Oct 29, 2010

hampir sebulan...

bismillahirrahmanirrahim....
assalamualaikum w.b.k.t..

hai sufi sahabatku,

setinggi langit yang ketujuh ana panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Rabbi...masih diberikan masa untuk menaip di blog ini...Ana bersyukur kerana setiap kali membuka mata,jasad dan roh ini sedar dan tahu bahawa diri ini telah berada di bumi anbiya',,syukur ya ALLAH..walaupun disibukkan dengan jadual kuliyah yang agak pack anak kira,namun ana tahu,inilah jalan yang ana pilih dan insyaALLAH terbaik untuk diri ini..Moga setiap sesuatu yang ana lakukan sentiasa dipermudahkan olehNya.

hidup di bumi Mesir ini bukan semudah yang ana fikir..Banyak cabaran dan ujian yang setia mendampingi diri..kuncinya tabah dan sabar..rakan dan teman seperjuangan sentiasa disisi sebagai pembakar semangat kerana keluarga yang sebelum ini menjadi pendorong telah jauh dimata dan hanya iringan doa mereka sahaja yang menjadi pemangkin diri ini utuh berdiri..ALLAH..

Seronok tidak dapat kugambarkan tatkala kaki menapak di bumi mesir ini..Hembusan angin yang mnerpa di pipi sewaktu melangkah turun dari flight Gulf Air lagi menambahkan syukur di dalam diri ini..Ya ALLAH, baru ku sedar diri telah berada di atas bumi para Anbiya..lantas ku niatkan dalam hati dan berdoa semoga semuanya hanya kerana ALLAH..

doa dipermudahkan segala urusan..

ALLAHUMMA LA SAHLAN ILLA MA JA'ALTAHU SAHLA,WAANTA TAJ'ALUL HAZNA IZA SHI'TA SAHLA..
2 hari di mesir,class terus bermula...walaupun penat masih setia bersama,namun semangat yang tinggi,ana gagahkan juga diri untuk ke Kuliyah At-Tib Al-Banat..wah!! alhamdulillah..kini ku berada di Universiti Al-Azhar..yang ana fikir seluruh dunia mengenali universiti ini..ye,memang impian dan cita-citaku untuk menjadi pelajar di situ,kini Allah telah mengkabulkan doaku itu..Alhamdulillah..kasih sayang ALLAH itu tidak pernah luput..
class mula dari jam 8 pagi hingga 4 ptg..agak penat la juga sebenarnya..tapi insyaALLAH,bole adapt ngan situation ni lama-lama..doakan yer...seminggu hanya 1 hari jer cuti..alhamdulillah,masih diberi cuti..dan boleh lah update awak Sufi..hehe..
Sufi,
Mesir kini negara no 2 ku setelah Malaysia...wink~~~
walaupun banyak habuk,tapi bagi ana inilah sebaik-baik tempat untuk ana untuk mentarbiyah diri ke arah yang lebih baik..tarbiyah ALLAH dimana-mana sahaja..hanya perlu tabah..Biah disini,amat selesa dan seronok walaupun kadang-kala ada juga yang sakit mata memandang..xpe2...
hembusan angin terbang bersama pasir-pasir halus adalah teman setia kami..angin sejuk yang kadangkala menusuk ke tulang mengiringi langkah kami waktu pagi untuk ke kuliyah..untuk pengetahuan awak Sufi,sekarang ni,dah nak masuk musim winter..so,perubahan cuaca sedikit sebanyak menyebabkan ana terasa nak demam dan kini dah terkena throat infection..erm,salah satu ujian juga dari ALLAH...
sebenarnya,Mesir lambat 6 jam dari Malaysia..so,waktu solat pun dah lain la dari Malaysia..waktu suhur jam 1130 pg,asar 3 ptg,maghrib 515 ptr,isyak 630 ptg dan subuh jam 445 pg..Tapi Sufi,ana sangat suka dan jatuh cinta pada waktu di sini kerana waktu malamnya lebih panjang dari waktu siang..boleh la tidur lama-lama..wink~~~
Alhamdulillah Mesir ni negara islam,makanya tiada masalah lah untuk ana dan rakan-rakan yang lain mencari makanan..tapi,tiap2 hari roti jadi makanan utaama...hehe,sebab roti kat sini sedap dan lembut,lagi pulak murah..erm...nasi memang tidak boleh dilupakan..=)..cumanya hanya dimakan waktu diner sahaja....
Seronok bila datang kesini dan berkenalan dengan ramai sahabiah yang datangnya dari Thailand,Indonesia dan Patani..molek-molej belaka..seronok bila da pandai bercakap dan memahami bahasa arab amiah..so,tak boleh la pak arab nak tipu lagi..wink~~
Mungkin,setakat ini sahaja rasenya untuk kali ini SufI..maaf kerana tidak bole lama untuk bersama..InsyaALLAH,bila berkesempatan ,adanya masa...pasti laju sahaja jari ini untuk menaip..hanya perlukan iringan doa dari semua.satu pintaku ya ALLAH,redhai dan berkatilah selama ana berda di bumiMu ini..TanpaMu,siapalah diri ini untuk teguh berdiri..insyaALLAH...
STRIVE FOR MARDHATILLAH,,
with love,
SUFIAMEERA

Oct 19, 2010

knp pakai tudubg labuh??x rimas ker??

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.





Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.





" Awak, boleh saya tanya?"





"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.





