Jan 8, 2011

salam..

duhai,penyeri qalbuku...
ku menistiskan air mataku ini..
ku mencari sakinah disekelilingku..tidak kutemui..
ku mencari syifa',tidak kujumpai...
ku mencari Sufi,engkau disini..
dan ku mencari Dia,kutemuiNya dalam sujud

qalamNya kubaca,amat mententeramkan jiwa,
makanan hati yang selama ini jauh dari ku,mulai semakin menghampiri diri ini,,
bukan hanya kerana ujian Nya datang baru ku mencarinya tetapi ku tidak berdaya..

kusentiasa mengharapkan pertolongan bersinar kembali,
dalam doa tidak henti menyebut pengabdianku kepadaNya...

Doaku Fi,
semoga Dia tetap memandangku..
mungkin ujianNya selama ini atas khilafku yang mungkin tanpa kusedari..

tiada daya upaya ku selainNya..
Allah,Kau Maha Mengerti isi hatiku ini..

If tomorrow never come

If tomorrow never comes
Have I done what I should have done today
Or did I just let time slip away

If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show

If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today

If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY, AMIN!

FIKIRKAN IA

"Mereka yang tidak menghayati dan memikirkan setiap perjalanannya dalam tarbiyah, tidak akan dapat menafsirkan dan menterjemahkannya...

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Jan 6, 2011

air mata kering...

Bismillahi wal hamdulillah….

Sufi,lama rasanya tidak berbicara dengan engkau Fi...yer,ana rindu sangat untuk meluahkan segala apa yg terpendam di hati..bukan ana ingin menjauhkan diri tetapi Mr.time sangat cemburu dengan ana sehinggakan masa yang berlalu tanpa engkau disisi tidak ana sedari..

Terlalu banyak yang ingin kukongsikan bersama,terlalu bertimbun segala isi hati yang ingin ana luahkan dan terlalu menggunung segala kesedihan yang ana pendamkan..tak mampu rasanya untuk ana tanggung keseorangan tanpa engkau Fi..

Ana bukanlah orang yang diibaratkan habis madu sepah dibuang Fi..ana tak mahu engkau fikir yang bila ana dalam kesedihan barulah ana mencari engkau dan kalu ana gembira,ana tinggalkan engkau..bukan Fi..cuma ana terlalu sedih untuk kongsikan bersama engkau..tak sanggup rasanya untuk berbicara dengan engkau walaupun ana tahu cara inilah yang dapat mengurangkan kesedihan..

Sufi,kasih hatiku...

esok,ana bakal tinggalkan universiti Al-Azhar,uni kesayangan ana..pasti engkau tertanya-tanya kan Fi kenapa..biarlah ana dan ALLAH sahaja yang mengetahuinya..

sayu hati tatkala mendengar berita ini..tidak mampu rasanya untuk mengalirkan air mata yang semestinya telah kering dek kerana ujian2 ALLAH yang telah lepas..ana rasanya,bangunan yang berada di hadapan ana itu runtuh di bahu ana..saat itu,hanya ALLAH yang tahu apa yang ada dalam isi hati ana..segala sel2 dalam badan hanya mampu menitiskan air matanya..

Sufi,ana perlukan engkau sebenarnya..tapi bagaimana Fi??

sufi,ana akan tinggalkan rakan2 ana.walaupun perkenalan kami sangat singkat,tapi bagi ana perkenalan tu sangat2 berharga..pertemuan yang mungkin ana kira tidak dirancang oleh ana tapi ALLAH telah mentakdirkan untuk kami bertemu..pastinya ana akan tinggalkan juga semua doktorah2 kesayangan ana..dan yang paling penting,ana akan pergi jauh dari ahlil bait ana..

Fi,kalaulah ana diberikan 2 pilihan oleh ALLAH,pasti Azhar yang utama..apakan daya..segalanya ALLAH telah tetapkan yang terbaik untuk ana..makanya ana perlu redha..

dan mungkin juga esok ana akan memijak Bumi Tanta untuk ana teruskan perjuangan disitu..mencari rakan2 baru sudah semestinya..environment yang sangat berbeza dgn Bumi Cairo pasti akan membuatkan ana sedikit kalut nanti..doakan ana Fi semoga na terus tabah melangkah menerusi hidup ini..

ana ingin kongsikan bersamamu Fi untuk ana memujuk hati ini..

Sabar yer…sesungguhnya ini adalah ujian daripada-NYA…. kata2 yang sering dilontarkan oleh sahabat kita tatkala musibah yang menimpa diri kita. Senangnya melafazkan kata2.Hakikatnya berat sungguh bahu yang menanggungnya.

