Oct 12, 2011

istikharah cinta memanggilku..

Sufi,buah hatiku..ini kisahku untukmu....

''meera,kadangkala ada sesetengah perkara yang kita perlu serahkan bulat2 hanya kepada ALLAH,sebab kita ni manusia biasa yang tiada kudrat,so,serahkan jer,insyaALLAH ada jalannya''

perbualan didalam kereta dengan makcik ana selepas minum petang di restoran Maju Ahmad di Bukit Rahman Putra.ana dapat rasakan nasihat yang sangat bermakna dari seorang makcik ana sangat ikhlas dari hatinya..biarpun sebelum ini memang semua perkara ana serahkan hanya kepadaNya..tapi perkara yang kami bincangkan sewaktu di restoran itu mungkin ana pandang sebelah mata sahaja..

''bukannya kitaorang tak setuju..masalahnya korang berdua ni jauh antara satu sama lain..''

ye,memang ana akui benua yang memisahkan kami menjadi salah satu faktor keluarga ana tidak setuju dengan lamarannya..oleh itu,istikharah masih menjadi amalan seharian.petunjuk ALLAH masih samar-samar ana rasakan.tapi,keyakinan yang dia bukan jodoh ana sangat kuat..mungkin ana bukan antara hambaNya yang terpilih untuk mendapat petunjuk melalui mimpi.namun,ana yakin ALLAH mendengar doa ana..

''ya ALLAH,mungkin bukan mimpi yang menjadi petunjukku..andai keyakinanku untuk menerimanya tinggi,maka tetaplah Engkau bersama-sama denganku dengan pilihan ini.dan andai keyakinanku untuk menolak lamrannya tinggi,maka tetaplah juga engkau masih bersama-sama denganku..aku hanya perlukan Engkau ya ALLAH walau apapun pilihan yang akan aku lakukan.oleh itu,bukakanlah pintu hati orang2 yang berada disekelilingku untuk mnerima apa pun jua keputusanku''

ketika minum petang di restoran tu,ana sengaja mengorek rahsia daripada makcik tentang perbincangan keluarga tentang ana.sebenrnya hajat ana telahpun mereka ketahui sebelum ana balik ke malaysia.hasil discussion keluarga???..jeng3x..ana tahu,mereka sayangkan ana dan ana juga sayangkan mereka semuanya..:(

''cik ani,ya faham kalu semua orang setuju dan ya faham jugak kalu semua orang tak setuju''(sambil ana lemparkan senyuman yang sangat manis kepadanya..hehe)

banyak sebab kenapa ana faham walau apa pun keputusan yang mereka pilihkan untuk ana.dan pada waktu perbualan antara kami berdua ana cuba sedaya upaya ana untuk membuka pintu hati supaya ana dapat menerima keputusan mereka.
cik ani tahu dan faham perasaan ana..sebab dulu dia pun seorang remaja..dia pernah melalui apa yang ana pernah rasa tapi ana belum merasai apa yang telah dia rasakan..

''macam ni la,kita orang semua setuju, kalu satu universiti atau satu tempat belajar.itu x apa..memang bg greenlight walaupun waktu belajar..tapi,kalu jauh antara satu sama lain banyak perkara yang perlu difikirkan..kitaorg satu keluarga nak memudahkan mera,bukan nak menyusahkan''

minda terbuka luas,hati terasa tenang,jiwa terasa kasih dan mata terasa ingin mengalirkan air hujan di sudut hati yang setelah sekian lama bertakung..tapi,ana tahankan juga..bukan ego,cuma hanya mahu menyimpannya untuk Dia mendengar rintihanku..
Rusia-Mesir,memang jauh.tiket flight nak ke rusia pun mahal..bukannya mcm kl-kuala selangor..45 minit pun sampai..ana akui,perkenalan yang sangat singkat itu ALLAH izinkan cuma jodoh yang berpanjangan mungkin tidak tertulis di lauh mahfuz cuma ia sebagai ujian untuk kami kepada cinta yang lebih Esa..dan ana pasti perkenalan melalui orang tengah tu bukan salah satu faktor keluarga ana tidak setuju..sure.everythings is ALLAH will....