"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.





Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.





"Tapi kenapa ya?"





"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.





Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.





" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"





Dia mengangguk







"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.







"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.







" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.







"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.







"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.









"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.









" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"







"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"







"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"





Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.





"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."





Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.







"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.







"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"







Dia menggeleng kepala tanpa suara.







" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.







" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.





"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."





"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.





"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.







"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..







Dia mengangguk...





"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.





" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.





Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.







'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.





dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...



p/s : semoga selepas kita membaca nota ini,kita akan lebih bersemangat untuk memakai tudung labuh..inshaALLAH, :)

Oct 12, 2010

Cairo..here i come!!

Salam..
sufi,buah hatiku..
rindu sama kamu...asif kasir,bukannya ana sengaja x update tetapi kekangan masa di bumi anbiya' menyebabkan ana terpaksa melukana Sufi buat sementara waktu..Tapi yang pasti bukan selama-lamanya =)..
Sufi,
ana tiba di Cairo pada 7/10,alhamdulillah..semuanya selamat...Buat masa ini ana sedang sibuk mengemas umah,baju, dan segala macam benda lah..hahaha..
class da mula,lagi bertambah sibu..adoi..Sufi,doakan ana yer..

Sufi,rindu,rindu dan rindu kat Sufi la...erm,dan paling-paling ana rindu adalah...kakak-kakak ana..keluarga ana,nenek-nenek ana...tak tahu macam mana nak ungkapkan rindu tu...erm,ana perlu tabahkan hati dan yang paling pasti seronok sebenarnya duduk di bumi anbiya' ni..

Sufi,ana perlu kejar waktu.lain hari dan masa,ana akan ceritakan semuanya ya..jangan marah ya..

assalamualaikum,salam rindu untuk Sufi yang amat kucintai..

Sep 28, 2010

From deep in my heart,i really love YOU

Salam kasih sayang penuh kecintaan atas namamu Ya Allah Ya Rahman..

Cinta Allah itu Fikrah Hati
Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain2 sifat mulia, baik dan sempurna dalam hidup ini? Ya, tiada seorang manusia pun yang inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Sedarkah kita ketika kita menginginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah? Mengapa? Ini adalah kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang diingini oleh kita itu.
Bukankah Allah itu Al-Ghani, memiliki kekayaan yang diinginkan oleh orang miskin? Allah itu Ar-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu Al-Adl yang mampu memberi keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas. Itulah nama-nama Allah yang sinonim dengan sifat2NYA. Allah mempunyai nama2 yang baik (Asma' al-Husna) yang menggambarkan keindahaN, keadilan, kasih sayang dan segala sifat kesempurnaanNYA.

Begitulah sebahagian petikan yang terdapat dalam majalah solusi edisi ke 23 ini. Penuh bermakna, penuh tersentuh dengan kebesaran ALLAH! Subahanallah.. Ternyata semua sifat2 itu DIA yang punya. Manusia hanya menzahirkan segala sifatnya sahaja. Sehingga kita alpa menilai sifat itu datangnya dari ALLAH bukan dari susuk tubuh manusia itu sendiri. Makanya, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan memperolehi segala-galanya. MasyaAllah! Agung sungguh sifatMU. Pernah dahulu menghadiri kuliah agama, khusus tajuknya Asma' al-Husna. Memberitahu bahawa setiap nama ALLAH itu ada kelebihanya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tanpa berbelah bahagi. InsyaAllah..

Sahabat2, meskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan, diuji dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali2 kita menjauh dengan ALLAH. DIA maha mendengar dan maha mengetahui. Maka, mengadulah padaNYA. "Pernah malaikat berjumpa ALLAH mengatakan bahawa insan ini telah meminta pertolongan dariMU berkali2. Perkenankanlah. Namun ALLAH mengatakan, biarkan insan ini terus2an meminta dariKU. Kerana AKU rindu untuk mendengar keluh tangisannya.." ALLAH sedikit pun tidak rugi jika kita meminta dariNYA. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta dariNYA. DIAlah yang menentukan takdir kalian. Maka, seharusnya hanya pada DIA sahajalah yang layak diadukan masalah..

Sahabat2 yang a kasihi dan cintai lillah, kerana cinta yang hakiki inilah terjalinnya ukhuwwah sesama kita. Tidak dinafikan, kasih sayang antara manusia itu berbahagi2 dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta ALLAH itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada ALLAH. Pepatah Inggeris menyatakan, "What you give, you get back." Maka, serahkanlah sepenuh jiwa raga kita padaNYA. Biarkan DIA sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita seberikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita perolehi. Jika banyak yang diberi, maka banyaklah yang akan diperolehi. Setiap yang mencari cintaNYA sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung ini..

Kini, diri ini terasa ingin sekali mencintai dan dicintai oleh MU Ya Rahman. Maka, kurniakanlah cinta agungMU itu agar diri ini terasa tenang berasa disampingMu, beribadat kepadaMU, berjihad untuk agamaMU, berkasih sayang dengan redhaMU dan mencintai apa yang dicintaiMU. ALLAHUAKBAR! Indah sungguh perasaan itu Ya Rahman. Diri ini tidak sesekali ingin menyia2kannya..

*Syukran untuk team Solusi atas tajuk yang penuh membina diri. Semoga manusia yang lainnya juga menerima hidayah, Taufiq dan rahmatnya menerusi majalah ini. InsyaAllah..

