Aug 10, 2010

Solat terawih dan solat witir

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama mengimarahkannya dengan melakukan ibadat2 yg telah dianjurkan kpd kita..sperti yg kita sedia maklum,solat terawih adalah solat yg sentiasa dilakukan ketika waktu bulan ramadhan..oleh itu,marilah kita mempelajari dan refresh apa yg telah kita tinggalkan setahun yg lalu..insyaALLAH...

SOLAT TERAWIH.

Lafaz niat Solat Terawih: ( Solat sendiri)

Usolli Sunnatal Taraawihi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala


atau berimam/makmum

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta’ala

Hukum – Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)
Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.


SOLAT SUNAT WITIR


Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan seafdal-afdalnya 11 rakaat .

Lafaz niat :


Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah dan surah Al-A’la .

Pada rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun .

Setelah memberi salam,berdiri lagi dan lakukan satu rakaat witir .

Lafaz niat

Usolli Sunnatal Witri Rak atan Lillaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta’ala .

Baca Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .

Bila mendirikan Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah seluruhnya enam salam

Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku’ :

Selepas itu berdoalah tiga kali:


Ertinya: “Ya Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu dan aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji dirimu “

STRIVE FOR MARDHATILLAH

wAhai ANakku..



STRIVE FOR MARDHATILLAH

ZZzzz~~



4 PERKARA SEBELUM TIDO

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

STRIVE FOR MARDHATILLAH

sebelum tido...

4 PERKARA SEBELUM TIDO

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Doa sebelum tido ''bismikallumma ahya waamutu''

selamat malam=)

EKSPERIMEN UTK UJI IMAN

Adakalanya, kita perlu membuat sedikit eksperimen terhadap iman kita. Ujikaji ini tidaklah sesusah mana, akan tetapi ia sangat penting untuk tujuan muhasabah diri dan memastikan yg kita boleh ucap kalimah syahadah di akhir kalam. (Actually, tiada siapa yg boleh confirm samada dia boleh mengucap atau tak di akhir hayat nanti) Eksperimen ini hanyalah sebagai satu usaha sahaja.

Mudah-mudahan bila Allah melihat kita bersungguh-sungguh untuk mati dalam iman, maka, Dia akan kasihankan kita, dan mengurniakan kita kebolehan untuk mengucap di akhir kalam.

Ada banyak jenis eksperimen, tapi saya akan ceritakan yang mudah dahulu.

Cara-caranya:

Cuba perhatikan betul-betul. Apakah perkataan spontan yang terkeluar daripada mulut kita sewaktu terkejut , tersepak sesuatu, tersentak, atau yang sewaktu dengannya.

Jika yg keluar daripada mulut kita..perkataan seperti:
“…opocot..pocot”
“..oh mak engkau…nenek..ter-ba-boom”
dll

..maka, kita perlu risau dengan iman kita.

Akan tetapi, jika yg keluar daripada mulut kita perkataan seperti:
“..Allahu akbar..”
“..Allahummasollia’la muhammad”
dll
…insyaAllah, jika kita mati pada hari itu, kita akan dapat sebut kalimah Allah. (Sesungguhnya, semuanya adalah dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah. Tiada kepastian tentang perkara ini)

Mati adalah satu kejutan. Tatkala tiba saat itu, secara spontan, kita akan keluarkan apa yang sedang berada dalam hati dan minda kita. Maka sebab itu, eksperimen ini mungkin dapat membantu kita untuk memperbaiki iman.

Jangan lihat pada iman orang lain. Gunakanlah eksperimen ini untuk menguji iman sendiri sahaja.


WALLAHUA'LAM..