Kita sering diuji dengan pelbagai bentuk ujian sama ada kegagalan, kehilangan, kesusahan dan sebagainya. Jarang antara kita yang menyedari bahawa nikmat2 yang Allah kurniakan untuk kita juga merupakan salah satu bentuk ujian daripada-NYA…kejayaan, kesenangan, jawatan, harta dan sebagainya….

Apabila ujian itu datang, kita sering merungut…..kenapa Allah pilih saya untuk menanggung semua ini? Saya tak mampu…argh…… Pernahkah situasi ini berlaku dalam diri kita semua? Jikalau ada, marilah kita sam-sama beristighfar kembali… firman ALLAH yang bermaksud:

”Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ” (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ingatlah Fi, sesungguhnya segala sesuatu yang DIA aturkan untuk adalah yang terbaik untuk kita. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Hikmah itu kita tak akan nampak selagi mana kita tidak melalui ujian itu. Sesungguhnya segala sesuatu yang ALLAH rancangkan tidak bersifat sia-sia.

Ujian itu adalah suatu pengalaman yang berharga untuk kita. Ujianlah yang akan mematangkan diri kita. Kerna itu..bersabarlah…Pasti kau akan temui kemanisannya. Ingatlah…DIA tidak akan membebankan sesuatu perkara di luar kemampuan kita. Firman ALLAH yang bermaksud:

”Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Jadi, bermohonlah kepada Allah…sandarkan segala pengharapan kepadanya. Moga2 tiap2 ujian yang menimpa, dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Sesungguhnya dari-NYA kita datang dan kepada-NYA kita akan dikembalikan.

Fi,terima kasih kerana sudi mendengar rintihan ini..walupn ana sudah lama tidak bersamamu..tapi,satu yang ana ingin kau tahu,dihati ana sentiasa memikirkanmu..sentiasa berdoa agar kau bahagia selalu..semoga kau tetap sahaja bersedia menanti dan bersamaku..


untukmu adik-adikku

Adik-adikku…
Sebanyak-banyak kesyukuran kupanjatkan kehadrat Ilahi,
Kerna pertemuan kita semalam,
Terasa indah ukhuwah fillah ini,
Susah senang kita lalui,
Suka duka kita hadapi,
Tangis tawa kita rasai,
Segala-galanya kita lakukan bersama,
Untuk menegakkan kalimah Tauhid,

Adik-adikku…
Jalan ini bukannya mudah buatmu,
Kau tak disediakan hamparan merah,
Kekadang kau akan merasa lemah,
Tapi percayalah…
Kau tak berseorangan…Allah bersamamu,
Janji Tuhan pasti berlaku,
Kemenangan pasti datang,

Adik-adikku…
Begitu pantas masa berlalu,
Aku akan meninggalkanmu semua,
Untuk meneruskan kehidupan ini,
Pertemuan & perpisahan memang fitrah kehidupan,
Tapi lebih indah jika segalanya kita lakukan kerana Allah,
Berpisah dimata…dihati jangan,
Ku harap kita terus istiqamah di jalan ini,
Kita bukanlah pemula perjuangan ini mahupun pengakhir,
Tapi penyambung mata-mata rantai perjuangan ISLAM,
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada’…

Adik-adikku…
Moga kita akan bertemu lagi,
Jika bukan di sini…di syurga menanti,
InsyaALLAH…

Dec 30, 2010

pesanan imam AlSyahid aLBANNA

“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dlm diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

tips:Menghargai dengan kata-kata

“Kata mahu goreng mee petang ini. Elok sangatlah, ayah kamu pun pulang malam ini”, ujar emak memberikan isyarat agar anaknya tidak menangguhkan hasratnya.

”Baiklah emak. Saya masak sekarang”, lembut sahaja si anak menuturkan.

”Masak sedap-sedap”, emak mengingatkan seperti biasa.

Tenang sahaja dia melangkah ke dapur. Bahan-bahan semuanya sudah dibeli. Memasak sepaket mee kuning bukanlah sesukar mana. Masa yang diambil pula tidaklah lama. Insyaallah mulakan memasak dengan hati gembira untuk menggembirakan.

Menjamu Selera

”Emak, mari makan, mee goreng sudah siap”, anaknya menguatkan sedikit suara memanggil emak di tingkat atas.

Kemudian dia berlalu pergi memanggil ayah yang sibuk di kolam halaman rumah, memberi makan kepada ikan-ikannya.

”Ayah, makan malam sudah siap, mari makan”, dari pintu rumah anaknya menyuarakan.

Mee goreng yang baru sahaja siap dimasak, dihidangkan diatas pinggan. Ayah dan emak mengambil tempat duduk. Masing-masing mula menjamu selera dihadapan anaknya. Anak yang memasak pada malam itu.

”Sedap”, ujar emak ringkas ketika pertama kali mencuba.