7 GOLONGAN YANG TERKECUALI DARPIDA SOALAN MALAIKAT

Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:

“Siapakah Tuhanmu?”.

Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:

1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.

2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.

3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.

4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.

5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.

6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.

7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.

Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.


STRIVE FOR MARDHATILLAH

Sep 26, 2010

Bukan aku pilih untuk derhaka..

Sufi,pena hatiku..

''Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah kekal selamanya''

Ana sayang mak.ana juga sayang abah.Biarpun hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku,ana masih lagi bElum puas mengucapkannya.Sufi, bukan sedikit air mata mak yang tumpah kerana kerenahku dan saudara-saudaraku.Bukan sedikit keringat abah yang menyimbah bumi untukku dan adik-beradikki.Anak mana yang tak sayang mak dan abah.Biar sehitam mana pun arang yang pernah diconteng ke wajah insan bergelar mak dan abah itu,ana percaya jauh di sudut hati si anak,merekalah ratu merekalah raja.Cuma kejahilan serta kejumudan iman,membataskan kewajaran si anak bertindak sehinggakan ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum derhaka..Wanauzubillah..Usahlah di ungkit kisah si tanggang,jangan disebut sejarah si Malin Kundang.Hati ini cukup gerun membayangkan betapa ana sebagai manusia biasa tidak akan pernah terkecuali daripada cubaan dalam melaksanakan amanah sebagai aeorang anak perempuan.Setiap solat tertunai,setia ana panjatkan doa buat keduanya moga-moga mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi yang Maha Esa.Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menjaga mereka selain dari Allah SWT yang sempurna.



(Doa untuk kedua ibu bapa)
''Allahummaq firli zunubi waliwalidaiiya warhamhuma kama rabbayani soghira''
maksudnya: wahai tuhan,ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana keduanya telah mendidikku dikala aku keci.
Sufi,
Bagaimana boleh ana lupuskan rasa kesalku yang tidak terhingga ini?Berdosanya ana sebagai hambaNya dan lebih parah ternodanya ana sebagai seorang anak.Malu rasanya untuk ana mengaku bahawa kedua insan yang sudah lanjut usianya itu sebagai mak dan abahku,sedangkan mereka sebenarnya terlalu mulia untuk memiliki ana sebagai anak yang hanya tahu marah dan terluka..Ana bertengkar dengan ________. Walaupun mungkin bukan pertengkaran besar,tetapi cukup membuatkan mak bungkam membisu dan menitiskan air mata..
Ana menyesal sebenarnya Sufi.Bukan cara itu sebenarnya yang ana mahu lakukan terhadap _______. Bukan kekasaran yang ana pilih untuk menangani ______.Apatah lagi bukan setiap waktu ana boleh bersama mereka.Tetapi,sikapnya yang amat melampau dan nafsu amarahku lebih dahulu menguasai hati sebelum sempat akalku mengambil tempat.Mana mungkin ana boleh mendapatkan pertolongan Allah SWT,sedangkan ana sendiri seakan-akan sedang merobohkan jambatan untuk sampai kepadaNya.Jenuh ana beristiqfar menginsafi perbuatanku yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang jauh lebih baik dan lembut..
Tiada daya ana menahan kesal.Ana pejamkan mata,bulatkan hati.Bersungguh ana memohon ampun dariNya,agar ana diberikan ruang kemaafan oleh ALLAH..Hatiku tidak tertahan sayu dan jiwaku tidak tersorok pilu,lantas Kau menjadi mangsaku kini..Mujur Kau ada Sufi..Tapi,bukan ku pilih untuk derhaka.
Bila mak kata dia teringat,kita jawab kita sibuk sangat...
Bila abah kata dia rindu,kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang...
Bila abah minta kita singgah,kita jawab kerja kita belum sudah ...
Bila hati kita terguris,kita kata...'Mak memang tak pernah faham',
Bila hati kita terhiris,kita kata...'abah memang tak ambil kisah';
Tetapi...
Bila hati mak kita guris,mak kata...'Tak apa,dia masih muda'
Bila hati abah kita hiris,abah kata...'Tak mengapa,belum sampai akalnya'
Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari hingga bagai hilang kaki..
Bila kita merintih tanda derita,abah bersengkang mata bagaikan tiada lena..
Bila kita sedih kerana gagal,mak setia membekalkan cekal..
Bila kita pilu kerana kecewa, abah teguh berkata dia tetap bangga...
STRIVE FOR MARDHATILLAH..

kisah sebuah permulaan

Assalamualaikum Sufi,senang rasanya dapat memulakan hari dengan berkongsi rasa dengan kau sahabat yang paling memahami.Mudah-mudahan kau akan kekal begitu untuk menyelak lembaran baru nanti..

Selamat petang.Segala puji bagi Allah Tuhan pencipa Sekalian Alam.Selawat serta salam buat junjungan besar Rasulllah SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.Sebuah doa pembuka bicara buat antum semua.Moga-moga kita terus dipayungi kasih sayang dan redaNya..