STRIVE FOR MARDHATILLAH

air mata itu~~




sufi,teman akrabku..
~~~Beberapa kali airmata tidak dapat diseka dari pelupuk mata. Ampunkan hambaMu Ya Allah! Mungkin ada perlakuan yang tidak patut aku lakukan selama ini hingga menyebabkan aku berperasaan begini. Sayu dan pelbagai perasaan masih lagi bersarang di hati..

la tahzan ya a'bdillah...

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Aug 8, 2010

~~bicara sufiameera~

salam sayang sufi..

inginku berkongsi,

Jalan Bahagia Hanya Satu, Iaitu Menuju Illahi...Semakin Jauh Kita Lari, Semakin kusut Hati dan kehidupan, Kerana itu...Kembali mencari diri di jalan Illahi, adalah ubat resah dan gelisah...Datanglah...Allah Menanti dengan kasih sayang dan ampunan yang tidak bertepi....Kembalilah PadaNya...Kerana Dia Adalah Segala-galanya....







~Bila engkau merasa sedih pada dunia, bila kau rasa tak ada yang peduli padamu…
Ingatlah, Allah senantiasa berada pada sisi kita… Cinta pada Allah, Untuk Allah adalah sebenar-benarnya cinta yang hakiki…Berserahlah pada Allah, gapailah ketenangan yang tertinggi dengan menyebut lafadz namanya dalam setiap doa dan munajat hatimu padaNya…
Insya Allah, hidup akan tenang dan damai selamanya..Allahumma Amiin ya Allah~.





STRIVE FOR MARDHATILLAH

malu seorang wanita~~





Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..

Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..

Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..

Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..
Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan
apa yang ku katakan..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa
telah ku usahakan apa yang ku katakan..
Kerna Kau juga menyaksikan
Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..
Maka dengan itu..
Ampunilah aku atas segala kekhilafan..
Amin ya Rabbal 'alamin..



Wasalam..
STRIVE FOR MARDHATILLAH

peribadi soleh-solehah..anda dan saya mampu milikinya!!

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua... maksiat dan kerosakan sangat berleluasa... wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang pembeza yang ketara lagi.

Pakaian? Em, kelihatan seakan-akan sama saja. Agama? Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... ada masa ke nak fikir pasal agama ni?

Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya...

Ku tinjau-tinjau,

Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje... Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang...

Ya Allah,

Sukarnya mencari wanita yang solehah...

Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...

Aii... iyeke?

Kesiannya anda sekalian... yang lelaki susah nak cari yang solehah...

Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh!

Hehe... teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri...

Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer?

Takkan pupus kot?

Takdelah... mana boleh pupus pulak...

Takkan pupus punya,

Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni... so, senanglah si solehah nak cari anda... so, persoalannya andalah yang kena mulakan... kena ada mahu... letakkan iltizam...

Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer...

Ingat... anda kena mula juga...

Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan?

So, sebagai kesimpulan...

Anda-anda semualah yang kena mulakan...

So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah... bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai...

Bersama redha Ilahi pastinya...

Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda...

Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession... dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah... insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia...

Ok?

Em, wahai insan yang bernama wanita... sahabat yang bergelar lelaki... jangan buang masa... marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer?

Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita?

Takkan sikit pun tak ada?