mungkin selepas ini ana cukup kuat dan tabah untuk menghantar email kepada dia ''pada angin aku berpesan'' ,bermaksud 'kau takdirku di syurga' atau lebih mendalam lagi..'saya tolak lamaran awak'..ya ALLAH,kuatkan hambaMu ini.ana yakin,keluarga sentiasa memberi sokongan yang kuat hebat untuk ana..

untuk kak rehan dan kak ain:terima kasih kerana sudi menyampaikan hajat kepada famly kita dan terima kasih juga memberi semangat.
kepda makcik2 dan pakcik2 yang sudi luangkan masa untuk memberikan pendapat dan pilihan,syukran juga ya ucapkan.
untuk nenda yg sngat disayangi,syukran doa nenek untuk memberikan ya kekuatan..
untuk abah dan mak:ya xkan lupa janji tu...tapi rasanya ya akn langgar peraturan tu..maaf...

***kita tidak pernah bertemu,tetapi ketentuan ALLAH membuahkan rasa yakin awak terhadap akhlak saya.asif alfu,keputusan keluarga adalah yang terbaik setakat ini dan ana juga yakin terbaik untuk kita.jzkillah,xakan ana lupakan email yang telah diterima 7 bulan lalu***

''pertama sekali ingin ana memohon maaf seandainya kedatangan email ini bisa mengocak tenang tasik hati anti.bukan niat ana untuk menuba kejernihan air yang mungkin sudah tersedia rusuh di dasarnya tapi sekadar mengharap agar kail yang ana lemparkan ke perutmu bisa terbalas dek khazanahmu yang tidak ternilai.kiranya tiada rezeki buat ana.ana pasrah menjunjung takdir.namun ana tetap mengharap agar kail ana bisa tersangkut jua sekalipun oleh kerana serpihan kayu busuk.agar tetap terubat hati ana melihat hasil yang pasti paripada memandang sepi kail yang tidak terusik.berilah jawapan anti,seirama buat ana yang setia menunggu''

sekalipun jawapan yang ditunggu hampir setahun,kita tetap sabar menanti keputusan ALLAH..maaf sekali lagi..kau takdirku di syurga kelak..

**END**

Buat bakal suamiku yang tidak kuketahui siapa,dimana dan bila waktu bertemu,

Assalamualaikum..
Jika namamu yang tertulis di lauh mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita,tugasku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku,wahai seseorang yang tertulis di lauh mahfuzku,imamku,dan ayah untuk anak2ku,engkau yang membersamai perjalannku nanti,aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu,memantaskan dirimu untuk menjadi imam bg tulang rusukmu dan buah hatimu kelak


Strive for Mardhatillah

Oct 8, 2011

masa itu berharga..

bismillah..
sufiku sayang,

Masa ini ada pasang surutnya, ia peringatan buat kita. Kita tidak hebat menguasainya, meskipun kita merasa begitu. Tiada Siapa berjaya menguasainya. Semakin kita mencuba memahaminya, semakin kita tahu bertapa hebatnya makhluk bernama Masa ini. Masa itu emas,Masa pengubat jiwa dan Masa menjawab sengketa. Bukan semua berkesempatan mendalami makna sebuah masa, berehatlah seketika untuk memahaminya. Ini kebenarannya, masa itu akan terus berlalu dengan cepat dan kita hanya boleh berusaha setelah merencanakan perjalanan hidup ini. Kini, masa akan berlalu singkat.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".H.R.Termizi
.