(Doa diwaktu pagi dan petang)

''A'uzu bikalimatillahit tammati min sharrima khalaq''
maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna,dari kejahatan apa yang terjadi
Hari tetap bermula dengan setia seperti biasa,adanya seribu satu kejadian di bawah satu kuasa yakni yang Maha Esa.Ana,dengan sebuah kesyukuran bangkit dari tempat tidur,gembira tapi mals dan mungkin juga bosan kerana rutin hari-hariku bermula lagi.tapi hari ini sedikit berbeza dengan hari-hari sebelum ini..
Sufiku..
Sesudah mempersiapkan diri dengan hijab yang menutupi auratku,ku mengayun langkah keluar dari rumah bersama kakakku yang tercinta..menuju satu destinasi untuk menyelesaikan satu masalah..Sebaik langkah keluar dari train,Ahh...hiruk-pikuk ibu kota sudah sedia memecahkan gegendang telinga.Inilah irama pagi yang terpaksa kudengarkan.Meskipun ada kalanya irama itu sumbang..Laju ku teruskan langkah menuju ke tempat itu...
Hai Sufi tinta hatiku..
Sepulangnya ana tadi, lelah dan penat tidak terhingga.Ana termenung sejenak dalam kereta mengenangkan betapa rencahnya hari yang ana lalui tadi.Alhamdulillah,segalanya daapt jua ana redahi walaupun bibir ada kalanya nakal tanpa sedar terkeluar keluhan kecil..Astaqfirullah..
Tak baik dikesalkan apa yang telah berlaku..kerana itu semua adalah ketetapan Allah untuk kita.
Sufi,
ingin ana kabarkan berita gembira yang telah ana terima sebaik berada di Seri Kembangan tadi..Pihak atasan memberitahu bahawa flight group ana pada 6/10/2010 ni..InsyaALLAH pada pukul 1030 pagi.tapi pukul 7 pagi sudah perlu berkumpul di Bay K..aish..Awalnya,kesian betul pada siapa yang jadi mangsa ana untuk menghantar ana ke airport..kihkih..tapi rasanya,ramai la makcik-makcik dan pakcik-pakcik ana yang tidak dapat hantar..Sebab waktu ana pergi itu,hari Rabu..waktu budak-budak bersekolah dan waktu hari orang bekerja...Erm...sedihnya..=(
tidak mengapalah,apa yang ana perlukan hanyalah iringan doa dari mereka semua..InsyaALLAH..
Tadi,semasa ana di dalam train komuter,macam-macam kerenah dan rencah kehidupan masyarakat Malaysia ni..Ada yang buat kerja sendiri,ada yang apabila tersenyum,maka senyumannya di balas dan ada juga yang apabila di sapa menyombongkan diri..Yang menggelikan hati ana,ada satu famly ni bawa 3 orang anak dan mereka sedang makan gula-gula.Anak makcik yang nombo 2 ni(x silap ana lah) nakal sikit.Bila membuka pembungkus gula-gula tu,bukan terus disimpan dahulu malah diletakkan di celah-celah kerusi tempat yang didudukinya itu..hehe,ana memandang sahaja dari jauh..kanak-kanak....
Kini,malam berlabuh jua meninggalkan siang.maka,ana pun teruskan segala rutin harian ana seperi biasa..Beribadah kepadaNya itu memang wajib..malah harus ditingkatkan menjadi yang lebih baik..insyaALLAH..
Setiap kali ada permulaan,pasti ada akhirnya...
Setiap kali ada awal pasti ada hujungnya..
Begitu juga,
Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti..
Setiap kali ada munggu pasti ada yang menunggu...
Setiap kali ada bulan pasti ada yang berdepan..
Setiap kali ada tahun pasti ada yang dipohon..
Yang pasti itu..
Adalah janji ILAHI yang tidak siapa ketahui isinya...
STRIVE FOR MARDHATILLAH

Sep 25, 2010

Ibarat sebuah gelas



Gelas itu, andai engkau menyuci gelas itu setiap kali setelah engkau menggunakannya, apakah akan tersisa kotoran pada nya? Begitulah, kebersihannya pasti akan engkau utamakan; pastinya engkau akan merasa jijik untuk menggunakan gelas itu, seandainya kebersihannya tidak terjaga. Lantas, bagaimana pula dengan keadaan dirimu, wahai hamba ALLAH yang Maha Pemurah...?


Air yang engkau minum dari gelas itu, ALLAH تعالى bisa Mengubahnya menjadi nanah yang busuk ataupun menjadi air yang mendidih panas sebagai balasan keingkaran engkau terhadap Perintah dan LaranganNYA. (wal `iyadzubiLlah) Namun, tidak pernah berlaku demikian, air itu malah menghilangkan dahagamu dan memberimu tenaga. Sesungguhnya, Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى Meliputi segala sesuatu, itulah setitis Curahan Rahmat dari Tuhanmu, ALLAH; yang Maha Penyabar lagi Maha Berkasih Sayang.


Engkau lihat sahja di dunia ini, tiada siapa yang benar-benar dapat membantu dirimu, hatta uban dikepala mu; adakah sesiapa yang dapat menghalang penumbuhan nya? Lantas, bagaimana pula keadaan engkau di Akhirat kelak? Apabila engkau meniti "Shiratal Mustaqim", tersilap langkah sahja, terhumbanlah engkau ke neraka Jahannam, (wal `iyadzubiLlah) iaitu seburuk-seburuk tempat kembali.

STRIVE FOR MARDHATILLAH

benarkah muslimah xberguna??