Sedihnya kalau tak ada... rugilah anda nanti...

Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat...

Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami...

Di samping lakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi-sedikit solat-solat sunat...

Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah.. Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh... Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..

Em, seterusnya... perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas...

Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu...

Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti... Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti...

Jadi... untuk menjadi insan soleh-solehah... anda perlukan ilmu...

Banyakkanlah membaca... di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang!

Em... susah ke?

Senang je ni... basic semua ni...

InsyaALLAH... anda mampu lakukan... ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!!

Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah...

Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya...

Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi...

Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah...

Ø¥ِÙ†َّ Ø£َÙƒْرَÙ…َÙƒُÙ…ْ عِÙ†ْدَ اللَّÙ‡ِ Ø£َتْÙ‚َاكُÙ…ْ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ عَÙ„ِيمٌ Ø®َبِيرٌ (١٣)

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujuraat: 13)

An-Nawawi 2007
http://an-nawawi.blogspot.com/

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Aug 7, 2010

AKAN TERJADI KER 2050??



Assalamualaikum wbkt....
semasa melawat blog rakan yang lain,ana terjumpa satu artikel ini..makanya,ana copy n paste untuk manfaat bersama...semoga timbul rase kesedaran dalam diri untuk kebaikan bersama..insyaALLAH..

Kepada Yth Manusia Di Tahun 2009

Aku hidup di tahun 2050. Aku berumur 50 tahun, tetapi kelihatan seperti sudah 85 tahun. Aku mengalami banyak masalah kesehatan, terutama masalah ginjal karena aku minum sangat sedikit air putih. Aku fikir aku tidak akan hidup lama lagi. Sekarang, aku adalah orang yang paling tua di lingkunganku, Aku teringat disaat aku berumur 5 tahun semua sangat berbeda, masih banyak pohon di hutan dan tanaman hijau di sekitar, setiap rumah punya halaman dan taman yang indah, dan aku sangat suka bermain air dan mandi sepuasnya. Sekarang, kami harus membersihkan diri hanya dengan handuk sekali pakai yang di basahi dengan minyak mineral. Sebelumnya, rambut yang indah adalah kebanggaan semua perempuan. Sekarang, kami harus mencukur habis rambut untuk membersihkan kepala tanpa menggunakan air. Sebelumnya, ayahku mencuci mobilnya dengan menyemprotkan air langsung dari keran ledeng. Sekarang, anak-anak tidak percaya bahwa dulunya air bisa digunakan untuk apa saja. Aku masih ingat seringkali ada pesan yang mengatakan: “JANGAN MEMBUANG BUANG AIR” Tapi tak seorangpun memperhatikan pesan tersebut. Orang beranggapan bahwa air tidak akan pernah habis karena persediaannya yang tidak terbatas. Sekarang, sungai, danau, bendungan dan air bawah tanah semuanya telah tercemar atau sama sekali kering. Pemandangan sekitar yang terlihat hanyalah gurun-gurun pasir yang tandus. Infeksi saluran pencernaan, kulit dan penyakit saluran kencing sekarang menjadi penyebab kematian nomor satu. Industri mengalami kelumpuhan, tingkat pengangguran mencapai angka yang sangat dramatik. Pekerja hanya dibayar dengan segelas air minum per harinya. Banyak orang menjarah air di tempat-tempat yang sepi. 80% makanan adalah makanan sintetis. Sebelumnya, rekomendasi umum untuk menjaga kesehatan adalah minum sedikitnya 8 gelas air putih setiap hari. Sekarang, aku hanya bisa minum setengah gelas air setiap hari. Sejak air menjadi barang langka, kami tidak mencuci baju, pakaian bekas pakai langsung dibuang, yang kemudian menambah banyaknya jumlah sampah. Kami menggunakan septic tank untuk buang air, seperti pada masa lampau, karena tidak ada air. Manusia di jaman kami kelihatan menyedihkan: tubuh sangat