”Sedap ke mak?” sengaja si anak mendapatkan kepastian. Emak tidak menyampaikan tepat kepadanya. Matanya tunduk memandang makanan tatkala menyampaikan.

”Ya, sedap”, sesuap mee lagi singgah dimulut emak.

Alhamdulillah.

”Sedap tak ayah?”, anak bertanya kepada ayahnya pula.

Tahu benar akan sifat ayahnya, jarang sekali memberikan komen. Perlu ditanya. Kata emak, andai sedap, makannya berselera lagi bertambah. Andai kurang rasanya, tidaklah mengeji dan tidaklah bertambah pula. Senyap.

”Sedap. Sedaplah bila makan panas-panas”, ucap ayah.

Tersenyum anak mendengarkan ulasan ayahnya.

”Sedap sebab makan ketika panas rupanya……”, anaknya mengucapkan.

”Tapi, mee kuning ini memang sedap. Lain daripada mee kuning yang lain”, anaknya mengeluarkan pendapat pula.

”Sudah tentu. Mee ini tiada bahan pengawet. Tiada kapur”, emak mengukuhkan hujah dengan fakta.



Falsafah Memuji, Menjaga Hati

Jika diimbas kembali, emak dan ayah cukup jarang memuji anak-anaknya. Falsafah emak, memuji itu menimbulkan riak. Bimbang anak-anak sombong membangga diri.

”Emak, semalam selepas oral test, tiba-tiba sahaja Puan Durai tanya satu soalan”, anaknya cuba memulakan perbualan.

Emak diam sahaja. Sibuk membuat kerja.

”Soalnya, Do you think you are pretty?”, anaknya menyambung bicara.

“Pelik. Tapi, Puan Durai bertanya dengan wajah yang manis. Bukanlah menyindir, seolah-olah memberikan satu fakta”, tambah si anak lagi.

”Kamu jawab apa”, tanya emak.

”Tidaklah saya mengaku pula. Saya angkat bahu erti tidak tahu. Senyum dan berlalu pergi dalam keadaan malu”, jujur si anak yang masih keanak-anakkan.

”Cantik wajah perlu dilengkapi dengan akhlak yang cantik. Barulah benar-benar cantik”.

Emak tidak mengiyakan, tidak pula menidakkan kecantikkan anaknya. Emak sekadar memberi kata-kata hikmah buat si anak fikirkan. Kata-kata hikmah yang dipegangnya agar tidak alpa dengan kecantikan wajah kurniaan Allah.

Begitulah didikan ayah dan emak. Bahkan jarang sekali memuji sekalipun anak-anaknya cemerlang dalam akademik. Sekadar memberikan hadiah. Lagilah jarang melihatkan mereka bercerita kebaikan-kebaikan anak-anak dihadapan orang lain pula. Mudahnya, mereka jarang memuji untuk menjaga hati.

Begitu jugalah yang dianjurkan Islam. Pujian itu ada kaedahnya. Pujian itu asasnya ialah puji buat Allah Yang Maha Mengatur dan Mencipta. Memuji buat Yang Esa, yang dipuji pulangkan pujian pada Yang Mengurniakan segala kebaikan serta kelebihan.


Budaya Menghargai

Sememangnya perlu berpada-pada ketika memuji. Namun, masyarakat kita, sukar sekali untuk memuji! Sekaligus, jauh dengan budaya menghargai.

Pandailah memilih kata-kata serta tempat untuk memuji. Pujian itu tidak lain hanyalah kata-kata indah untuk menggembirakan hati mereka yang berusaha. Pujilah ketika kita bersendirian dengannya, tidak pula dikhalayak ramai yang acapkali menimbulkan perasaan yang berbeza misalnya.

Paling asas ialah luruskan niat tatkala mengucapkan kata-kata indah (memuji). Mohon agar Allah jauhkan kita daripada riak. Niatkan untuk menghargai lagi bersyukur pada Allah atas kurniaanNya. Mudah.

”Terima kasih kerana rajin menolong membasuh pinggan”.

”Sedap masakan hari ini. Terima kasih”

Tidak perlu pujian yang meleret-leret. Cukup ayat-ayat ringkas yang disusun dengan kata-kata indah. Sungguh budaya menghargai ini akan menceriakan suasana keluarga. Mewujudkan suasana positif. Hatta, andai diamalkan dengan baik ketika bersama kawan-kawan mahupun di tempat kerja, pasti berbeza rasanya. Indah lagi puji dan syukur buat Allat swt.

”Kalau mahu hargai, mahu ucapkan kata-kata indah, semasa manusia masih hiduplah. Andai sudah pergi bertemu Tuhan baru hendak nyatakan; sayang, terima kasih….alamatnya, sudah terlambat”.

Itulah falsafah emak dalam menghargai.