Ya!! Kami juga muslimah biasa yang tidak kebal dari dosa.
Ya! Benar! Kami muslimah tak guna. Kami memang tak guna.

bukanlah mudah, bukanlah juga sukar, yang pasti kami usaha

Kami memang tidak guna pewarna-pewarna untuk memberi warna pelangi pada rambut kami, pewarna mata, pewarna pipi malah bibir juga kami tidak warnakan, kerana pada kami hanya benda buruk yang perlu dicat untuk menarik orang menatapnya. Kami jauhkan sebarang pewarna di wajah kami kerna kami tidak mahu menipu sekalian yang menatapnya.

Sufi: tolonglah ana jadi muslimah yang berguna kepada diri,anak,adik,kakak,rakan,murid,pekerja,isteri,ibu,nenek,makcik dan hamba..=(

PAHALA PALING MUDAH

Dalam kehidupan seharian, kita pasti melakukan sesuatu perkara sama ada perkara itu zahir mahupun batin. Bayangkanlah kita dapat amalkan ayat - ayat memuji nama Allah dalam segala tindak tanduk kita. Pastinya para malaikat berebut - rebut untuk mancatat amalan yang kita lakukan.nah!!ini dia perkataan yang paling mudah untuk disebutkan dan free sahaja pahalanya..amalkan la...


1. Mengucap Bismillah pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.



2. Mengucap Alhamdulillah pada setiap kali selesai melakukan sesuatu.



3. Mengucap Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.



4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu.



5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tidak diingini.



6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.



7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidah.



Ana masih lagi cuba mempraktikkan dan tidak dapat dinafikan pada awalnya memang susah untuk membiasakan diri menyebut kalimah tauhid ini, akan tetapi ana yakin dengan diri sendiri bahawa dapat melakukannya..



Ana mengajak saudara - saudari sekalian agar dapat melaukannya juga. Tidakkah kamu semua terfikir alangkah manisnya mulut kita jika sentiasa menyebut kalimah yang Allah sukai..mudah mudahan kita terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa -dosa kecil walau sebanyak busar di laut. mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau susah mudah-mudahan buat jadi selesa, karena sudah biasa.. wallahua`lam..


STRIVE FOR MARDHATILLAH

AIDILFITRI YANG MULIA

ada masanya ketika ribut cabaran

melanda menerjah diri
pada sekeping hati, teralpa jua kita
pada kelembutan budi pekerti

ada ketikanya sering kita lupa lagi
pada halusnya nurani
terusik persaudaraan
tergurislah perasaan
walau itu bukan maksud dan tujuan

sampai masanya aidilfitri bertamu
di ruang waktu bagai biduk lalu
di samudera kalbu lalu kiambang
persaudaraan bertaut semula

terciptalah kemaafan, terukir keampunan
pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
tak kan lama ianya terpisah
bertaut di hari raya

pada nur ramadhan yang terus membara
sinar kemeriahan syawal pun menyala
kita raikannya dengan indah bersaudara
menjadi sebagai tangan kiri dan kanan

yang sentuhan keduanya
saling membersihkan
kembali kepada fitrah
kepada ukhuwwah
kembali seluruhnya pada llah
berkah di hari raya

maafkan saja segala sengketa lama
yang membeku di jiwa
di bulan yang mulia hari yang bahagia
moga ukhuwwah terjalin selamanya
STRIVE FOR MARDHATILLAH

raya datang lagi..2010

assalamualaikum wbkt..
bismillahirrahmanirrahim..
Syukur alhamdulillah ke atas ALLAH swt pencipta kita,selawat ke atas nabi Rasulullah SAW,keluarga serta sahabat baginda..
Tertunduk ana mensyukuri nikmat ALLAH serta hidayahNya buat diriku,hambaNya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini.Namun kurniaan Allah tidak ada pula surutnya untukku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga ana terpandu lalu terhasil bingkisan sederhana ini buat tatapan semua yang bersamaku..terima kasih ALLAH..

Untuk post kali ini, hendak lari sedikit dari apa yang sepatutnya.iaitu tentang raya..sebenarnya,ana dapat request dari rakan supaya post tentang raya sambil-sambil tu dia mahu lihat gambar raya ana sekuarga..
Sebelum itu,ana ada sedikit santapan hati yang ingin dikongsi bersama sebagai rentetan daripada post yang sebelum ini..mari kita renungkan...

kali pertama bumi diciptakan,katanya bumi ini selalu bergoyang,bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya.Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT..
''wAHAI Rab Yang Maha Mengetahui,mengapa bumi ini bergoyang?''tanya para malaikat

''kerana belum dipaku.''jawab Allah singkat.

''lalu,bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?''tanya para malaikat lagi

''Aku akan menciptakan gunung-ganang.''jawab Allah
Setelah itu,Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi.Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang,bumi pun diam berputar sesuai paksinya.Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan ALLAH SWT..

Paku merupaka benda keras yang terbuat dari besi.Setelah AllAH menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang,kemudian para malaikat pun bertanya lagi.
''Ya Rab,adakah yang lebih kuat daripada paku?''

''Ada.''jawab Allah. ''iaitu api,yang dengan panasnya dapat melelehkan besi''

''adakah yang lebih kuat lagi selain api?''tanya malaikat lagi

''Ada!Yakni air yang dapat memadamkan api.''Jawab Allah lagi

''Jadi ya Rab,adakah yang lebih kuat lagi selain air?''sambung malaikat.

''Ada!Iaitu angin,yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia menghembus.'' Jwab Allah lagi

''Tapi ya Rab,adakah yang lebih kuat lagi dari semua itu(gunung,api,air,angin)?''Malaikat bertanya lagi.

