Jan 26, 2012


''BUKAN PERTAMA YANG KUCARI,
TAPI YANG TERAKHIR YANG KU INGIN MILIKI''


Strive for Mardhatillah

hari lahir ke 21

assalamualaikum wbkt

entah kenapa hari lahir tahun ni hatiku sayu sekali.ucapan tahniah yang melimpah tidak dapat mengusir kesepian dihatiku ini..tiba-tiba teringat kata-kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”

Ya, semalam ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir suku abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai.maaf kerana ucapan adakalanya xterbalas.hanya Dia yang akan mampu memberi ganjaran kepada semua..wallahua'lam

“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “
Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!

p/s:tahun ni kali kedua sambut hari lahir bersama kawan-kawan..mereka penyeri dikala
suka dan lara..syukran ya ALLAH,kerana kurniakan mereka kepada aku..

Strive for Mardhatillah

Jan 16, 2012

kerana dakwah dan tarbiyah

assalamualikum wbkt..
dengan kasih ALLAH kerana ALLAH,ana bermula..

terjatuh tersungkur…ouch…sakit kn..??

tp diriku sedar,dr situlh tarbiyyah Allah bermula..

bila tgk org b’dakwah,hati berbisik.. “mcm senang je..tryla..”

bila dh menapak di alam tarbiyyah dunia dakwah…

subhanallah..baru thu bgaimana rs nya..

prnh skali, kaki hmpir bosan mlangkah…

maka t’jd lah insiden…

  • malaslaa nk p usrah..
  • malas nk solat..
  • malas bc qur’an..
sedih2..huuu…tp Alhamdulillah…
diri cpt t’hantuk(mcm sngaja hantuk jek??)
sedar kembali..dan kembali melangkah…
^^struggling for life…life for dakwah…dakwah for ISLAM!!
TAKBIR!!!!!

p/s:diri terasa membuak buak dengan dakwah yang kubawa ini..
siapa kita??kita,yang membawa islam

Strive for Mardhatillah

Jangan lemah duhai Dai'e sekalian

salam wbkt...

sedikit renungan untuk para dai'e diluar sana..

Allah… Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Wahai daie… Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.

Wahai daie… Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah… Ingat kembali sabda Rasul S.A.W mafhumnya :

Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]

Wahai daie… Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah… Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).

Wahai daie… Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.

Wahai daie… Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah ‘terbius’ oleh kecintaan kepada-Nya.

Wahai daie… Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]

Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..

Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]

Kuatlah sahabatku…

credit to artikel iluvislam..

Strive for Mardhatillah

khadijah n puteri nurull sanim shahamah:)

Salam Ukhuwwah Fillah abadan abada… ^_^

Wahai sahabatku…
Andai kalian mengharapkan teman sebaik Abu Bakar As-siddiq..
Maka ana bukanlah orangnya..
Andai kalian mengharapkan teman seikhlas Umar al-khattab..
Maka ana bukanlah orangnya..
Andai kalian mengharapkan teman sesantun Usman bin Affan..
Maka ana bukanlah orangnya..
Andai kalian mengharapkan teman sebijak Ali bin Abi Talib..
Ana juga bukanlah orangnya..

Semoga kalian sentiasa dalam iman dan takwa.

Salam ukhuwah dan salam sejahtera.

Semoga kalian sentiasa dalam iman dan takwa.

Sahabatku yang dimuliakan…

Bersabarlah kerana kesabaranmu membawa kau dekat dengan Tuhanmu.

Bertakwalah kepada Allah, kerana takwamu akan membawamu menjadi insan yang mulia disisi-Nya

Bertawakkallah kerana tawakkal seorang hamba merupakan ikatan bersama Rabbnya.

Bersyukurlah kerana sifat syukur tanda kau menghargai nikmat-nikmat yang banyak yang telah kau terima.

Redhalah diatas Qadha’ dan Qadar Allah tanda dirimu berbaik sangka dengan-Nya dan yakin diatas ketentuan-Nya.

Ikhlaskan hatimu kerana keikhlasan membawa nilai dalam semua amalanmu.

Khusyukkan hatimu ketika solat kerana kekhusyukan akan membawa erti dalam solatmu.

Berwaspadalah dalam semua perkara nescaya kau akan terhindar dari tipu daya .

Sahabat yang dirahmati Allah….

Bila kau takut kepada Allah kau akan menjadi orang yang paling alim

Bila kau yakin diri sendiri kau akan menjadi orang paling kaya

Bila kau mengasihi manusia seperti kasih diri sendiri kau akan menjadi orang paling adil.

Ingatlah! Orang yang paling baik adalah orang yang berguna kepada masyarakat.

Bila kau ingin menjadi orang yang paling istimewa banyakkan zikrullah.

Bila kau ingi memiliki kesempurnaan iman maka perelokkan akhlakmu

Bila kau ingin menjadi insan bersifat muhsinin maka kau beribadahlah seolah-olah kau lihat Allah, jika tak merasa ingatlah Allah melihat kamu.

Bila kau ingin termasuk pada golongan yang taat maka laksanakan semua yang fardu.