lemah; kulit pecah-pecah akibat dehidrasi; ada banyak koreng dan luka akibat banyak terpapar sinar matahari karena lapisan ozon dan atmosfir bumi semakin habis. Karena keringnya kulit, perempuan berusia 20 tahun kelihatan seperti telah berumur 40 tahun. Para ilmuwan telah melakukan berbagai investigasi dan penelitian, tetapi tidak menemukan jalan keluar. Manusia tidak bisa membuat air. Sedikitnya jumlah pepohonan dan tumbuhan hijau membuat ketersediaan oksigen sangat berkurang, yang membuat turunnya kemampuan intelegensi generasi mendatang. Morphology manusia mengalami perubahan… yang menghasilkan/melahirkan anak-anak dengan berbagai masalah defisiensi, mutasi, dan malformasi. Pemerintah bahkan membuat pajak atas udara yang kami hirup: 137 m3 per orang per hari. [31.102 galon] Bagi siapa yang tidak bisa membayar pajak ini akan dikeluarkan dari “kawasan ventilasi” yang dilengkapi dengan peralatan paru-paru mekanik raksasa bertenaga surya yang menyuplai oksigen. Udara yang tersedia di dalam “kawasan ventilasi” tidak berkulitas baik, tetapi setidaknya menyediakan oksigen untuk bernafas.Umur hidup manusia rata-rata adalah 35 tahun. Beberapa negara yang masih memiliki pulau bervegetasi mempunyai sumber air sendiri. Kawasan ini dijaga dengan ketat oleh pasukan bersenjata. Air menjadi barang yang sangat langka dan berharga, melebihi emas atau permata. Disini ditempatku tidak ada lagi pohon karena sangat jarang turun hujan. Kalaupun hujan, itu adalah hujan asam.Tidak dikenal lagi adanya musim. Perubahan iklim secara global terjadi di abad 20 akibat efek rumah kaca dan polusi. Kami sebelumnya telah diperingatkan bahwa sangat penting untuk menjaga kelestarian alam, tetapi tidak ada yang peduli. Pada saat anak perempuanku bertanya bagaimana keadaannya ketika aku masih muda dulu, aku menggambarkan bagaimana indahnya hutan dan alam sekitar yang masih hijau. Aku menceritakan bagaimana indahnya hujan, bunga, asyiknya bermain air, memancing di sungai, dan bisa minum air sebanyak yang kita mau. Aku menceritakan bagaimana sehatnya manusia pada masa itu. Dia bertanya: – Ayah ! Mengapa tidak ada air lagi sekarang ? Aku merasa seperti ada yang menyumbat tenggorokanku. .. Aku tidak dapat menghilangkan perasaan bersalah, karena aku berasal dari generasi yang menghancurkan alam dan lingkungan dengan tidak mengindahkan secara serius pesan-pesan pelestarian… dan banyak orang lain juga !. Aku berasal dari generasi yang sebenarnya bisa merubah keadaan, tetapi tidak ada seorangpun yang melakukan. Sekarang, anak dan keturunanku yang harus menerima akibatnya, Sejujurnya, dengan situasi ini kehidupan di planet bumi tidak akan lama lagi punah, karena kehancuran alam akibat ulah manusia sudah mencapai titik akhir. Aku berharap untuk bisa kembali ke masa lampau dan meyakinkan umat manusia untuk mengerti apa yang akan terjadi… Pada saat itu masih ada kemungkinan dan waktu bagi kita untuk melakukan upaya menyelamatkan planet bumi ini ! Tolong Kirim surat ini ke semua teman dan kenalan anda, walaupun hanya berupa pesan, kesadaran global dan aksi nyata akan pentingnya melestarikan air dan lingkungan harus dimulai dari setiap orang. Persoalan ini adalah serius dan sebagian sudah menjadi hal yang nyata dan terjadi di sekitar kita. Lakukan untuk anak dan keturunan mu kelak”


“AIR DAN BUMI UNTUK MASA DEPAN”

Regards, “TANAMLAH SEBANYAK-BANYAKNYA POHON DAN HEMATLAH AIR”

Jerry “UNTUK ANAK DAN CUCUMU KELAK DIMASA DEPAN”

Sekarang…

Ini adalah pilihanmu…

Untuk menjaga planet kita yang indah ini

atau

menjadi egois dan tidak menghiraukan kebutuhan generasi masa depan kita


jazakallahu khairan kathiran...

surah AL-MULK dan AS-SAJADAH...



Rasulullah SAW biasanya membaca surat Al-Mulk pada malam hari.
Abuhurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada satu surat dalam Al-Qur’an berisi tiga puluh ayat telah memberi syafa’at pada orang yang membacanya hingga diampunkan dosa-dosanya yaitu Tabarakalladzi biyadihil mulku”. (HR. Ahmad, Abu Dawud, Attirmidzi, Ibn Ady dan Ibn Hibbaan).