''Ada!Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaku.kerana sesungguhnya DOA itu mampu memngubah takdirku.''demikian Allah menjelaskan.

[hadis kudsi]

lihat??doa amat penting bukan??

okla..back to the title...raya??seronokkan kan?memang itu pun yang ditunggu-tunggu oleh umat islam setelah sebulan berpuasa..sebab,waktu nilah kita nak qadha' segala makanan..rendang,lemang,ketupat dan macam-macam lagi..
dan raya ni juga merupakan satu medan untuk kita sekeluarga mengeratkan lagi hubungan silaturrahim..insyaALLAH..yang jauh didekat-dekatkan,yang dekat,dirapat-rapatkan.unikkan percaturan ALLAH itu?

cousins,my mother side..

nanny n granpa(taking care for me when i was child)

romantic rite?=)

wif my beloved father..sayang abah!!


rakan-rakan yang beraya dirumah nenek ana..

(azimah,farhana,baizura,baiti n aizam)

raya,tidak lain tidak bukan is makan minum makan minum...jangan lupa,pohonlah kemaafan sesama kita dari hati yang ikhlas bukan dari mulut yang manis..=)

Doa makan atau minum

''allahumma bariklana fima razaktana waqina azabannar''

''wahai tuhan kami,berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan hindarilah kami dari azab api neraka''

akhir kalam,

STRIVE FOR MARDHATILLAH

soalan itu,biar ana yang jawab..

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum wbkt..

Selamat pagi sufi..
semenjak dua menjak ini,ana terlalu sibuk hingga tidak berkesempatan langsung berbicara denganmu sufi..Bukan ana lupa,tapi macam-macam yang terjadi malahan sibuk dengan urusanku yang belum selesai lagi untuk nak flight ni.Ana semakin memerlukan engkau Sufi untuk menjadi ''alarm'' peringatan,agar ana tidak lupa pada yang lebih penting yakni pengabdianku kepadaNya.Astaqfirullah....Kesibukan ini benar-benar mencabar ana Sufi.

Rindu rasanya kepadamu Sufi..terlalu banyak yang ingin diluahkan..namun,apa yang teringat sahaja lah ya yang akan ana kongsikan..Bukan sombong Sufi,tapi apa yang terlintas lah yang ana akan luahkan..

Baru-baru ini ana telah diajukan soalan oleh seorang sahabat,tapi namanya rahsialah ya..

sahabat: ameera,kenapa nama blog anti SUFIAMEERA??

Ana: (tersenyum mendengar soalan itu)..eh??kenapa tanya?

sahabat: ada sahabat ana yang tanya,tapi ana tidak tau.so,ana tanyalah anti.

Ana: oo..sampaikan salam saya untuk sahabat awak tu yer..kenapa dia sendiri tidak tanya kat saya?

sahabat: entahlah anti,dia segan kot.

ana: Sufiameera,dia tempat saya luahkan perasaan..luahkan apa yang saya rasa ingin saya tulis.Dia sangat setia pada saya sebab dia adalah wadah ringkas untuk saya singgah ke kamar kehidupan orang yang berada disekeliling saya.kadang-kadang,Sufi la juga tempat untuk saya memberikan pandangan dan pendapat tentang sesuatu yang berlaku dalam diri saya yang kadangkala tidak mampu untuk saya luahkan kepada orang lain.cukuplah hanya Sufi dan ALLAH yang mendengar rintihan itu..Dan lagi satu,Sufi juga adalah untuk saya mengajak folowers saya,bukan untuk pergi lebih jauh,namun cukup untuk kembali seketika merenung beberapa potong doa yang ringkas dan madah-madah kata berhikmah yang mana sangat sinonim dengan kehidupan seharian kita selaku manusia biasa.Cumanya,sama ada folowers perasan atau tidak doa atau ayat-ayat berhikmah itu.hehe.setiap post,memg saya akan selitkan doa atau ayat-ayat berhikmah,insyaALLAH..

sahabat: knpa doa yer?

ana:(tersenyum) sebab doa itu senjata.kita senang,kita doa.kita susah,kita doa.kita dapat ujian,kita doa.tengok..semua memerlukan doa bukan??andai doa yang saya tulis dibaca oleh 100 orang pembaca,maka 100 oranglah yang baca doa itu..bukan ke doa itu akan dimakbulkan??wallahua'lam..

sahabat: oo..macam tu.nanti biar ana yang sampaikan pada sahabat ana yer?

ana:..erm..tafaddhal..

memang tidak dapat ana nafikan,doa merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa.sebab apa?sebab,doalah sebagai penghubung antara kita denga khaliq..kalu tidak berdoa,makanya,kita terputus hubungan dengan khaliq kita sendiri.mahukah anda begitu?percayalah,hidup kita ini hanya bergantung kepada ALLAH.tidak ada selain dari itu..