Tidak salah mengungkapkan kata-kata indah untuk membungakan hati. Membawa ingatan pada Ilahi. Yang Maha Menghargai hambaNya dengan 99 namaNya.

Cinta dan mencintai Allah



DEFINISI CINTA

Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; membatasinya justeru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka ba-tasan dan penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri.

Kebanyakan orang hanya memberikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeza dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan, kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini. (Madarijus-Salikin 3/11)

Beberapa definisi cinta:
1.Kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus (kepada yang dicintai).
2.Kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintainya.
3.Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, kemudian merasa bahawa kecintaan tersebut masih kurang.
4.Membaranya hati kerana mencari yang dicintai sementara lisan senantiasa menyebut-nyebut namanya.
5.Menyibukkan diri untuk mengenang yang dicintainya dan menghinakan diri kepadanya.

PEMBAHAGIAN CINTA
1.Cinta ibadah
Ialah kecintaan yang menyebabkan timbulnya perasaan hina kepadaNya dan mengagungkanNya serta bersemangatnya hati untuk menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala larangaNya.
Cinta yang demikian merupakan pokok keimanan dan tauhid yang pelakunya akan mendapatkan keutamaan-keutamaan yang tidak terhingga.
Jika ini semua diberikan kepada selain Allah maka dia terjerumus ke dalam cinta yang bermakna syirik, yaitu menyekutukan Allah dalam hal cinta.

2.Cinta karena Allah
Seperti mencintai sesuatu yang dicintai Allah, baik berupa tempat tertentu, waktu tertentu, orang tertentu, amal perbuatan, ucapan dan yang seumpamanya. Cinta yang demikian termasuk cinta dalam rangka mencintai Allah.

3.Cinta yang sesuai dengan tabi'at (manusiawi); yang termasuk ke dalam cintai jenis ini ialah:

a).Kasih-sayang, seperti kasih-sayangnya orang tua kepada anaknya dan sayangnya orang kepada fakir-miskin atau orang sakit.
b)Cinta yang bermakna segan dan hormat, namun tidak termasuk dalam jenis ibadah, seperti kecintaan seorang anak kepada orang tuanya, murid kepada pengajarnya atau syaikhnya, dan yang seumpamanya.
c)Kecintaan (kesenangan) manusia kepada kebutuhan sehari-hari yang akan membahayakan dirinya kalau tidak dipenuhi, seperti kesenangannya kepada makanan, minuman, nikah, pakaian, persaudaraan serta persahabatan dan yang semisalnya.

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Jawapan ALLAH

Kita seringkali bertanyakan persoalan yg mana kita terlupa telah termaktub jawabnya di dalam kalamullah..AL-QURAN..
Renungkanlah...
kerna di situ terungkai segala kekeliruan..
di situ ditemukan jawapan..

1. Kenapa aku di uji?
Jwbnya-(al-ankabut:2-3)

2.Knp aku xdpt apa yg aku idam2kan?
Jwbnya-(al-baqarah:216)

3. Knp ujian seberat ini?
jwbnya-(al-baqarah:286)

4.Knp rasa kecewa?
Jwbnya- (ali-imran:139)

5. Bgaimana harusku hadapi?
Jwbnya-(al-baqarah:45)

6.Apa aku dpt dr semua ni?
Jwbnya-(at-taubah:111)

7. Kpd siapa ku berharap?
Jwbnya-(al-taubah:129)

8. Aku tak mampu bertahan!!
Jwbnya - (yusuf:12)

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang...

Dalam Proses

Assalamualaikum..
Doanya moga sahabat2 sihat, baik dr segi fizikal mahupun rohaninya.. Lama sungguh blog ni terbiar tanpa ada penambahan isi atau ilmu yg boleh dikongsi bersama.. Syukran jaza' buat sahabat2 yg sering peduli dan bertanyakan khabar selama mana blog ini sunyi tanpa pemiliknya..

Blog "Sufiameera" sedang dalam proses 'update&upgrade'..

Dec 7, 2010

susah itu tarbiyah..

SALAM kalian...

Maaf pada sahabat-sahabat . Bukan sengaja menyepi, ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Allah lebih tahu. Moga diberikan kekuatan buat ana yang dhaif. Ameen :) Syukran atas keprihatinan kalian pada ana. Jazakillah.

Anekdot hidup, meletakkan diri sebagai kapal layar. Belajar di lautan, ada pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia ada senyum dan tangis, ada suka dan duka. Yang pentingnya setiap suka dan duka dalam kehidupan datang dari Khaliq, Dia yang menciptakan segala-galanya.

Tika duka menerpa badai hidup, pasti ada hikmah. Ada tujuan atas setiap yang berlaku. Ada yang 'tak beres' dengan laluan, jadilah sedikit gelombang supaya bersedia menghadapi gelombang yang jauh lebih hebat. Insya Allah. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Subhanallah. Hebatkan aturan Allah? Dia Yang Maha Tahu, Maha Pengasih, Maha Adil dan banyakkkk lagi sifat-sifat Nya yang kita lepas pandang (atau tak nak pandang?).

