw.


2. Selawat al Fatih : 100 kali




اللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ وَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِيْ إِلىَ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمَ وَ عَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَ مِقْدَارِهِ اْلعَظِيْمِ









3.Surah Ali Imran . Ayat : 83


4. Ayat al Kursi . 170 kali5. Surah at Taubah . Ayat 46 : 100 Kali .


Ayat – ayat tersebut dibaca pada air dan gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian .


ANAK DEGIL .


Baca ayat “ Salam Yassin ” : Ayat ke 58 dari surah Yassin .Baca atau amalkan ayat ini tatkala matahari hampir terbenam atau di tengah malam jumaat sebanyak 313 kali . Sebelum membacanya , terlebih dahulu baca surah al Fatihah sebanyak 5 kali di hadiahkan kepada Rasulullah saw , Alim Ulama’ , Para Syuhada’ , Ibu bapa dan muslimin muslimat seluruhnya.


MELAHIRKAN ANAK YANG MENJAUHKAN DIRI DARI MAKSIAT.


Kepada pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata , hendaklah memperbanyakkan membaca surah at Taubah . Semoga anak yang bakal lahir menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.
Semoga Allah memberkati kita semua .
Imam Tabarani meriwayatkan hadis daripada saiyidina Anas bin Malik Bahawa nabi saw. telah bersabda :



من ساء خلقه من الرقيق و الدواب و الصبيان فاقرءوا في أذنه





''Narrated Abu Huraira: A man came to Allah's Apostle and said, "O Allah's Apostle! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me?" The Prophet said, "Your mother." The man said. "Who is next?" The Prophet said, "Your mother" The man further said, "Who is next?" The Prophet said, "Your mothe'r" The...... man asked for the 4th time, "Who is next?" The Prophet said, "Your father"

selamat beramal.
STRIVE FOR MARDHATILLAH

Jul 14, 2010

Sedih itU adA UbATnya..





Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.


Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah swt


Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt


Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya


Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya


Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.


Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

''ingatlah ALLAH dalam hatimu,nescaya Dia akan mengingati kita''

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Jul 13, 2010

suDilah pAndang kami ya RABB..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

''Tuhanku, aku adalah hamba yang faqir kepada-Mu. Jika aku faqir dalam kekayaanku, bagaimanakah aku faqir dan kefaqiranku ? Karena kefaqiran itulah, di sepertiga malam terakhir ini aku bersimpuh di pintu-Mu, untuk berdoa kepada-Mu.''

dHUHA..pintu rezkimu..



SEMBAHYANG DHUHA



Murahkan rezeki, menolak kepapaan



Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”



Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.



Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)



Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )





subhanallah..moga kita dlm golongan org yang menunaikan ibadat sunat kpdNya...memang kelebihansolat sunat dhuha ini xdpt disangkal lagi..kalu nk merasainya..lakukan la dgn istiqamah..insyaALLAH,anda akan merasai perbezaannya..


SELAMAT BERAMAL...



Jul 7, 2010

Duhai wanita..

PEREMPUAN vs MUSLIMAH

PEREMPUAN

Apabila teruna memerhatikan dikau,

kau membalas renungan matanya,

pabila teruna mendekati selangkah,

kau datang berpuluh langkah,

pabila teruna memujuk rayu,

kau lemah dalam pangkuannya,

pabila teruna memberi harapan,

kau hanyut dalam angan langkah.




MUSLIMAH
Apabila teruna memandang dikau,
kau tunduk mengelak panah syaitan,
pabila teruna mendekati selangkah,
kau undur seribu langkah,
pabila teruna memujuk rayu,
kau anggap itulah kalimah iblis syaitan,
pabila teruna menutur harapan indah,
kau yakin janjiNya lebih bahagia disana,
kerna kau mengerti dan menyedari
akan erti maruah peribadi sejati,
yang diselaputi iman yang hakiki,
yang tidak semudah itu..