sufi,ingatlah masa itu Emas.Kita cubalah memperbanyakkan amalan kerana hidup kita jangan melebih2kan perkara lain kecuali untuk mendapat keredhaan Allah. Objektif tidak sepenting proses kita mencapainya kerana proses2 inilah membuktikan segalanya. Proses2 inilah yang memakan masa kerana mana mungkin kita boleh mencapai sasaran kita dengan mudah. Adapun dengan cara yang salah dan meskipun kita tidak berjaya,bukan bermakna kita gagal kerana telah menghadapi dugaan yang pelbagai dalam proses2 tersebut. Ia hanya sia2 andai kita membuang jauh pengalaman tersebut. Masa hanya sekali beredar dan tidak akan kembali lagi.
.
Masa pengubat jiwa. Susah! Memang susah menyelesaikan konflik kehidupan ini. Namun, percayalah ini merupakan kelebihan yang ada pada masa. Kadang2 ada perkara yang tidak serasi dengan hidup kita dan kita akan disedarkan dengan hentakkan yang kecil atau sebaliknya. Pedihnya masih terasa seperti ingin didendamkan dan dirobek. Nasihatnya, ambillah masa kerana ia sangat membantu kita meredakan kemarahan dan berfikir. Kita boleh memilih! Kita membuat keputusan, seeoloknya kita putuskan agar konflik tersebut sebagai dugaan dan pengalaman buat kita. Syurga itu hanya untuk orang yang sabar menempuhi dugaan kehidupan seperti Nabi2 dan wali2.
.
Masa menjawab sengketa. Ini merupakan takdir, ia berkenaan dengan kesanggupan kita mengapai peluang diberikan dalam masa. Dalam kita bersengketa, kita diberikan masa. Tanpa kita sedari,masa inilah diserikan dengan senyuman yang mengakhiri sengketa atau terserempak dengan kenalaan lama yg bermasalah yang diakhiri dengan gelak ketawa. Namun,persengketaan hanya boleh diselesaikan dengan diikuti sifat keterbukaan kita.
Begitulah kehebataan masa dalam erti seorang manusia dan kewujudan masa ini anugerah dari Pencipta buat orang-orang yang bersedia menginginkannya.


Strive for Mardhatillah

terperangkap dalam usia..


Kehidupan akan terus berputar dan kita akan berubah tetapi bukan semua orang akan berubah dalam setiap aspek diri mereka. "Terperangkap dalam usia"

Strive for Mardhatillah

cemburu,perlu ada batasnya

tmpt:mini diary

salam wbkt,

''cemburu dan jeles membawa maksud yang sama..cuma yang membezakannya adalah bahasa.tiba2 ana teringin untuk berkongsi cerita tentang cemburu..sebab cemburu, manusia boleh bergaduh yang kadangkala membawa kematian..sebenrnya perasaan ini adalah satu penyakit yang sepatutnya kita sendiri yang kena jauhkan diri darinya..

ye,ana sendiri mengaku ana juga kadangkala mempunyai perasaan itu sendiri dan sedang berusaha untuk memperbaiki diri ini..bukan kita pinta perasaan ini tapi ia sebagai bahan untuk ALLAH menguji hati hambanya itu sendiri..kajian yang telah dilakukan juga mmbuktikan bahawa oarng yang lahir pada januari ni kuat cemburunya..maka hati2:)

baru2 ni,ana perasan yang cemburu itu ada dlm diri ana sendiri..ketika skyping dengan ayahanda tercinta..aduh,perasaan itu hadir tatkala ayahanda bersama dgn si ''dia''..''dia'' bukan org lain dalam hidup ana..tetap darah yang sama juga..tapi xtau kenapa hati terasa sebak didada..cepat2 ana memujuk hati supaya reda,jgn ikutkan sgt hati tu..ia hanya seketul daging yang seharusnya kita sendiri yang kawal ia..

sedangkan,isteri2 nabi SAW juga ada perasaan yang sedemikian apathlagi kita ini manusia biasa..tapi ana yakin kita sendiri mampu untuk mengelakknya..banyakkan berdoa..Dia mengerti..insyaALLAH..''

p/s:pesanan untuk diri sendiri dan anda2 juga..

Strive for Mardhatillah

semoga berjaya....