Fatamorgana dunia. Lewat kebelakangan ni banyak ujian yang singgah, tafakur dan muhasabah diri. Terlalu banyak debu-debu dosa yang melingkar taman hati, terlalu banyak mazmumah yang bersarang di relung jiwa. Moga Allah sentiasa melempiaskan tinta rahmat Nya pada kita semua agar tidak menzalimi diri di depan Nya, tidak menghinakan diri di Mahsyar kelak.

p/s:alhamdulillah,masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumiNya...

STRIVE FOR MARDHATILLAH

hidup,permainan semata-mata?







kala senja itu tiba...masihkah ada lagi mentari pagi yang akan dipersembahkan untukku...


kala sinar matahari hadir,masihkah ada lagi ruang untukku bermunajat kepadamu??




kadangkala ku terfikir akan matlamat hidupku untuk hari ini dan masa-masa akan datang..


adakah hidupku hanyalah permainan semata-mata?




kalau benar itu takdir hidupku..kumemohon agar ia bukanlah berpanjangan tetapi hanya sebagai pengajaran hidupku untuk ku memulakan hidup baru..

dia maha mengetahui...

p/s: khas untuk antum untuk kita sama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik..ingatlah,Dia menanti kita disana....

Dec 6, 2010

Ma'al hijrah

SALAM kasih kerana ALLAH...

Duhai sufi...

Bila ana mendongakkan kepala di langit, awan menari-nari bagai ada lagu yang didendangkan..
bila ana memandang pokok-pokok,bunga itu tersenyum riang bagaikan mengerti hati ana yang girang...Subhan ALLAH...perasaan apakah yang hadir dalam qalbuku ini??

mengertikah dikau sufi,bukan senang untuk ana berperasaan seperti ini..perasaan ana yang ber musim silih berganti tanpa ana sedari..bukan pintaku..tapi,bukan kah ini satu anugerah dari ALLAH...

tahukah kau perasaan apa yang hadir itu??

gembira...kerana ana sedang melalui ma'al hijrah..bersama hijrah....hijrah ke arah yang lebih baik,tinggalkan yang lepas..biarkan ia berlalu tanpa mengekori kita...

baik,ana akan menjawab persoalan yang diberikan kepada ana..buat antum yang bertanya kerana apa ada perkataan ''the end'' pada posting yang lepas...jawapannya adalah...ana menunggu ma'al hijrah.ana telah tinggalkan perkara-perkara yang lepas dan ana akan cipta sejarah-sejarah baru pada tahun ini..bagi ana,posting ini adalah posting untuk maal hijrah 1432..masha ALLAH...bersyukur kerana masih dapat merasai hijrah untuk tahun ini..

Umur semakin meningkat..amal??
ye,banyakkan amal kerana rumah kata pergi..kubur kata mari..=)..

Allah,..Izinkan ana sujud syukur padaMu atas kurnianMu..

Sufi...
kadangkala hidup ini tidak semudah yang disangka..hidup perlukan pergorbanan,dalam pengorbanan itu hadirnya ujian-ujian ALLAH,,..mehnah ALLAH itu mari kita tempuhi dengan sabar agar perjuanngan kita akan dipandang oleh ALLAH..

SALAM MA'AL HIJRAH...




hijrah bersamaku...

Bismillah...
Assalamualaikum wbkt...

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...
syukran ya Allah ana masih diberikan masa dan ruang untuk menggunakan waktu yang ada ini dengan sebaik mungkin..insyaALLAH

padaMu ya Allah,
sejuta rasa syukur ana panjatkan seluas 7 lautan dibumiMu...namun,ana sedar kesyukuranku itu masih tidak dapat lagi meliputi segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku...

ya ALLAH..
andai ditakdirkan umurku masih panjang,izinkan ana untuk sentiasa beribadah kepadaMu agar ana sedar bahawa kehidupanku dibumiMu ini bukan hanya sekadar sia-sia..Biarlah hidup dan matiku hanya keranaMu...

ya ALLAH,
izinkanlah ana mengecapi ma'al hijrah ini dengan azam dan semangat baru agar ana dapat merasai perjuangan dan pengorbanan Nabi SAW dan para sahabat..walaupun ana sedar perjuangan ana tidak sehebat dan setanding mereka ya ALLAH..

Ilahi...
berkati dan redhailah segala apa yang ana lakukan di atas muka bumiMu...tanpa redhaMu,tiada berkatlah apa yang ana lakukan..ku hanya sandarkan padaMu yA Allah..

wallahu a'lam...

mutiara keimanan

Sekadar perkongsian bersama....

1) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT akan mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehingga subuh

2)barangsiapa membaca ayat al-kursi di akhir setiap solat fardhu, dia akan berada dalam lingkungan Allah SWT hingga sembahyang fardhu yang lain

3) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu, tidak menegah ia masuk syurga, barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke ats rumahnya, rumah jirannya dan ahli-ahli sekitarnya.

4) Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan yang benar, pahala-pahala nabi dan Allah melimpahkan rahmat keatasnya.

5)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, Maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya memohon keampunan dan mendoakannya.

6)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu Allah SWT mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid

7)Barangsiapa membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Strive for Mardhatillah...


hijrah..

Font size
bismillahirrahmanirrahim....


SALAM
MA'AL HIJRAH
1432


by,
princess....

hijrah..

Font size
bismillahirrahmanirrahim....


SALAM
MA'AL HIJRAH
1432

by,
princess....

Nov 19, 2010

salam terakhir...





Salam penuh kasih sayang buat engkau Sufi,

Seharian ana dipagut rasa rindu untuk berbicara denganmu Sufi.Banyak cerita yang tertangguh untuk ana kongsikan.Ana sedikit hairan dengan perasaanku yang cemas,bilamana ana belum cukup waktu untuk memuntahkan isi hidupku hari ini ke dadamu..Bagai ada rasa pelik seakan-akan kesempatan hanya tinggal seketika untuk ana dakap kau sebagai teman yang teristimewa.Mungkin kerana terlalu letih agaknya sehingga ana terbawa-bawa..

Begitu meriah hidupku hinggakan ada saja yang ana mahu kau tahu tanpa sedikit pun ana amhu ketinggalan.Cuma terkadang,masa terlalu cemburu,lalu ana diburu kekalutan.Kesibukan yang kunjung tiba tanpa di undang seperti tidak mahu beransur kurang dan mungkin juga akan bertambah andai ana ditakdirkan menjadi seorang doctor nanti..insyaAllah..Semakin hari ana semakin tenggelam dalam kegawatan masa.Risau juga hatiku takut-takut amal ibadatku tidak lagi selari dengan nikmat dan dugaan yang bersilih ganti menemaniku..Moga ana terhindar dari seegala fitnah dunia yang boleh mengnhancurkan mahligai insani tanpa disedari,,Ku panjat doa mohon perlindungan dari Rabbulalamin..

Doa menghindar dari fitnah

‘’Ya tuhanku janganlah Engkau jadikan ku fitnah bagi orang-orang kafir.dan ampunilah ku ya tuhanku..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..’’

Sufi,

Banyak sudah yang kita kongsi bersama.Bukan sedikit cerita hidupku yang kau semadikan sebagai sejarah.bukan sedikit kisah hidupku yang kau lakar menjadi potret indah terpampang menjadi dinding kenangan..Tanpa kau sufi,tidak sempurnalah hari-hari yang ana lalui.Siapalah sudi mendengar celotehku yang tidak kunjung habis melagukan suka dan duka melodi nafasku..

Sufiku,
Pasti kau pelikkan kenapa luahan hari ini begitu pelik..pasti kau tertanya-tanyakan adakah ana akan tinggalkan kau Fi..hehe..mana bias ana tinggalkan dan biarkan engkau disini bersama labah-labah yang pasti menjadikan engkau tempat berteduh..tidak mungkin..
Bukan apa Fi,esok ana akan mulakan kuliyah ana seperti biasa..Engkau pun tahukan..jadual ana yang terlalu padat pasti akan menjadi pemisah antara ana dan engkau Fi..Tapi janganlah engkau khuatir..walaupun seminit masa luangkan,seminit itu jugalah akan ana menjengah engkau..janganlah engkau berlagu pilu..ana pasti dan yakin,rakan-rakan ana yang lain akan juga menjengukmu..

Ana hanya mahu doa darimu,agar setiap yang ana lakukan molek-molek belaka..diredhai dan diberkati Ilahi..tapi,andai saat-saat yang berlalu tidak juga ana kunjung tiba,samapikan salam ana pada mereka yang ana cintai..Mungkin pemergianku itu hanya sementara dan mungkin juga pemergianku itu untuk selamanya..Andai itu yang terjadi,janganlah engkau meratapi,tapi redhailah kerana kehidupanku yang panjang akan bermula saat itu..

Fi,engkaulah kekasih engkaulah teman yang paling setia ana fikir..selalu saja engkau bersamaku.tidak pernah pula ana mendengar rungutan dari engkau yang kau sudah muak atau jemu mendengar segala cerita dariku yang kadangkala amat membosankan..Sabarnya la kau wahai Fi….Engkau sangat tabah kan menemani ana yang tidak tentu gelombang tangis dan ombak tawa.tanpamu,pasti ana akan kesepian.. =)














THE END...








hukum meninggalkan solat..