Sabda Rasulullah SAW : ''Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus-menerus berdoa''(hadith riwayat Al-Auzai')
''istajibillahumma dua'ana''(3x) [doa bukan?]
p/s:blog ini merupakan sebuah diari yang seakan bernyawa malah kelihatannya sangat memahami,diwatakkan sebagai Sufi untuk menemani sang insan bernama,AMEERA dalam menjalani plot kehidupan seharian yang tidak tentu suasananya malah ia merupakan juga satu wadah ilmu pengetahuan untuk dikongsi bersama pembaca dan pengikut.sebab itu nama blog ini sebenarnya Raudhatul ilmiyah iaitu Taman-taman ilmu..=)
andai tidak suka dengan gaya penulisan ana,harap jangan diteruskan membaca kerana takut akan mendatangkan fitnah kepada diri yang tidak bersalah.andai anda suka dan ingin berkongsi,tafaddhal mashkura.setiap apa yang ana tulis mesti ada sebabnya dan kadang-kadang ada juga yang ana copy n paste dari website lain(disediakan link).oleh itu,jika anda juga ingin copy n paste dari blog ana ini,oohh..silakan..tidak perlu minta izin dari ana kerana itu semua hanya pinjaman dari Illahi..moga semuanya bermanfaat untuk ana dan antum semua..
ana harap antum kaji,dalami dan beramallah selagi terdaya.Andai kita bertembung dengan apa juga musibah mahupun bahagia,berdoalah kepada tuhan yang satu,lalu sematkan percaya dalam sanubari bahawa Allah SWT itu ada dan sedang mendengar keluhan hambaNya tanpa mengira siapa kita..Janji Allah...
STRIVE FOR MARDHATILLAH

Sep 21, 2010

salam lebaran..

bismillahirrahmanirrahim..

salam aidilfitri kepada sufi dan semua....

maaf kerana rasenya its too long x update my lovely blog..kesuntukan masa dwaktu raya n kerana tiada coverage dkg sedikit m'halang tuk update blog ni..aishh..sgt2 rindu sufi..skang ni pun tgh bzy tuk preparation before flight..moga semuanya dpermudahkn olehNYA..amin..

anyway,rasenya x terlambat lagi tuk wish,salam kemenangan umat islam..salam aidilfitri..

STRIVE FOR MARDHATILLAH..

ampun ya ALLAH

Dengarlah sufi..
..::Ya Allah,aku ini hamba-Mu yang lemah ,yang tidak berdaya.Apa yang ada didalam kehidupan yg Engkau Amanahkan kepadaku ini,aku terima.Bantulah aku ya Allah,bantulah aku dalam setiap gerak-geriku,setiap denyutan jantungku dan setiap tarikan nafasku untuk selalu ingat-Mu
Ya Allah..Ampunkanlah aku ya Allah..Apabila aku lalai dan terlupa mengucap syukur atas nikmat dan rahmat,nikmat akal ,nikmat perasaan yang Engkaun Anugerahkan kepadaku.
Ya Allah sesungguhnya dosaku amat banyak..tetapi rahmat-Mu tetap juga banyak,Ya Allah::::....

Sep 7, 2010

perjalanan hidup..

Bismillahirrahmanirrahim

sufi,sahabatku..



"Perjalanan hidup ini baru bermula. Ia masih jauh dan terlalu lama untuk sampai ke penghujungnya. Terlalu banyak kesabaran dan pengertian yang dituntut. Moga kita ditetapkan iman dan ditabahkan hati agar perjalanan ini berakhir dengan keredhaan yang diimpikan.

Biar kita di tohmah, biar kita di keji selagi Islam itu di julang dalam hati dan di amalkan dengan zahir. Insya Allah, Allah akan selalu membantu kita."

STRIVE FOR MARDHATILLAH

tarbiyah dari ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim..

sufi,suara hatiku,
Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti pernah, sedang mahupun bakal berdepan dengan ujian Tuhan. Itu lumrah, hidup ini memang perlu di uji dan kita selayaknya di uji oleh Allah kerana kita adalah hamba. Hanya hamba.Sebenarnya diri ini sedang diuji.Memohon hanya pada ALLAH supaya dikuatkan hati untuk menghadapi mehnahNya.

Bila kita semakin berusaha untuk mendekati jalan Ilahi, semakin kuat pula ujian yang datang. Ana juga tidak terlepas, terkadang ana mahu sahaja terus melangkah dengan penuh gagah tetapi Allah juga yang lebih mengetahui. Kata nenek , Allah sengaja menguji bagi melihat sejauh mana kesungguhan seorang hamba itu melakukan apa yang sepatutnya dia lakukan. Apabila kita mengaku beriman, bukanlah kita beriman selagi kita belum membuktikan keimanan kita. Dengan ujian, kita akan diukur darjah keimanan oleh Allah azza wa jalla. Tidak orang lain, hanya Allah.

"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia sebaik-baiknya"

"Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya (neraka)"

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus"

(Surah At-Tiin : Ayat 4-6)



Ada ketikanya, kita terasa jauh dari Allah. Bukan Allah melupakan kita, tetapi kita sendiri yang menzalimi diri. Dengan rahmat Allah jua, Dia menitipkan taufiq Nya buat kita. Tersedar dari lena yang panjang, kita bangun kembali menghamparkan sejadah menghadap kaabah. Tetapi, semakin bahtera diri diusahakan menuju ke jalan cinta Nya, semakin besar pula gelombang yang datang.

Duhai hati yang hina, usah sesekali meminta diberikan ujian oleh Allah sebaliknya pintalah kekuatan apabila berdepan dengan ujian Allah.

Tidaklah Allah bebankan seorang hamba itu selain mengikut kesanggupannya. Satu wadah tasawuf yang sering ana ingatkan pada hati yang hina ini, 'Allah yang beri ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya.' Benar, ana selalu terpujuk bahkan terasa damai andai hatiku bisa berlagu riang tatkala badainya menghampas pantai. Apakah perlu ana menangis sendu andai satu ujian itu hanyalah tarbiyyah dari Allah? Itu jalan dari Nya, supaya ana semakin memperkemas doa dan rentak tariku, supaya ana lebih gagah dari sebelum ini.