"semoga berjaya menjadi gadis mulia,
semulia diri Maryam...
semoga berjaya menjadi wanita faqihah,
sebijak minda Aisyah...
semoga berjaya menjadi perempuan tabah,
... sekukuh hati Asiah...
semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan,
sehebat jiwa Sumayyah...
semoga berjaya menjadi hiasan indah,
seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah...
semoga berjaya menjadi isteri solehah,

setulus kasih Khadijah...
semoga berjaya menjadi perempuan dan kekasih,
idaman setiap kalbu,
kecintaan Tuhan...."
Strive for Mardhatillah

pengganti Sufi,mini diary



12/6/2011

''bismillah...
hari ini ana mulakan tulis diariku tanpa sufi disisi..buku diary kecil warna hitam..kesana sini jadi teman pling setia..bukan menggantikan sufi untuk selamnya tapi sementara sehingga bertemu kembali dgn sufi kelak..tujuannya,hanya ingin kurangkan beban yang tertangggung di bahu selain hilangkan rasa rindu pada engkau sufi..rasanya,kita semakin jauh tapi jauhku hanya padamu, pada ALLAH ana semakin mendekatinya.insyaALLAH..sentiasa berdoa moga Dia mempercepatkan waktu sepi ini..ana yakin Dia mendengarnya..

bukannnya ana sombong untuk menekan keyboard mahupun menayang muka di depan laptop tapi,ana terlalu busy untuk buat semua tu..sedangkan untuk diri sendiri pun ana tiada masa tuk memberi peluang rehat..hidup sebagai student medic memang mencabar ana untuk menghadapinya..pergi kelas seawal 730 pagi..pulang kadang2 setelah asar.ana sedar,banyak masa dan tenaga yang ana perlu korbankan untuk mendapat segulung kejayaan..

dan ana yakin,sepanjang perjalann ana berulang alik dari rumah ke kuliah dan dari kuliah ke rumah semua itu dikira oleh ALLAH..walaupun ana dapat merasakan sesak nafas didada ni xkan sampai kepenghujunya kecuali mati..mana tidknya,balik kerumah setelah kuliah,tenaga dan fikiran masih digunakan untuk memasak,menghidang makann untuk adik2 tercinta di rumah..tpi kadang2 juga terlelap sehingga bulan disana menunjukkan senyumannya..

bila difikirkan,ana layak dihukum oleh kau Fi,hehe..tapi,kau tiada kudrat itu..wink~~~..xpe,blan 9 kelak bertemu la jua kita..tidak didunia,syurgalah..kekal nan abadi...''

12/6

''hari ni,ana rasa bahagia..terasa dunia ni ana yang punya..xtahu kenapa..lihat,kadang2 ALLAH datangkan bentuk gembira dan sedih dalam keadaan kita sendiri tak mengerti..keliru,perasaan apakah itu??dan tak tahu nak menggambarkan bagaimana..

mgkin hari ni,ana terima satu email yang membuatkan ana tersenyum:)..setelah hampir seminggu ana dalam kemurungan sebab fon xbole buka email,so,ana terasa jauh dgn kakk2 di malaysia yang sentiasa membuatkan ana tersenyum hingga ke telinga..ye kini ana rindu mereka..x sabar nak menjejakkan kaki ke sana..



Strive for Mardhatillah

Sep 5, 2011

kasih nan abadi


Assalamualaikum..Sufi,apa khabar ..? lama betul tak jengah disini..alasannya, masih seperti dulu..sibuk..tak sempat..tak da masa dan sebagainya..perlukah..??Allah...maafkan ana Sufi..

Sufi,
banyak sangat cerita yang ana ingin kongsikan bersama..rasanya dah berapa bulan kita x bersua kan..tapi ana yakin Sufi pun memahami ana..sejak dari bulan 3 sampi sekarang baru ana berkesempatan untuk on9..bukan masalah internet..tapi ana perlukan sedikit tumpuan untuk tahun 1 ni..yela,sebagai pelajar medic bukannya senang,segalanya perlu dikorbankan semata-mata untuk masyarakat ..insyaALLAH..

ok,sepanjang ketiadaan Sufi dengan ana,banyak sangat peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian..terlalu banyak sangat kejadian dan ciptaan ALLAH yang sangat mengagumkan ana..apatah lagi berlaku disekeliling ana..kadang-kadang rasa ingin mengalirkan air mata apatah lagi jika ciptaan atau apa2 yang berlaku tu melibatkan ana sendiri..Allahu akhbar..hanya Dia sahaja yang tahu...