Ibn Abbas r.a. berkata : “Seorang sahabat Rasulullah SAW memasang kemahnya di atas kubur yang tidak diketahui bahwa itu kubur, tiba-tiba terdengar suara orang membaca surat Tabarakalladzi biyadihil mulku, hingga habis, maka ia pergi memberitahu pada Rasulullah SAW tentang kejadian itu, maka sabda Rasulullah SAW adalah Surat itulah yang membela dan menyelamatkan dari siksa Allah dalam kubur.” (H.R Attirmidzi)

Khalid bin Ma’dan r.a. berkata :
Bacalah surat Almunjilah (yang menyelamatkan) yaitu Alif Lam Mim Tanzil As-Sajadah, sebab saya mendapat keterangan bahwa ada seseorang yang biasa membacanya, dan dia tidak membaca lain-lainnya, sedang ia banyak berdosa, tiba-tiba surat ini menghamparkan sayapnya dan berkata : Ya Rabbi ampunilah orang ini, karena ia selalu membacaku, maka Allah menerima pembelaan (syafa’atnya), dan Allah berfirman : Tulislah untuk hamba-ku ditempat tiap dosa hasanat dan naikkan derajatnya.
Dilain Riwayat : Sesungguhnya surat ini akan membela pada orang yang membacanya di dalam kubur, ia akan berkata : Ya Allah jika aku benar-benar dari kitab-Mu maka berilah aku kesempatan memberi syafa’at padanya, jika tidak maka hapuslah aku dari kitab-Mu.

Setelah membaca Al-Mulk dan As-Sajadah biasakanlah membaca Ad-Dukhan, yang pahalanya seperti tercantum dibawah ini :
Haa’mim ada tujuh dan pintu-pintu jahannam juga tujuh, maka tiap haa’mim akan tiba di hari kiamat tegak dimuka masing-masing pintu dan berkata : Ya Allah jangan engkau masukkan di pintu ini orang yang dahulu percaya padaku dan selalu membacaku. (R. Albaihaqi)
Abuhurairah r.a. berkata : Siapa yang membaca surat haa’mim Ad-Dukhan di waktu malam, maka pada pagi harinya dibacakan istighfar oleh tujuh puluh ribu malaikat (R. Attirmidzi)



STRIVE FOR MARDHATILLAH

RamdhaN ITu kemBali menjenguk kita...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yg banyak menganugerahkan rahmat di bulan suci Ramadhan sebagai bulan yg paling mulia dari bulan-bulan yg lain. Salawat serta salam semoga tetap tercurahkan kepada junjungan kita Rasulullah SAW beserta keluarga dan segenap sahabatnya serta seluruh kaum Muslimin yg mengikutinya. Amma ba’du. Wahai kaum Muslimin dan muslimat sekalian bertakwalah kepada Allah mohon taufik kepada-Nya agar kita boleh mencapai cita-cita baik dan ampunan dari segala dosa. Wahai hamba Allah sesungguhnya bulan Ramadhan adlh bulan yg paling mulia dan sumber segala rahmat dan kebaikan. Bulan Ramadhan bagaikan untaian kalung berlian yg menghias leher tiap bulan. Sebab pada bulan itu Allah memberi keberkahan dan maghfirah kepada hamba-hamba-Nya. Dalam bulan itu Malaikat turun utk ikut memanjatkan doa dan pujian agar mereka beroleh ampunan dan keredhaan-Nya.

sedikit perkongsian untuk dikongsi bersama tentang ramdhan almubarak..



1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksimum di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnian Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur, dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-shalih sangat menitik beratkan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang boleh membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:

· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.

· sediakan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
wallahu a'lam...jzk khairan kathiran..

''ramadhan bulan yang mulia,bulan yang penuh barakah..ya ramadhan aku merinduimu bukan kerana akan datangnya syawal tapi aku menunggu bulan yang penuh dengan keampunan supaya dapat kuperbaiki diri yang lemah ini''

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Aug 6, 2010

satu cinta

salam sufi..

best lagu ni sufi..dengarlah...

ENGKAU satu cinta yang selama ini kucari...

terkesima seketika tatkala lagu ini didendangkan...lagu yg membawa maksud kehidupan seorang hamba...

dikala hati ini sedang layu,ia bangkit semula dengan kalimah2 yg memberikan harapan kepda diri ini...

semoga ia erus bangkit untuk menuju ke jannahNYA,..

uNtAIan TasBIh iTu....