Sahabat yang dimuliakan

Jika kau ingin berjumpa Allah dengan tiada dosa dihari akhirat nanti bersihkan diri dari dosa.

Jika kau inginkan mendapat cahaya dihari akhirat maka janganlah menzalimi orang lain.

Jika kau ingin dikasihi Allah di hari qiyamat kasih diri sendiri dan kasihilah orang lain.

Jika kau ingin dihapuskan segala dosa-dosamu maka banyakkan beristighfar.

Jika kau ingin menjadi semulia-mulia manusia maka janganlah sangka buruk pada orang lain.

Jika kau ingin menjadi orang yang paling gagah sentiasalah bertawakkal dan serah diri kepada Allah.

Jika kau ingin rezeki sentiasa murah dan kau akan memilikinya maka sentiasa bersih dari hadas dan hubungkan silaturahim.

Jika kau ingin termasuk golongan di kasihi Allah dan Rasul maka cintailah semua yang di sukai Allah dan Rasul.

Jika kau ingin terselamat dari kemurkaan Allah di hari qiyamat maka janganlah kau marah pada orang lain.

Jika kau inginkan do’amu diterima Allah maka jauhilah makanan yang haram masuk dalam perutmu

Jika kau inginkan keaibanmu ditutup di hari qiyamat maka tutuplah keaiban orang lain.

Jika kau ingin terselamat dari dosa maka alirkanlah air matamu tanda penyesalan, tunduk pada Allah dan bersabarlah ketika di timpa kesakitan.

Ingatlah! Sebesar-besar kebaikan disisi Allah apabila kau elokkan budi pekertimu, rendahkan dirimu dan bersabar dengan ujian.

Ingatlah! Sebesar-besar kejahatan disisi Allah adalah buruk akhlak dan sedikit ketaatan maka kau jauhkanlah dirimu dari sifat ini.

Jika kau ingin meredakan kemurkaan Allah dunia dan akhirat maka hulurkanlah sedekah secara senyap dan hubungkan kasih sayang kerana Allah.

Ingatlah! Jalan yang boleh memadamkan api Neraka adalah sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Sahabat yang dikasihi Allah….

Bersihkanlah hatimu dari syirik, iri hati, riak, sombong dan takabur.

Kerana sifat-sifat ini menghapuskan amalanmu.

Tuluskanlah hatimu bila kau terima sesiapa saja menjadi teman hidupmu

kerana ketulusan itu membawa kebahagiaan. Cintailah ia semata-mata kerana Allah.

Janganlah pemilihanmu kerana dunia dan nafsu, nescaya ianya tak akan kekal.

Hubungkanlah hatimu dengan Allah nescaya kau akan terpelihara dari perasaan kecewa, trauma, fobia, putus asa dan resah gelisah.

Yakinlah apa yang Allah takdirkan padamu itu ada hikmah yang banyak dan tanda Allah kasih padamu.

Yakinlah janji Allah…bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat nanti.

Sahabatku yang dimuliakan…

Bersabarlah kerana kesabaranmu membawa kau dekat dengan Tuhanmu.

Bertakwalah kepada Allah, kerana takwamu akan membawamu menjadi insan yang mulia disisi-Nya

Bertawakkallah kerana tawakkal seorang hamba merupakan ikatan bersama Rabbnya.

Bersyukurlah kerana sifat syukur tanda kau menghargai nikmat-nikmat yang banyak yang telah kau terima.

Redhalah diatas Qadha’ dan Qadar Allah tanda dirimu berbaik sangka dengan-Nya dan yakin diatas ketentuan-Nya.

Ikhlaskan hatimu kerana keikhlasan membawa nilai dalam semua amalanmu.

Khusyukan hatimu ketika solat kerana kekusyukan akan membawa erti dalam solatmu.

Berwaspadalah dalam semua perkara nescaya kau akan terhindar dari tipu daya .

Sahabat yang dirahmati Allah….

Bila kau takut kepada Allah kau akan menjadi orang yang paling alim

Bila kau yakin diri sendiri kau akan menjadi orang paling kaya

Bila kau mengasihi manusia seperti kasih diri sendiri kau akan menjadi orang paling adil.

Ingatlah! Orang yang paling baik adalah orang yang berguna kepada masyarakat.

Bila kau ingin menjadi orang yang paling istimewa banyakkan zikrullah.

Bila kau ingi memiliki kesempurnaan iman maka perelokkan akhlakmu

Bila kau ingin menjadi insan bersifat muhsinin maka kau beribadahlah seolah-olah kau lihat Allah, jika tak merasa ingatlah Allah melihat kamu.

Bila kau ingin termasuk pada golongan yang taat maka laksanakan semua yang fardu.

Sahabat yang dimuliakan

Jika kau ingin berjumpa Allah dengan tiada dosa dihari akhirat nanti bersihkan diri dari dosa.

Jika kau inginkan mendapat cahaya dihari akhirat maka janganlah menzalimi orang lain.