Bila Dia dah menyentuh hati ini,sukar untuk Dia lepaskan..ana yakin selagi ana bersamaNya,selagi itu Dia akn bersama ana juga..cuma kadang2 manusia ini antara sedar atau pun tidak...sebab itu di dunia ini Dia ciptakan bayak jenis dalam kalangan manusia itu sendiri..ada yang bersyukur..ada yang x bersyukur,ada yang jahil ada yang x..dan macam2 lagi la..cuma ana nak highlight disini,banyak pengalam hidup yang ana kutip dari jenis kebanyakan manusia ini..Bijak Allah itu,bagi ujian pada ana melalui banyak cara..alhamdulillah setakat ini ana dapat melepasinya walaupun kadang2 merangkak lemah..alhamdulillah..

sufiku,
ana berharap sangat engkau xakan jemu untuk mendengar coleteh2ku selepas ini..sebab engkau la teman yang xkan pergi selama ana dlm kesedihan selain Allah:)..stay tuned..hehe


salam penghayatan...Allah..hebat ciptaanMU..
.

Strive for Mardhatillah

mukmin sejati

salam..

Kadang-kadang malu juga rasanya bila ana mengaku mukmin sedangkan padaku kurang sifat-sifat seorang mukmin yang sejati. Namun, di hatiku tetap terpendam keinginan untuk memiliki sifat-sifat tersebut kerana ia adalah syarat untuk meraih kemuliaan di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.a.w. Menjadi muslim dan dinamakan dengan nama seorang muslim belum cukup untuk mencapai martabat seorang mukmin yang sejati kerana muslim dan mukmin itu dua martabat insan yang berbeza. Setiap mukmin pasti seorang muslim tetapi tidak semestinya setiap muslim itu seorang mukmin sejati. Hal ini bakyak diungkapkan oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.a.w. di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Di sini ana sebutkan sebahagian sahaja daripadanya sebagai renungan dan muhasabah diri. Di dalam surah al-Anfal, ayat : 2 - 4 Allah SWT memerintahkan setiap orang mengaku mukmin itu agar memiliki sifat-sifat iman yang hakiki. Jika tidak, maka imannya itu hanyalah dakwaan dan pengakuan tanpa bukti yang kebenarannya patut dipersoalkan.

Pertama : Gementar hati bila disebut nama Allah SWT
Kedua : Bertambah iman bila dibacakan ayat-ayat Allah SWT
Ketiga : Bertawakkal kepada Allah SWT dalam setiap perkara
Keempat : Senantiasa mendirikan solat
Kelima : Menafkahkan harta kerana Allah SWT

p/s:sebebnrnya banyak peneranngan dia..kalu antum semua rajin..sila pergi google yer..hehe...

Strive for Mardhatillah

seuntai kata

semoga tahun 2011 menjadikan kita semua insan yg lebih beriman dan istiqamah di jalan ALLAH :)

alhamdulillah,banyak perkara yg ana sendiri alami tahun ini..insyaALLAH terselit banyak hikmah di sebaliknya,

n mungkin sahabat2 sendiri juga mengalami macam2 perkara n telah nampak hikmah di sebaliknya..alhamdulillah.

n dunia juga menyaksikan banyak perkara..misalnya kebangkitan rakyat di tunisia,seterusnya di mesir menentang pemerintahan zalim,,seterusnya di beberapa lagi negara islam seperti libya.ana sendiri mengakui ana berada di negara kebangkitan itu sendiri..nampak semangat rakyat di negara itu yang terlalu inginkan keamanan dan kebebasan..

kenapa?mengapa?

sesungguhnya ada hikmah di sebalik semua ini..

islam is the only way of life..

sesiapa yg mencari kemuliaan dengan selain islam dia akan binasa..

sungguh,janji ALLAH itu sangat benar..kalau bukan sekarang..pasti dan tersangat pasti akan tiba masanya jua..

buka mata..buka minda..pandanglah dengan mata hati ~

wallahu'alam.

