Aug 8, 2010

~~bicara sufiameera~

salam sayang sufi..

inginku berkongsi,

Jalan Bahagia Hanya Satu, Iaitu Menuju Illahi...Semakin Jauh Kita Lari, Semakin kusut Hati dan kehidupan, Kerana itu...Kembali mencari diri di jalan Illahi, adalah ubat resah dan gelisah...Datanglah...Allah Menanti dengan kasih sayang dan ampunan yang tidak bertepi....Kembalilah PadaNya...Kerana Dia Adalah Segala-galanya....







~Bila engkau merasa sedih pada dunia, bila kau rasa tak ada yang peduli padamu…
Ingatlah, Allah senantiasa berada pada sisi kita… Cinta pada Allah, Untuk Allah adalah sebenar-benarnya cinta yang hakiki…Berserahlah pada Allah, gapailah ketenangan yang tertinggi dengan menyebut lafadz namanya dalam setiap doa dan munajat hatimu padaNya…
Insya Allah, hidup akan tenang dan damai selamanya..Allahumma Amiin ya Allah~.





STRIVE FOR MARDHATILLAH

malu seorang wanita~~





Rasa MALU..
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..

Rasa MALU..
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..

Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..

Jadinya..
Setiap langkahmu selama ini..
Tanpa rasa takut padaNya..
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)

Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sesungguhnya engkau umpama bunga..
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..
Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!
Kuntuman yang sedang mekar..
Turut bersamanya haruman yang tersebar..
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..
Dek kumbang yang berpergian..
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..
Pabila dirimu dihampiri..
Kau semakin lupakan diri..
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..
Engkau juga bukan Aisya Humaira..
Apatah lagi rabiah kekasihNya..

Engkau hanya insan biasa..
Umpama bunga..
Mudah saja dipetik kelopaknya..
Seandainya tak dipagari malu,
Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..
Aku malu..
Pada diriku..
Pada dirimu..

Ya Allah..
Aku juga rasa malu..
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..

Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..
Lebihkan rasa malumu
Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. Ayuh. Takut padaNya..
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. Buat diriku dan kita semua..
Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan
apa yang ku katakan..
Ya Allah.. Peliharalah aku..
Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..
Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa
telah ku usahakan apa yang ku katakan..
Kerna Kau juga menyaksikan
Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..
Maka dengan itu..
Ampunilah aku atas segala kekhilafan..
Amin ya Rabbal 'alamin..



Wasalam..
STRIVE FOR MARDHATILLAH

peribadi soleh-solehah..anda dan saya mampu milikinya!!

Em... Zaman ini, zaman yang penuh dengan fitnah terhadap kita semua... maksiat dan kerosakan sangat berleluasa... wanita dan lelaki kelihatan sama sahaja, tiada jurang pembeza yang ketara lagi.

Pakaian? Em, kelihatan seakan-akan sama saja. Agama? Em, entah... macam mereka dah tak peduli je... ada masa ke nak fikir pasal agama ni?

Em, kerana apa yer? Kerana lenyapnya peribadi soleh dan solehah agaknya...

Ku tinjau-tinjau,

Tak kira jantina, ada saja di mana-mana. Bersesak-sesak di pasar? Yup, ada... ramai sangat... di pawagam? Yup, ramai juga... em, di tempat melepak dan restoran? Lagi ramai! Laki dan wanita, campur aje... Em, di pesta buku pulak? Em, alhamdulillah masih ramai (harap-harap tidak silap beli buku)... em, di masjid? ...sedih, tak ramai, sikit sangat. Di kuliah-kuliah ilmu? Macam dah tak minat jer nak datang...

Ya Allah,

Sukarnya mencari wanita yang solehah...

Manakala bagi wanita, sukarnya mencari lelaki yang soleh...

Aii... iyeke?

Kesiannya anda sekalian... yang lelaki susah nak cari yang solehah...

Yang wanita pulak, susahnya nak mencari yang soleh!

Hehe... teringat cabaran sahabat-sahabiyah yang baru grad yang duk tengah sibuk nak cari calon pasangan suami atau isteri...

Ke mana sang soleh-solehah menghilang yer?

Takkan pupus kot?

Takdelah... mana boleh pupus pulak...