Jika kau ingin dikasihi Allah di hari qiyamat kasih diri sendiri dan kasihilah orang lain.

Jika kau ingin dihapuskan segala dosa-dosamu maka banyakkan beristighfar.

Jika kau ingin menjadi semulia-mulia manusia maka janganlah sangka buruk pada orang lain.

Jika kau ingin menjadi orang yang paling gagah sentiasalah bertawakkal dan serah diri kepada Allah.

Jika kau ingin rezeki sentiasa murah dan kau akan memilikinya maka sentiasa bersih dari hadas dan hubungkan silaturahim.

Jika kau ingin termasuk golongan di kasihi Allah dan Rasul maka cintailah semua yang di sukai Allah dan Rasul.

Jika kau ingin terselamat dari kemurkaan Allah di hari qiyamat maka janganlah kau marah pada orang lain.

Jika kau inginkan do’amu diterima Allah maka jauhilah makanan yang haram masuk dalam perutmu

Jika kau inginkan keaifanmu ditutup di hari qiyamat maka tutuplah keaiban orang lain.

Jika kau ingin terselamat dari dosa maka alirkanlah air matamu tanda penyesalan, tunduk pada Allah dan bersabarlah ketika di timpa kesakitan.

Ingatlah! Sebesar-besar kebaikan disisi Allah apabila kau elokkan budi pekertimu, rendahkan dirimu dan bersabar dengan ujian.

Ingatlah! Sebesar-besar kejahatan disisi Allah adalah buruk akhlak dan sedikit ketaatan maka kau jauhkanlah dirimu dari sifat ini.

Jika kau ingin meredakan kemurkaan Allah dunia dan akhirat maka hulurkanlah sedekah secara senyap dan hubungkan kasih sayang kerana Allah.

Ingatlah! Jalan yang boleh memadamkan api Neraka adalah sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Sahabat yang dikasihi Allah….

Bersihkanlah hatimu dari syirik, iri hati, riak, sombong dan takabur.

Kerana sifat-sifat ini menghapuskan amalanmu.

Tuluskanlah hatimu bila kau terima sesiapa saja menjadi teman hidupmu

kerana ketulusan itu membawa kebahagiaan. Cintailah ia semata-mata kerana Allah.

Janganlah pemilihanmu kerana dunia dan nafsu, nescaya ianya tak akan kekal.

Hubungkanlah hatimu dengan Allah nescaya kau akan terpelihara dari perasaan kecewa, trauma, fobia, putus asa dan resah gelisah.

Yakinlah apa yang Allah takdirkan padamu itu ada hikmah yang banyak dan tanda Allah kasih padamu.

Yakinlah janji Allah…bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah adalah insan yang akan mendapat perlindungan Allah dihari akhirat nanti.

Salam ukhuwah wa mahabbah fillah…

posted for KHADIJAH ANWAR & PUTERI NURULL SANIM SHAHAMAH

Strive for Mardhatillah

Jan 13, 2012

hujan tangis kuredah

Sekarang kat luar tengah hujan… Salah satu punca rezeki bagi kita, manusia….. Alhamdulillah… :) Menanti hujan untuk teduh… Nak pergi jumpa sahabat.. berusrah seperti biasa…walaupun sebenrnya baru ulang dari usrah kakak tapi petang ni pula usrah untuk adik2..sekarang dah 13 hari setelah masuk 2012..perlu teruskan n laksanakan apa yang telah diazam.. Rasa macam belum ada perubahan lagi dalam diri ni… Kena berubah juga biarpun sukar… Tak boleh manjakan diri…. Kena paksa diri… Semuanya demi kebaikan…. Betul tak? :) Sampai bila nak jadi orang yang sama, kan? Teringat quote seorang sahabat(adik usrah)

Hidup mesti mau improve!!!

Da sebuah lirik lagu dari kumpulan nasyid Devotees;

Hijrah ini memang susah… Hijrah ini memang payah… Hijrah ini menuju Allah… Di hujungnya hasanah….

Insya’Allah…. Tanamkan azam dan kuatkan semangat…. :)



Strive for Mardhatillah

kembali selamanya..

Subhanallah… MasyaAllah…. Ana renung ke langit sebentar sambil kaki melangkah…. Menghayati lukisan Illahi yang maha indah… Betapa diri ini kerdil… Namun sering saja lalai dari mengingati-Nya… Terbayang segala kejahiliyyah-an ana selama ini… Ana terlalu ingin berubah namun… Bisikan-bisikan iblis laknatullah itu seakan-akan terlalu kuat… Alhamdulillah… Sesungguhnya Allah itu Maha Akbar… Maha Kuat dari bisiknya Iblis… Sedikit sebanyak telinga dapat ana tutup dari mendengarnya… Ana akui kejahiliyyah-an itu masih tersisa… Tapi ana bertekad ingin menghakis sedikit demi sedikit kejahiliyyah-an itu….

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.


*p/s:kembali setelah dipujuk rayu oleh sahabat:)..insyaALLAH,post slpas ini akan lebih bermanfaat especially untuk diri ini...

Strive for Mardhatillah