Strive for Mardhatillah

saya telah kembali...


:: ya ALLAH tuntun hatiku menujuMU ::



salam ukhuwwah fillah buat semua,,

alhamdulillah pertama-tama dan selama2nya saya merafakkan kesyukuran yg tak terhitung kepada ALLAH S.W.T kerana atas nikmatNYA saya masih di sini..di dunia yg fana ini..

semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur dengan segala pemberian atau pinjaman DIA kepada kita di dunia ni..ALHAMDULILLAH :)

dan semoga kita semua ditetapkan dalam aqidah yg sahih,,dan berusaha untuk mengamal dan menghayati islam dalam semua aspek kehidupan kita..insyaALLAH mudah2an..

seribu kemaafan sy pohonkan kerana baru sekarang(setelah beberapa bulan) baru berkesempatan untuk mengupdate laman tersayang ne..kalau lah rumah,,dah bersawang teruk rasanya..

dalam meniti kehidupan harian,,terkadang manusia cepat untuk mengeluh,.kadang2 cepat sangat melatah bila ditimpa sesuatu ujian,,kadang2 merasa sangat terbeban dengan semua t/jawab yang ada..kadang2 merasa sudah letih untuk semuanya..

hinggakan terlupa,,

semuanya datang drpd ALLAH..baik dan buruk tu hanya dalam pandangan kita..namun hakikatnya di sisi ALLAH,itulah yg terbaik buat kita hambaNYA.

kita merasa letih dengan t/jawab kita sebagai seorang da'ie..kita merasa terbeban..tanpa kita sedari sebenarnya itu semua adalah tarbiyyah daripada NYA..

ya,ALLAH sedang menguji nilai imanmu..

di takat manakah?sudah terpasak kukuhkah?

saatnya air mata taubat berguguran,saat itulah kembali tersedar,,kerdil hamba di sisiMU YA ALLAH..

terlalu banyak khilaf dan dosa..tak sepadan dengan nikmat2 yg telah ENGKAU berikan kepadaku..

pintaku,,kuatkanlah hati2 ini YA ALLAH..tiada daya kami tanpa MU..


Strive for Mardhatillah

JALAN PULANGKU

Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....










Strive for Mardhatillah

Jul 3, 2011

sabar sikit jer lagi....

Diam itu lebih baik tapi kalu bercakap perkara yang bermanfaat itu lagi baik...maka,teruskan...

*tidak berniat untuk berkata-kata disini....sengaja biarkan blog bersawang n tunggu 1 b ulan lebih t....

May 17, 2011

takdir Dia yang pasti

pernah mengeluh bila kita dtakdirkan ditimpa sesuatu musibah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Dia tak kan kurniakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya...


Bila Dia menjemput insan tersayang menghadap Dia dulu...
Tenanglah...Doakan sebaiknya..
Allah lebih menyayanginya...
Semoga merea ditempatkan dengan para solehin..Amiin..


Bila Dia takdirkan benda kesayangan kita hilang...
Tenanglah...refleks diri kta...
Mungkin benda tu dah melalaikan kita kepadaNya...
Atau..mungkin kita tak mampu menggunakan benda itu sebaiknya ke jalan kebaikan..


Bila Dia takdirkan kita belajar dalam suasana yang sangat2 tak selesa untuk kita..
Bersabarlah...Dia nak kita faham segala situasi...
Supaya kita mudah menerima ilmu walau keadaan sesukar mana..segetir mana...


Bila Dia takdirkan seseorang melukakan hati kita...
Bersabarlah...Allah nak kita ingat Dia lebih daripada kadar yang biasa...
Bila kita sedih...kecewa...barulah kta ingat Allah sentiasa ada bersama kita kan...