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله الصلاة فإن صلحت فقد أفلح و أنجح و إن نقصت فقد خاب و خسر

Rasulullah SAW bersabda : perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak adalah solat, oleh itu, jika seseorang hamba itu baik solatnya maka dia akan mendapat kejayaan dan sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan mendapat kekecewaan dan kerugian.

[ Diriwayatkan oleh At-Tabrani]

Solat juga memainkan peranan penting dalam menyempurnakan pegangan akidah seseorang muslim, selagimana seseorang manusia itu tidak berpegang teguh pada kewajipan solat, maka beliau belum lagi berhak menerima gelaran "muslim" yang sebenarnya .

بني الإسلام على خمس شهادة ان لا اله الا الله وان محمدا رسول الله، واقام الصلاة، وايتاء الزكاة ، وصوم رمضان ،و حج البيت من استطاع إليه سبيلا

Nabi SAW pernah bersabda : Islam itu ditegakkan atas lima perkara ; mengucapkan penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan haji di baitullah bagi sesiapa yang mampu mengerjakannya.

[ Diriwayatkan oleh Bukhari (8) dan Muslim (16)]

Allah SWT telah berfirman didalam Al-Quran :

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah agama yang benar.

[Al-Baiyyinah; 5]

Justeru, solat merupakan sebuah ibadah yang amat dititik beratkan oleh agama Islam sehinggakan ia menjadi pembeza antara seorang muslim dengan kafir. Oleh itu, kewajipan solat tidak pernah diragui oleh mana-mana pihak, bahkan, kewajipannya tidak akan terlucut dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali ketika haid dan nifas.

Hukum muslim meninggalkan solat

Seorang muslim pastinya telah mengetahui kewajipan solat, kerana ia merupakan kewajipan yang jelas-jelas terzahir didalam peribadi muslim, bahkan , solat menjadi penyebab benteng kekuatan ukhuwah umat islam sentiasa baik dan terjaga. Namun, gejala meninggalkan solat yang semakin meruncing kini telah mengingatkan para ilmuan Islam supaya memberikan peringatan kepada semua orang islam akan akibat yang akan dikenakan kepada mereka yang meninggalkan kewajipan solat .

Para Ilmuan telah membahagikan orang yang meninggalkan solat ini kepada dua jenis utama ;

Meninggalkan solat dan berkeyakinan bahawa solat itu tidak wajib
Meninggalkan solat kerana malas dan segan namun masih meyakini kewajipan solat
Para ilmuan islam telah bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan meyakini bahawa solat tidak wajib telah menjadi kufur dan telah terkeluar dari islam (murtad), ini adalah kerana, beliau telah mengingkari perkara utama dalam agama yang telah terdapat suruhan jelas melalui Al-Quran, Hadis dan Ijmak, orang sebegini akan dikenakan hukuman bunuh atasnya. Namun , mereka berselisih pendapat dalam jenis kedua.

Pendapat pertama ;

Mazhab Hanafi : orang tersebut tetap islam, tetapi telah tergolong dalam golongan Fasik, beliau perlu ditahan dan dipukul dengan pukulan yang kuat sehingga mengalirkan darah, beliau hanya akan dilepaskan apabila mula bertaubat dan kembali bersolat, jika beliau masih enggan dan terus berkeras ,beliau akan terus ditahan didalam penjara sehingga mati . Beliau tidak akan dijatuhkan hukum bunuh selagimana belum menyatakan bahawa solat itu tidak wajib.

Pandangan ini berhujjahkan hadis :

لا يحل دم امرئ مسلم إلا بإحدى ثلاث : الثيب الزاني ، والنفس بالنفس ، و التارك لدينه المفارق للجماعة

Nabi SAW bersabda : tidak halal darah orang islam kecuali mereka telah menjadi salah seorang dari tiga jenis manusia ; orang yang telah berkahwin berzina, membunuh manusia dengan sengaja, dan orang yang meninggalkan agama kerana memisahkan diri dari jemaah.

[ Hadis sahih disepakati oleh Bukhari dan Muslim]

Pendapat kedua :

Mazhab Maliki dan Syafiie : orang tersebut tetap Islam namun disuruh untuk bertaubat selama 3 hari sepertimana disuruh kepada orang yang telah murtad. Jika masih enggan bertaubat dan mendirikan solat, beliau akan dibunuh sebagai hukuman hudud, bukan hukuman kerana murtad.

Pandangan ini berhujjahkan Al-Quran dan Hadis :

Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik terhadapnya dan boleh mengampunkan dosa selainnya jika Dia menghendaki demikian.