Takkan pupus punya,

Hai sahabat, kalaulah anda yang jadi soleh, tak kan timbul lagi perkara ni... so, senanglah si solehah nak cari anda... so, persoalannya andalah yang kena mulakan... kena ada mahu... letakkan iltizam...

Then, muslimat... macam mana dengan anda? Takkan nak suruh lelaki je yang mula dulu? Anda bagaimana? Bila nak mula? Tak adillah sebelah pihak jer...

Ingat... anda kena mula juga...

Anda perlu tahu, orang yang soleh akan mencari wanita yang solehah. Tak nak lah wanita yang diluar standard solehah! Lelaki soleh... tentu mahu pasangannya wanita solehah! Ha, barulah kena kan?

So, sebagai kesimpulan...

Anda-anda semualah yang kena mulakan...

So, jom berlumba-lumba jadi insan soleh-solehah... bukan kerana nak cari pasangan yer? Tapi, mestilah kerana Allah... then, insyaAllah, tenang jiwa anda... damai...

Bersama redha Ilahi pastinya...

Insan soleh-solehah pun akan datang cari anda...

Emm.. jangan berlumba-lumba jadi mat rempit pulak yer... maklumlah, mat rempit pun dah tukar profession... dah jadi penerjun di kutub utara tu! So, anda bila lagi? Jom lah jadi insan soleh-solehah... insan yang mulia di sisi Allah mahupun manusia...

Ok?

Em, wahai insan yang bernama wanita... sahabat yang bergelar lelaki... jangan buang masa... marilah kita check or semak semula, apa dia prinsip soleh-solehah tu yer?

Ada ker dalam diri kita prinsip-prinsip tu? Ade ke personaliti soleh-solehah tu pada kita?

Takkan sikit pun tak ada?

Sedihnya kalau tak ada... rugilah anda nanti...

Baik cepat-cepat setelkan! Jangan lambat...

Em... sebagai basic... mulakanlah dengan mengenali asas-asas Islam... iman mesti mau dijaga. Lakukanlah solat dengan sempurna - cukup lima waktu, tonjolkan imej-imej insan yang Islami...

Di samping lakukan solat sempurna... tambahkanlah sedikit-demi-sedikit solat-solat sunat...

Then, belajar-belajarlah praktikkan personaliti (adab-adab) insan soleh-solehah.. Em, mulakanlah dengan memakai pakaian yang sopan, bertingkah-laku dengan baik dan jauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Yang solehah, tinggalkanlah pakaian-pakaian sempit tu! Belajar-belajarlah pakai tudung. Cari baju yang labuh... Kasi tutup lebih rapat dan sempurna daripada biasa. Jangan beri orang tengok percuma lagi. Barulah nampak yang diri anda tu mahal dan bukan bahan lelongan free-show. Orang lelaki pasti rasa insaf dan tunduk malu bila tengok anda nanti..

Em, seterusnya... perlu difahami, bahawa... semua tu perlukan bimbingan ilmu yang jelas...

Jadi, jangan lupa selalu-selalukanlah hadir ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah ilmu...

Amal tanpa ilmu, takut-takut tersesat pulak nanti... Niat di hati nak jadi baik, lain pulak jadinya nanti...

Jadi... untuk menjadi insan soleh-solehah... anda perlukan ilmu...

Banyakkanlah membaca... di samping jangan lupa mendapatkan bimbingan... supaya tak tersalah ilmu pulak karang!

Em... susah ke?

Senang je ni... basic semua ni...

InsyaALLAH... anda mampu lakukan... ingat! Anda perlu mulakan... jangan biarkan golongan yang tidak soleh-solehah bertambah di luar sana. Sesak nafas kan kita tengok!!!

Bukan kesan baik yang terhasil... bukan sahaja manusia yang susah...

Haiwan dan tumbuhan, malahan objek-objek tak bernyawa pun menerima akibatnya...

Kalau perbuatan tu dah dilarang oleh agama, tak mungkinlah ia wajar lagi dipandang baik, dan mustahillah kesannya akan baik dan disenangi...

Ayuh... tanamkan azam, tambahkan ilmu, tingkatkan amalan, tunjukkan personaliti Islami... bergerak ke arah peribadi insan soleh-solehah...

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (١٣)

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujuraat: 13)

An-Nawawi 2007
http://an-nawawi.blogspot.com/

STRIVE FOR MARDHATILLAH