Bila Dia takdirkan kita terjatuh cinta..
Bergembiralah...kerana ianya satu rasa yang sangat indah..
Terlebih indah jika rasa itu tidak melebihi cinta kita kepada Sang Pencipta Cinta..
Kawal lah ia...jika belum tiba masanya...Peliharalah ia sekuatnya..
Jika sudah tiba masanya...luahkanlah kepada dia yang benar-benar tercipta untuk diri kita..

strive for mardhatillah

May 11, 2011

tercipta untukmu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Maaf atas bicara yang kadang-kadang melukakan...
Maaf atas tindakan yang kadang-kadang keterlaluan...
Maaf atas kekhilafan yang kadang-kadang tidak disengajakan...


Terima kasih atas kata-kata yang memberikan semangat...
Terima kasih atas senyuman yang tidak henti diberikan...
Terima kasih atas masa yang selalu diluangkan...
Terima kasih atas segala kebaikan yang dititipkan...


Jika kita ditakdirkan bersama..
Allah kan pertemukan kita lagi suatu hari nanti...
Insyaallah...

semoga hidupmu dalam keadaan baik...

ya ALLAH,kuatkan cintaku kepadamU

sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu".

Doa Nabi Daud A.S

~Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda~

selamat hari emak,mak!!

sis n my mum



Assalam...





hari ahad,


pintu bilik diketuk oleh housemate bernama hana saidatul adibah..





hana''kak,selamat hari ibu''...!!!





amboi2 budak ni...





terpikir,hari ni ni hari ibu la...





1st time xdapat sambut hari ibu dengan mak...owhh..rindu dengan mak..hanya ALLAH saja yang mengerti..





8 may 16:34


msg to my mum; ''selamat hari ibu mak!smg mak diberkati ddunia dan di akhirat..doakan keselamat ya(panggilan tuk diri) kat sini..raya ni tak balik..mungkin nak g umrah..doakan mak..mmmuahh"





kalu mak nak tahu,anak mak kat sini tengah rindu sangat kat mak..jumpa mak before flight hari tu rasanya macam taknak lepaskan pelukan itu..


mak.moga itu bukan pelukan yang terakhir..





semoga mak sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH...semoga mak sentiasa dekat denganNya...





mak,terima kasih kasih sayang itu..terima kasih pengorbanan itu..


i wish i can hug u till the end of my life..





kalau mak tak ada kat dunia ni bermakna ya akan hilang satu doa yang sgt berharga.,,semoga ALLAH memanjangkan umurmu dengan kebaikan dan ketakwaan...






May 4, 2011

sanah helwah duhai sayangku,


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur Kepadanya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


duhai sahabat,hadirmu dalam kamus hidupku,memberi seribu erti..memberi sejuta senyuman dan tidak terkira kasih sayang ku padamu..andai kau mengerti dan mengetahui tinta hati ku ini,pasti kau memahami..

maaf yang tidak terhingga kupohon darimu kerana kelewatan yang mungkin merobek hatimu..tapi ku ingin kau tahu bahawa tidak mudah kulupakan hari istimewamu ini..cuma kekangan dan jarak masa yang memisahkan kita terpaksa kuhadapi..
mungkin ini ujian dari Rabbi untuk kita..

dear Ain.
sanah helwah ya jamilah...
4/5/1991
lahirnya kau kedunia adalah ujian untukmu dan kedua ibu bapamu..
semoga kau gunakan hari yang masih berbaki ini dengan sebaiknya..
apa pun keputusan yang kau lakukan ku yakin adalah yang terbaik untukkmu..
aku,
hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan keberkatan dari tuhan kita,ALLAH..

Ain,teruskan melangkah dan berdiri untuk masa hadapan yang berliku...
be yourself,and treat people like yours..
janganlah kau lemah kerana kau kekuatanku,
janganlah kau tersungkur kerana kau ketabahanku..
andailah kau tahu.....

ana uhibbuki lillah....
from,
Noor ameera Rahmat....




ALLAH bantuilah aku..

salam,
duhai sufiku....