temanku sufi,
mungkin terdapat maksud di balik setiap manik-manik untaian tasbih tersebut..ku mencari-cari namun x juga ku temui..

barangkali,ia tersirat seribu tanda kenangan pahit mahupun manis...ku biarkan fikiran ku itu berlalu begitu sahaja..namun,hati ini memberontak tatkala untaian tasbih itu menar-nari di jari jemariku..

ingin sangat ku mengerti dan memahami apakah sebenarnya ia..oohh ALLAH,tidak mungkin hambaMu ini mampu menanggung musibahMu yang sangat berat..sekali lagi,ku tinggalkan apa yang bersarang di hati semata-mata ku yakin di dalam hati bahawa ALLAH lebih mengerti..

namun pemilik jiwaku ini mahu mendugaku...sakit jelas terasa..namun,ku gagahi juga kerna ku yakin ia mengandungi seribu hikmah..hanya ku dan DIA sahaja yang mengerti apa yang sebenarnya terjadi..

tapi,di saat ku jatuh, ku bangkit kembali kerna ku yakin dengan janji-janjiNya disana..

wahai ALLAH,pemilik jiwaku ini, jangan kau ringankan ujian yang melanda diri ini tapi Kau tebalkanlah imanku ini agar ku merasa betapa manisnya hidup dibumiMu ini..

Duhai ALLAH,pencinta setia yang hakiki,akan kugagahi juga langkahku ini agar ku mencapai tahap kemanisan iman itu..agar ku tahu bahawa hidup ini bukan sekadar sia-sia Kau ciptakan..

sekali lagi..kubiarkan mimpiku itu dibawa angin kehidupan seorang puteri..dan menunggu saat yang sebenarnya akan terjadi..wallahua'lam..


sufi,doakan ana yer...=)

Aug 5, 2010

MUNGKIN Ini SEbabnya...


Aku mahukannya kerana...........

AKu bukan mencintai dirinya,tetapi aku mencintai tuhannya..

bukannya aku merinduinya,tetapi aku rindu pada rasulnya..

Aku hanya perlukan kasih sayangnya sebgaimana ia telah berikan kepada ibu bapanya..

Senyumannya bukan beerti ia telah mencairkan hati ini,tetapi ia bisa menenangkan jiwaku ini..

Ku hanya perlukan ketegasan di dalam dirinya untuk dia membimbingku ke jalan yg diredhaiNya..

Aku hanya mahu tanganku ini dipimpin olehnya untuk masuk ke jannahNYA..

hope dreams come true....

STRIVE FOR MARDHATILLAH

SeteGUH kaki YG bERdiri

Sufi,kenal tidak kasut ini??



actly sufi,
ThIS picture reminds me about desire to my future..its hard actually to stand on myself without support from others.. Hope everyting will come true before I close my eyes. Ameen.


''mencari yang hakiki itu memerlukan pengorbanan yang amat sakit untuk dirasai..tapi dengan hati yang ikhlas,ia akan mudah ditemui''

STRIVE FOR MARDHATILLAH

SANG PENCINTA ILMU...

assalamualaikum wbkt..moga diri ini di dalam keberkatan ALLAH hendaknya..diharap kepada yg membacanya juga sentiasa didalam redha Ilahi..mudah-mudahan setiap perilaku kita diperhatikan oleh malaikat yang hanya mencatat kebaikan sahaja..insyaALLAH

Untuk post kali ini ana nk membincangkan tentang adab-adab menuntut ilmu.mungkin selama ini kita x sedar bahawa dalam setiap perkara yg kita lakukan perlu ada adab-adabnya yg tersendiri..contohnya,adab masuk ke toilet,adab makan n macam2 lgi adab..dan juga termasuklah adab-adab menunutut ilmu..

moga apa yg ingin dikongsikan ini memberikan kita seribu satu manfaat..insyaALLAH



Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memuji ilmu dan orang yang berilmu, serta menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk membekali diri mereka dengan ilmu. Bahkan setiap muslim telah diwajibkan oleh Allah untuk mempelajari ilmu, Rasulullah shallllahu ‘alaihi wasallam bersabda,
artinya, ” Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim”. (Shahihul Jami’ 3913)

Menuntut ilmu adalah amalan sholeh yang paling afdhal dan termasuk amalan jihad fisabilillah karena tegaknya agama Allah adalah dengan dua perkara:

1. Ilmu
2. Senjata dan peperangan

Dua perkara ini haruslah ada, tidak mungkin Agama Allah akan menang kecuali dengan dua perkara ini.

KEUTAMAAN ILMU DALAM AL QUR’AN DAN AS SUNNAH

Allah dan RasulNya telah menerangkan keutamaan ilmu, orang berilmu serta orang yang mempelajarinya, diantara keutamaan ilmu:

1. Allah akan mengangkat derajat orang berilmu
Artinya: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. (Al Mujadalah:11)