''andai langit menjadi kelam,jadilah bintang yang bersinar,andai berada di ribuan bintang,jadilah kejora yang tiada tandingannya''

Jul 5, 2010

JalAn sYurGaMu bErSaMa RaBIatul AdAwiYah..




salam wahai sufi,kekasih hatiku,=)

Saat ku terjaga dari tido jam pkul 230am..erm..mata mengantuk lagi..jarang sekali kuterjaga saat lena dbuai mimpi..sekali ltakkn kepala,setlah ambil wudhu',kubaca doa mohon perlindungan dariNya,..mudah2han lenaku tidak dganggu oleh mimpi2 yg tidak sepatutnya..ku niat dlm hati moga dpt ku bangun keesokan harinya agar dpt sujud sembah pada penciptaku..


alhamdulillah,jam 445am..alarm fon ku tutup..lantas ku angkat kepala dari tmpat lenaku..syukur tidak terkira kern dpt kekuatanNya untuk bagun saat yang lain lena bersama mimpi indah..ku bangun lantas terus menuju ke blik air yg hanya berdepan dbilik ku..

selsai solat sunat kumohon pd ALLAH mga dri ini sentiasa dlm bimbinganNYA.ku takut dan khuatir andai diri ini lupa tujuan kudihidupkan d bumi ALLAH..

''ya rabbi,tuhan yang memiliki hati,tuhan yang memiliki segala isi,tuhan yg mengatur segla diksi,aku mohon,moon dgn resah hati,mohon dgn segala kerisauan yg abadi,agar diri ini kembali utuh,..tuh..utuh yg beerti kekal,kekal yg bermaksud istiqamah,istiqamah pada hati,hati yg bertaut pada cintaMu yg sejati..''


kupanjatkan kesyukaran atas nikmat yg tidak berbelah bagi..yg kutahu,tidak boleh kubalas walau 7 lautan,namun hanya yg kumampu lakukan hanyalah sujud menyembah padaNya..dan aku masih bersyukur kerana masih berada landasannya yg betul..masih mngikut segala peraturan dijalanNya...walupun ku tahu,liku2 dhadapn ku...aku yakin ada tangga menuju ke syurgaNya,lantas ku sabar dan tabah dgn redhanya...
ku tahu,cintaku untukMu ya ALLAH,x sehebat cinta rabiatul adawiyah kepadaMu..sesungguhnya,aku amat cemburu kpdnya krn terpilih untuk masuk ke syurgaMu..aku ingin menjadi sepertinya..bermunajat kepadamu untuk memecah kesunyian malam..
kujuga ingin memohon doa seperti mana doa rabiatul adawiyah kpdMu..

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada
segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada
segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur
nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di
hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran
pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan
burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada
tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan
melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan
menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik
maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di
hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya
yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat
kepada-Mu.”

Raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian
kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang
mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.
Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang
terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang
berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab
Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing,
Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya
aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan
takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau
menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika
Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak
bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk
berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”
betapa hebatnya rabiatul adawiyah terhadap cinta tuhan...Ya ALLAH,adakah aku setanding dia..subhanallah...





quran kucapai dan kubaca nota2 cinta dari ALLAH,meskipun ku tak memahami isi hatinya,tapi,dgn bantuan tafsir dsebelahnya kuhayati apa yg tertulis..alhamdulillah...


azan berkumandang,tanda waktu subuh da masuk..5.55am...masih sunyi..intai2 luar umah sblum amik wudhu' ...ada la jgak 4-5 buah rumah apartment kat depan tu da 0nn lampu..erm..mungkin azan tadi yg kejutkan mereka..xpela..mungkin 630am t ramai la yg bangun kot...cepat2 ku ambil wudu' tuk solt subuh....


sbnrnya pagi ni nak pergi pusat zakat tuk amik borang BUP..mudah2han dpt la elaun sara dri waktu study kat mesir t..insyaALLAH...


lantas ku buka lamari baju tuk pilih baju yg sesuai tuk dpakai...pilih2 baju..tapi,xde yg sesuai pun.lgpun da sgt2 boring asyik pakai baju yg sama jer..erm..tiba2 hati kecilku terdetik..ya ALLAH..ku paki baju bkan tuk melawa tapi untuk tutup auratku...aku beristigfar....ya ALLAH..ampunkan aku...hambamu berdosa...moga taubatku dterima..insyaALLAH..cpat2 ku amik baju jubah seluar bawarna coklat tua,baju raya last year..ku padankan dgn tudung bewarna coklat berbunga sebagai hijabku..alhamdulillah..selesai...