Duhai hati yang hina, apakah akan terasa manisnya hidup andai selalu dibuai dengan nikmat berpanjangan tanpa merasa sedikit kekurangan? Pasti kaku, statik dan tidak membina roh perjuangan andai segalanya tersedia indah, cantik dan hebat. Ujian itu mematangkan, akal yang sempit akan diluaskan untuk menyelesaikan kerumitan hidup. Ah... Hidup bukanlah seindah mimpi, tidak secantik metafora bumi. Tetapi, hidup itu menjadi indah apabila nikmat itu disyukuri dan ujian itu menjadi medan muhasabah diri. Hiduplah dengan jiwa seorang hamba yang merasa dirinya sebagai hamba.

"Bukankah Allah Hakim seadil-adilnya?"

(Surah At-Tiin : Ayat 8)



Iya, Allah sajalah yang selayaknya menghakimi diri kita dan semua. Bila melihat kesalahan insan lain, tilik dahulu diri kita. Usah terlalu menghukum, sebaliknya muhasabah diri kembali. Bawa hati pada Allah, biar Allah sahaja yang selayaknya memberikan keadilan buat kita dan mereka juga semua.


Walaupun terasa diri ini hina namun ana yakin,ALLAH tidak akan terus menerus menghukum diri ini.Mungkin ini sebagai satu penyesalan dalam diri agar kesalahan itu tidak diulang kembali.Diri ini dalam kondisi tarbiyah ALLAH.maka,perlulah menghadap ke hadapan dan usah memalingkan badan kebelakang kerana takut-takut jika kenangan silam menghantui diri sekaligus menyapa diri yang sedari tadi sudah bersedia mengharungi mehnahNya.



wahai diri,usah dihirau apa yang dikata oleh orang sekeliling.Ambil yang jernih,buang yang keruh.mereka-mereka itu hanya suka melihat diri ini derita sepanjang hidup.Mana bisa melihat diri ini bahagia walau seketika.Biarlah apa yang mereka katakan,yang penting,dirimu wahai diri.ALLAH itu kan pendamping yang setia.tidak kira senang atau susah.cuma kadang-kadang diri ini lali,lupa bahawa dia ada penciptanya yang Maha Hebat.Bila tersedar,barulah mengalirkan air wudhu',menhampar sejadah yang tersidai.


Bukannya,diri ini sengaja melupakanNya,hanya kadang-kadang kenikmatan dunia ini mengaburi mata..begitu asyik dengan keterujaan syurga dunia.argh!!itukan dunia.mana sama dengan syurga akhirat.Sedar dan bangkit dari lamunan.Diri ini masih lagi memijak di atas bumiNya.Seharusnya,perlu lengkapkan diri ini selengkap-lengkapnya agar tidak tersalah lorong semula dan sentiasa bersedia menghadapNya..


ALLAHU,RABBI


STRIVE FOR MARDHATILLAH

Sep 5, 2010

dunia Juga AKHirat..


sufiku,ku amat merindui mereka..

Rindu pada saff perjuangan bersama para sahabiyah. Apakah mereka masih menjadi diri mereka atau kerakusan dunia telah menjadikan mereka berubah wajah? Allah, aku serahkan semua sahabat-sahabatku dalam jagaan Mu. Engkau saja yang mampu memelihara mereka sebaik-baiknya. :(


Ana amat menyayangi sahabat ana, dan ana mahu bersama mereka sehingga ke Akhirat. Sekiranya ana ke syurga, ana mahu dia menjadi teman yang bersama ana di syurga. Ana mahu berjiran dengan sahabat-sahabat ana, dan ana mahu selalu bersama mereka di syurga. Ana mahu... Ana mahu dunia ini mempertemukan ana dengan mereka untuk ana hidup dengannya di akhirat.
syukran Rabbi,pertemukan ana dengan mereka..rindu didada tidak dapat menampung malahan tertumpah sedikit apabila digegarkan..wallahua'lam..
STRIVE FOR MARDHATILLAH

Dia buah hatiku...

(kami bertiga,penglipur lara dikala sunyi dan sepi )


Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.

~ S.A.Y.A ~ S.A.Y.A.N.G ~ K.A.M.U ~

(diana dan sarina yang sering menghiburkan hati ini..tidak lupa juga kadangkala mengingatkan diri tentg ALLAH..)
sahabat,
Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.
*sengaja mengimbau kenangan lama..mereka ini sudah lama tidak kutemui..sekadar bermesej dan call untuk melepaskan rindu...apa-apa pun ukhwah,tetap di hati..ngee```sayang kamu la
only me,
STRIVE FOR MARDHATILLAH

Sep 4, 2010

mesej itu penuh persoalan

wahai sufiku yang setia..
seketika tadi mendapat mesej yg berbaur hikmat juga nasihat...
terdiam seketika,memikir apa yg sepatutnya diri ini lakukan...
msg nya berbunyi begini..

''meera, buatlah sesuatu yang akan berterusan meskipun meera dah tak ada."
sufi,apa yg harus kukatakan?
rasenya,tiada jawapn untuk soalan ini...
senyum..=0]..hobiku..