2. Ilmu adalah warisan para nabi
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
Artinya: “Ilmu adalah warisan para nabi, para nabi tidaklah mewariskan emas ataupun dirham, akan tetapi mewariskan ilmu, barang siapa yang mengambilnya maka telah mengambil bagian yang banyak”. (Shahihul Jami Al Albani : 6297)

3. Allah menginginkan kebaikan bagi seorang yang berilmu
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
Artinya: “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan niscaya akan dipahamkan tentang masalah agama”. (Shahihul Jam Al Albani’:6612)

4. Ilmu adalah jalan menuju surga
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Barang siapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudah jalannya menuju surga”. (HR.Muslim)

5. Orang berilmu adalah orang-orang yang senantiasa diatas al haq hingga menjelang hari kiamat
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam berkata:
Artinya: “Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan niscaya akan dipahamkan tentang masalah agama. Aku (Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ) hanyalah pembagi (sedangkan) Allahlah yang memberi. Akan senantiasa ada sekelompok umat ini (muslimin) yang tetap diatas perintah Allah, tidak akan membahayakan mereka[ketika ada] orang yang menyelisihinya hingga datang urusan ALLAH[hari kiamat]..

ILMU APAKAH YANG TELAH DIPUJI OLEH ALLAH DAN RASULNYA DAN WAJIB KITA PELAJARI


Berkata Imam Ahmad -tentang kelompok ini-: ”Kalau mereka bukan Ahlul hadits aku tidak tahu siapa mereka”
Al Qodhi Iyadh berkata: “Maksud Imam Ahmad adalah Ahlussunnah dan orang yang berkeyakinan dengan madzhab ahlul Hadits”


Berkata Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:
Ilmu yang dipuji adalah ilmu wahyu, ilmu yang Allah turunkan saja, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
para Nabi tidaklah mewariskan emas ataupun dirham, akan tetapi mewariskan ilmu, barang siapa yang mengambilnya telah mengambil bagian yang banyak”

Sudah maklum bahwa ilmu yang diwariskan para Nabi adalah ilmu syariat bukanlah ilmu yang lainnya. . .”

ADAB-ADAB PENUNTUT ILMU

Untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan meraih keutaamaannya, seorang yang menuntut ilmu hendaknya memperhatikan adab-adab berikut:

1. Ikhlas

Ilmu adalah adalah ibadah, dan ibadah haruslah didasari dua perkara: ikhlas dan Mutaba’ah (Sesuai tuntunan Rasulullah).
Lalu bagaimana terwujud keikhlasan dalam menuntut ilmu?
Ikhlas dalam menuntut ilmu terwujud dengan beberapa perkara:
- Niatkanlah belajar untuk menjalankan perintah Allah
- Niatkan untuk menghilangkan kebodohan pada diri sendiri dan orang lain
- Niatkan dalam rangka mengikuti syariat Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam
- Niatkan dalam rangka menjaga dan membela syariat Allah
(Syarah Hilyah Al Utsaimin hal 25-28)

2. Bertakwa kepada Allah
Taqwa adalah dengan menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangannya
Allah berfirman:
Artinya: “Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada , kami akan memberikan kepadamu Furqaan.Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. dan mempunyai karunia yang besar”.(QS Al Anfal:29).

3. Berusaha untuk memahami ilmu dengan pemahaman yang benar
Berkata Ibnul Qoyim: “Tidaklah seorang diberi nikmat yang terbesar setelah Islam selain niat yang baik dan pemahaman yang benar”.
Lalu bagaimanakah cara mendapatkan pemahaman yang benar?
Banyak hal yang harus dilakukan, diantaranya:
- Memilih guru yang benar pemahamannya diatas jalan Ahlus Sunnah.
Muhamad bin Sirin berkata: “Dulu mereka tidak bertanya tentang fitnah, tatkala terjadi fitnah merekapun berkata: “Sebutkanlah rowi-rowi kalian”, jika Ahlussunnah diterima haditsnya , tapi jika bukan dari Ahlussunnah maka tidak diterima haditsnya”.
- Memilih kitab-kitab/buku-buku yang berpemahaman Ahlus sunnah
- Tadaruj (bertahap) dalam mempelajari ilmu
- Mendengar dan memperhatikan ilmu yang disampaikan
(Syarah Hilyah Al Utsaimin : 136-137)