sufi,hari ni memg sgt letih ckit sbnrnya....perg kesana cni ikut ayah mak..yela,sebab kat umah sgt2 boring tak tau apa nk dbuat...masuk u pun lmbat lagi...tapi,akn kuhargai waktu2 ni..lpas ni mungkin da xde langsung kat umah...masuk u..lagi2 jauh plak tu...insyaALLAH,hargai dgn sebaik2 nya..


kini,mlam dtg lagi...saat ku picit punat2 laptop ni,jam da lewat mlm...harus ku rehatkan badan agar segar tuk lakukn rutin harian ku...alhamdulillah...masih dberi kesempatan untuk ku bertinta...esok dan selamya...begitu la aku..hehehe



''kita sering minta kpdNya,tapi bila dtunjukkn,kita sering mensia-siakannya,jwapan ALLAH tidak kita dgr,jalan yg dtunjukknya tidak kita ikut teladan yg dberikan kita pinggirkan..''kembali la kepadanya...




Jul 4, 2010

Qalbi wa qalbu..


Hanya seketul daging yang bisa merosakkan dirimu...


''orang yang tidak menguasai matanya,hatinya tidak ada harganya''

Jul 2, 2010

Innallaha ma'ana.

special to all my dearest frens..hope u'll enjoy ur life as uni student..may ALLAH bless all of u..
no words i can describe how thankful i am to have frens like u all..lots and lots memory we had together..to ANA,AIN,BAITI,SAIDAH and others..sorry if i forget to write ur name..but,i'm always miss u all..gud luck in urlife..insyaALLAH,ALLAH will guide all of u..ameenn,...






''kawan yang baik adalah seperti mata dgn tangan.apbila mata menangis,tangan akan tolong lapkan,tapi bila tangan sakit,mata akan mengalirkan air mata''





Raza4u.com Get -Graphics












Alhamdulillah...masih berpeluang tuk bertinta....syukur sangat...=)


sufi,inginku berkongsi...



ISRAEL KAU LAKNATULLAH




Kau fikir kau sudah kuat


kau lakukan kekejaman sana sini


tanpa sedikit pun belas kasihan


tidak kira lelaki mahupun perempuan


tua atau muda




sehinggakan anak kecil sekalipun


diperlakukan seperti binatang


manusia jenis apakah kau israel?




kau fikir kau sudah hebat


kau megah dengan senjata yang kau miliki


kau ancam mereka dengan senapang


kau ancam mereka dengan bom


kau bunuh mereka semua yang tidak berdosa


yang cuma mahukan hak mereka


yang cuma mahukan kebebasan


yang cuma mahukan keamanan




kau fikir kau sudah menang


kau bangga dengan kekejaman kau


kau mentertawakan mereka yang lemah


kau pijak-pijak mereka


kau siksa mereka hidup-hidup


hey israel..


kemenangan kau tidak lama


kau tunggulah bala tentera dari ALLAH


yang akan menghancurkan israel




ketika itu kau tidak mampu lagi berlari


tiada sapa yang akan membantumu


tiada sapa yang akan menyelamatkanmu




kau akan terima pembalasan yang lebih teruk


daripada perbuatan kau israel


sabarlah wahai israel


waktunya pasti akan tiba


dan kemenangan hakiki akan jadi milik kami




''ALLAHUAKHBAR''
''STRIVE FOR MARDHATILLAH''
''malang datang bukan kita pinta,tapi kalau malang da didepan mata,tak bermakna ALLAH tak sayangkan kita''

Jul 1, 2010

SeHiRis peria...SecaNgkir Madu..

SeHiris pEria seCangkir Madu,seTabah oRang yAng meNghadaPinya...


Sufi,
ku fkir,hidup ni semudah yg dsangkakan..namun,untuk menghirup secangkir madu tu perlulah rasakan sehiris peria dulu..ye ker??mungkin bkan kita je yg dlm kesusahan,namun orang yg berda dsekeliling kita bahkn ramai lagi orang berada dluar sana sedang bersusah payah untuk mengejar apa yang diimpikannya..



tak semua orang tabah menghadapinya cuma kadang2 kita adalah insan yg dpilih oleh ALLAH untuk menerima HADIAH darpdNya..