[An-Nisa` : 48]

إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة : الصلاة المكتوبة ، فإن أتمها و إلا قيل : انظروا هل له من تطوع ، فإن كان له تطوع أكملت الفريضة من تطوعه ، ثم يفعل بسائر الأعمال المفروضة مثل ذلك

Sesunggunya, amalan pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT diakhirat kelak adalah solat fardhu, jika dia menyempurnakannya , dia akan selamat, jika tidak, maka akan dikatakan kepada malaikat, cuba perhatikan pula pada amalan lain, adakah beliau melakukan amalan sunat, jika ada, sempurnakanlah solat fardhunya itu disebabkan amalan sunat yang dilakukannya, kemudian lakukan juga nilaian amalan fardhu yang lain seperti itu juga.

[ Diriwayatkan oleh yang berlima -khamsah]

Ayat Al-Quran dan hadis tersebut menunjukkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidaklah kufur kerana kekufuran itu dinilai dari pegangan iktikad, iktikad orang yang malas bersolat ini masih betul, maka beliau masih tetap kekal didalam agama islam.

Pendapat ketiga :

Mazhab Hambali : orang tersebut telah Kufur dan dibunuh disebabkan kekufurannya.

Pendapat ini berhujahkan Al-Quran dan Hadis :

Apabila tamat bulan-bulan haram, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat intipan. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[At-Taubah : 5]

بين الرجل و بين الكفر : ترك الصلاة

Perbezaan antara lelaki muslim dan kafir adalah meninggalkan solat

[Diriwayatkan oleh majoriti ilmuan hadis kecuali Imam Bukhari dan Nasai`]

Penilaian pendapat

Pendapat kedua adalah pendapat yang lebih kuat kerana ianya diperteguhkan oleh banyak hujjah lain yang menyatakan bahawa orang muslim tidak akan kekal didalam api neraka.

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Akan terkeluar dari neraka , orang yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah , walaupun didalam hatinya ada seberat timbangan seurat rambut dari kebaikan, dan terkeluar juga dari neraka , orang yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah walaupun didalamnya ada seberat timbangan sebutir gandum dari kebaikan dan terkeluar juga dari neraka, orang yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah , walaupun didalam hatinya ada seberat timbangan zarah dari kebaikan.

[Hadis Riwayat Imam Bukhori RH]

Bagaimana Hukuman dijalankan?

Islam bukanlah agama yang gemar menghukum sepertimana yang didakwa oleh banyak pihak, namun islam memberikan langkah-langkah yang cukup bertoleransi bagi memastikan keadilan disetiap hukuman.

Dikenalpasti terlebih dahulu orang yang meninggalkan solat tersebut dari kategori mana.
Jika didapati orang tersebut tidak berada didalam dua jenis kategori yang telah dinyatakan kerana beliau sememangnya tidak tahu kewajipan solat lantaran tidak pernah didedahkan kewajibannya, maka dia perlu dijelaskan kewajiban tersebut terlebih dahulu.

2. Disuruh untuk bertaubat dan menyegerakan solat, Jika masih engan bertaubat dan bersolat, barulah hukuman dijatuhkan.

Penggerak amal makruf nahi munkar tersebut adalah hakim/penguasa, atau wakilnya, jika mereka berdua tidak ada, maka seluruh umat islam dikawasan tersebut wajib menyuruh orang tersebut bertaubat, jika tidak.. mereka semua akan berdosa.

Hikmah dari ketegasan Islam

Solat merupakan perkara prinsip yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, oleh itu, Islam amat mementingkannya. Apabila melihat gejala meninggalkan solat disekeliling kita yang semakin meruncing kini, kita dapat mengesan kelemahan kesatuan dan perpaduan umat islam. Ummat islam tidak lagi menjadikan ibadah solat sebagai perkara prioriti didalam amali kehidupan mereka, bahkan, solat diabaikan, suruhan agama diperlecehkan.

Para Fuqaha` menyebutkan ;

Membunuh mereka yang tidak bersolat itu lebih baik dari membunuh 100 orang kafir kerana keburukannya lebih teruk.

[Feqh Manhaji- Bab Meninggalkan Solat]

Apabila solat dipermudah-mudahkan kewajibannya, ummat islam mendapat wabak penyakit tidak teguh dalam pendirian beragama, mudah terikut dengan globlalisasi dunia tanpa sekatan, bahkan, menjadikan islam hanya ada pada kad pengenalan mereka, sungguh menyedihkan apabila tanpa sedar, merekalah orang yang menjatuhkan maruah umat islam!.. emej islam tercalar kerana prinsip keislaman dicalari oleh mereka.. semoga kita tidak termasuk didalam golongan tersebut.

p/s:http://aljazary.blogspot.com/2010/11/hukum-meninggalkan-solat.html

sTRIVE FOR MARDHATILLAH