Mata nampak 'tekun' menhadap buku, tajuk :superior mediastinum(anatomy). Dari dekatnya, ada titis-titis air yang bergenang yang tidak nampak di pandangan org lain. ya, hatiku masih menangis...setelah puas kupujuk, ia masih gagal utk berhenti... baris demi baris dlm perenggan buku tersekat2.. seolah sakit utk diteruskan. fikiranku bagai terbelah, satu diminta utk fokus, dan satu lagi terbang melayang ke awan. Allah, kau berikan aku ilham petunjuk, untuk aku membuat suatu keputusan. Aku tak mahu ia terbaik utk hatiku, namun aku mahu keputusan yang terbaik dari sisiMu... biar ia menyakitkan untukku, asalkan dalam redhaMu.
Sembuhkan hatiku..wahai Tuhan yang memiliki hati ini...



Setiap kali menulis di ruang ini, ia sbnarnya berselubung dgn rasa-rasa kesedihan. Rasa jiwa yang sakit, dgn hati yg lara... yg bnr2 menyakitkan, yg x mmpu terluah pd siapapun. terkurung dlm penjara hati, yg mampu terluah dgn deraian air mata..
ia suatu perasaan cinta yg sakit..dan membuahkan penderitaan.
Allah, aku hanya minta kepadaMu sesuatu yg bermakna utk diraih di dunia dn di akhirat. Aku hanya dambakan cintaMu, yg seharusnya menjadi utama di hati ini. Kau damaikan hatiku dlm ketentuanMu.. semaikan rasa redha dan ketenangan dlm jiwa ni. Allah, sakitnya... mahu sahaja aku buang ia. Aku mahu terbang tinggi bagai burung, melihat keindahan wajah bumiMu yang mendamaikan...
Allahu Rabbi, Kau tabahkan aku dengan ujian ini, dan aku takkan sama sekali menolaknya..malah kau bantulah aku dlm menyelesaikannya..

Allahu akbar... saban hari, semakin terasa berat jari-jemari ingin menulis.. diari sudah lama kian tidak terusik.. entah kenapa, mungkin itu jua sebab byk yg terbuku di hati ni x mampu diluahkan... pelbagai rasa bersarang di hati, x mampu terluah. ya, saya tak mampu lg menulis di sini.

kadangkala bila difikirkan kembali... mgkin sudah terlalu byk titik hitam menghuni hati... terasa kdg2 Dia juga semakin jauh. bukanlah Dia yang menjauhkn diri, tapi ana sendiri yang menjauhi dirinya.. itulah punca hati kian 'sakit'. kdg2..ingin rasanya nak lari dari diri yg sekarang... sy mahu hati ana yg dahulu yg menghuni di jiwa, tapi sy tahu bukan hati yang patut dicari...tapi Allah. ya, Allah yang patut dicari.

Allah, sesekali tidak hati ini mahu menduakan cintaMu
aku mahu mengasihiMu lebih dari dari yang lain dan diriku
Allah, aku mahu menangis rindu
Aku cuma mahukan redhaMu
Aku tak mahu fikirkan sesuatu yang belum pasti untukku..
Allah, bntu aku yang kian merasakan tidak terbantu..

Engkau lebih mengetahuinya..

andai ini yang terbaik untukku.

Allah, inikah jawapan setelah apa yang Kau aturkan,
Andai ini ketentuan yang terbaik untukku,
Kau suburkanlah jiwaku dengan kedamaian,
Kau benihkan cinta kepadaMu dari umbi kepasrahan,
Kau cambahkan iman saat cintaku berguguran,
Kau mekarkan bunga-bunga cintaku hanya padaMu.

Dalam setiap langkahanku yang tersungkur,
Kau bangunkanlah dengan luka yang menyembuhkan,
Dan parutnya yang terkesan, Kau ganjarkan kebahagiaan di saat pengakhiran,
Kau titipkan rasa taqwa untuk terus bergetar berbicara,
Menundukkan segumpal kelemahan di hati yang lara..

Demi cintaku padaMu,
Kau damaikanlah,
Akan suatu ketentuan yang tertulis,
Dalam kehadiran hatiku kepadaMu.



“Tiada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana”

jika benar Osama mati saya mohon keampunan untuknya

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

(sumber harakah daily)

ALLAH sebaik-baik penilai...ya ALLAH,Engkau tahu dimana kebenarannya.....maka,adili lah ia sebaik mungkin...wallahua'lam