Sesungguhnya masih banyak adab-adab yang harus kita amalkan untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Bagi yang menginginkan kejelasan lebih lanjut tentang pembahasan ini silahkan merujuk kepada kitab Syarah Hilyatu Thalabul Ilmi karya Syaikh Muhammad Shalih Al Utsaimin.

Mudah-mudahan apa yang disampaikan dapat bermanfaat bagi kita semua. Wabillahit taufik

STRIVE FOR MARDHATILLAH


cuba anda bayangkan....

rentetan daripada post sebelum ini,saya nak anda fikirkan dgn gmbar2 dbawah...

tanamkan benih ini....

ini hasilnya...

tetapi,

tanamkan benih sebanyak ini,

maka hasilnya sangat memuaskan...

gambar di atas bukan sekadar hiasan semata-mata,tetapi saya mahu anda fikirkan apa yg tersirat di sebaliknya...

diumpamakan amal yg kita lakukan...jika banyak amal kebaikan yg diaplikasikan dalam hidup kita,maka hasilnya amat menyeronokkan..

tetapi,jika sedikit amal kita,maka,sikitlah apa yg akan diperolehi kelak..

wallahua'lam...

''mendamba cinta dlm SUJUD nan suci,nyanyian ZIKRULLAH mendamaikan hati..syair AZAN sentiasa dirindui..merimbunlah KEIMANAN ditaman hati..moga KASIH ALLAH bersama kita''

STRIVE FOR MARDHATILLAH

sperti pokok,rohani perlukan siraman...

bismillahirrahmanirrahim..
sufi,pena hatiku,

Sekuat apa pun sebatang pohon, tidak akan pernah terlepas dari kebergantungan kepada air. Siraman air menjadi tenaga baru buat pohon. Dari tenaga itulah pohon mengukuhkan tajakan akar, meninggikan batang, mencambahkan cabang, menumbuhkan daun baru dan menghasilkan buah.

Seperti itu pula siraman rohani buat hati manusia. Tanpa kesegaran rohani, manusia cuma sebatang pohon kering yang berjalan. Tak ada keteduhan, apalagi buah yang boleh dimanfaatkan. Hati menjadi begitu kering. Persis seperti ranting-ranting kering yang mudah terbakar.

Allah swt. memberikan teguran khusus buat mereka yang beriman. Dalam surah Al-Hadid ayat 16, Yang Maha Rahman dan Rahim berfirman, “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”


Hati buat orang-orang yang beriman adalah ladang yang harus dirawat dan disiram dengan zikir. Dari zikirlah, ladang hati menjadi hijau segar dan tumbuh subur. Akan banyak buah yang boleh dihasilkan. Sebaliknya, jika hati jauh dari zikir; ia akan tumbuh liar. Jangankan buah, ladang hati seperti itu akan menjadi sarang ular, kelabang dan sebagainya.


Hamba-hamba Allah yang beriman akan sentiasa menjaga kesegaran hatinya dengan lantunan zikrullah. Seperti itulah firman Allah swt. dalam surah Ar-Ra’d ayat 28. “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.“


Rasulullah saw. pernah memberi nasihat, “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Rabbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati.” (Bukhari dan Muslim)

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Jul 22, 2010

duhai hati....






Duhai kalbu..
Amat sukar kutafsir nurani yang membisu..
Walau pada haqnya..amat lancar melontarkan kata-kata..
Dalam kepiluan menerima suratan..
Keredhaan yang utuh dibangunkan…tertarah juga dek linangan air mata…
Walau jasadi sedaya upaya memangkas semua itu daripada berpucuk di hati…
Tapi apalah qudrat seorang hamba..ilmunya tak terjangkau ke sebalik dimensi kehidupan…
Kata hati kadangkala sememangnya amat sukar untuk ditelah..
Sok kuat tiada maknanya seketika..
Hakikat insaniah yang lemah…
Merungkai kebenaran…
Ya Allah yang maha kuasa..
Ku tahu…inilah yang terbaik untukku..
Kerna mata kasarku masih belum berupaya untuk menerjah
Natijah disebalik kepayahan..
Rahmat disebalik ujian…
Dan nikmat disebalik musibah..
Kugagahi jua perjalanan ini..
Mengampuhkan benteng keimanan dengan kalamMu alquran..
Ingatan pembasah bibir hanya padamu yang maha mendengar..
Ketentuan dan ketetapan…
Bakal menemukan cahaya yang ingin dicari…
Semoga kasihku dan kasihMu bersimpul erat..
Menjadi wasilah padaMu sang Khaliq..
Keutamaan cinta yang kekal abadi…
''taubat itu harus berlangsung terus menerus dalam segala keadaan,walaupun manusia itu emmang tidak sepi daripada kesalahan.''