Masa yang berlalu,kian meninggalkan kita tanpa meninggalkan sepatah kata tapi memberikan seribu kenangan dan tanda tanya..pahit,manis,lumrah kehidupan yg perlu kita tempuh..umur semakin meningkat,kubur semakin dekat..
cakap pasal kubur,tadi time keluar umah ngan mak beli barang, lalu sebelah tanah perkuburan..orang ramai sebab ada jenazah yang nak dkebumikan..tiba2 terpk n terus tanya mak..
''mak,agak2 bila yer waktu kita pulak?''
''wallahu a'lam''jawab mak..hehe
senang jer kan jawapn..yela ,memg kita tak tahu pun bila ajal kita..tapi,sume tu da dtetapkan oleh ALLAH da..tunggu jer masanya..

''malaikat maut datang,
tak boleh kata tidak,
walau sesaat,
apatah lagi seminit''


mungkin perjuangan kita belum selesai tapi kematian menghampiri kita..mungkin kita merasakan hidup ni terlalu penat untuk kita hadapi..by hook or by crook we must face it.bagi yang tabah,tahniah buat anda,bagi yang kelemahan,bangkitlah..ALLAH sentiasa disisi kita..








sufi,jantung hatiku,

pengalaman yang lepas telah mengajarku menjadi lebih tabah untuk teruskan kehidupan ini..walupun jatuh,ku bangkit kembali..ku yakin,semakin ku menghampiriNya semakin banyak yang ku terima dariMu ya ALLAH..ku redha ketentuanMu..


secebis cahaya yang menerangi hidupku,menjadi pelita dalam kamar hatiku untuk memimpin ku ke jalanMu..ku tahu liku2 dihadapanku milikMu..ku harung lopak-lopak dijalanmu,ku tempuh ribut melanda,ku panjat gunung keinsafanku..


kadang-kadang,ku sampai ke puncak,namun ku jatuh ke jurang dalam..ku tahu,bukannya Kau tak mengizinkanku mengecapi nikmatMu tapi,ku yakin Kau x mahu ku alpa dlam kgembiraan..syukran Ya Allah..



walupun nikmatMu hanya sementara tapi ku pasti kasih sayangMu adalah selamanya..pintaku ya Allah,janganlah Kau putuskan aku dari harapanMu..dekatkan aku dgn rahmatMu..lindungi aku dari seksa api nerakaMu..




kini,ku hanya mampu menadah tangan kepadaMu di atas qadaq dan qadarku..mengharap hidayahMu,mohon belas ikhsanMu,meminta perlindunganMu..
ya ALLAH,kau pemilik jiwaku ini,
suburkan laman hatiku ini agar ku tidak jauh dariMu..inginku bajai ia dgn ketakwaan,akan kusirami ia dengan keimanan dan akan kutuai hasilnya agar ku dapat memiliki SYURGAMU ya ALLAH..
ku sedar,hidup x semudah yang disangkakan..nak senang bukan senang.nak susah,bukan susah..hidup kat dunia ni,kalu tak betul2..sia2 lah jawabnya..buatlah amal kebaikan selagi nyawa dikandung badan..sebab amalan2 kita akan dtuntut untuk menentukan kehidupan kita yg abadi..beruntunglah bagi orang2 yang beriman..sudah tentulah tempatnya du jannah ALLAH..insyaALLAH..kita dimana?syurga atau neraka?biarlah amalan kita yg menentukannya..
buat sahabat,temanku sekalian,mungkin kesusahan yang kita hadapi ini tak berpanjangan..ingatlah,kemanisannya akan datang menghampiri kita..biarlah onak duri menikam,namun jangan lupa tikar sujudmu pada yang Esa.pecahkan lah benteng keegoanmu .kasih ALLAH akn tetap bersama kita..
pintaku,agar sahabat sentiasa dlm redha ALLAH dan tidak putus dari rahmatNya..



''semalam menjadi pelajaran,hari ini ialah kehidupan,esok membawa pengharapan,paling penting,jangan berhenti berharap''
only me,
ameera