Oct 8, 2011

masa itu berharga..

bismillah..
sufiku sayang,

Masa ini ada pasang surutnya, ia peringatan buat kita. Kita tidak hebat menguasainya, meskipun kita merasa begitu. Tiada Siapa berjaya menguasainya. Semakin kita mencuba memahaminya, semakin kita tahu bertapa hebatnya makhluk bernama Masa ini. Masa itu emas,Masa pengubat jiwa dan Masa menjawab sengketa. Bukan semua berkesempatan mendalami makna sebuah masa, berehatlah seketika untuk memahaminya. Ini kebenarannya, masa itu akan terus berlalu dengan cepat dan kita hanya boleh berusaha setelah merencanakan perjalanan hidup ini. Kini, masa akan berlalu singkat.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".H.R.Termizi
.

sufi,ingatlah masa itu Emas.Kita cubalah memperbanyakkan amalan kerana hidup kita jangan melebih2kan perkara lain kecuali untuk mendapat keredhaan Allah. Objektif tidak sepenting proses kita mencapainya kerana proses2 inilah membuktikan segalanya. Proses2 inilah yang memakan masa kerana mana mungkin kita boleh mencapai sasaran kita dengan mudah. Adapun dengan cara yang salah dan meskipun kita tidak berjaya,bukan bermakna kita gagal kerana telah menghadapi dugaan yang pelbagai dalam proses2 tersebut. Ia hanya sia2 andai kita membuang jauh pengalaman tersebut. Masa hanya sekali beredar dan tidak akan kembali lagi.
.
Masa pengubat jiwa. Susah! Memang susah menyelesaikan konflik kehidupan ini. Namun, percayalah ini merupakan kelebihan yang ada pada masa. Kadang2 ada perkara yang tidak serasi dengan hidup kita dan kita akan disedarkan dengan hentakkan yang kecil atau sebaliknya. Pedihnya masih terasa seperti ingin didendamkan dan dirobek. Nasihatnya, ambillah masa kerana ia sangat membantu kita meredakan kemarahan dan berfikir. Kita boleh memilih! Kita membuat keputusan, seeoloknya kita putuskan agar konflik tersebut sebagai dugaan dan pengalaman buat kita. Syurga itu hanya untuk orang yang sabar menempuhi dugaan kehidupan seperti Nabi2 dan wali2.
.
Masa menjawab sengketa. Ini merupakan takdir, ia berkenaan dengan kesanggupan kita mengapai peluang diberikan dalam masa. Dalam kita bersengketa, kita diberikan masa. Tanpa kita sedari,masa inilah diserikan dengan senyuman yang mengakhiri sengketa atau terserempak dengan kenalaan lama yg bermasalah yang diakhiri dengan gelak ketawa. Namun,persengketaan hanya boleh diselesaikan dengan diikuti sifat keterbukaan kita.
Begitulah kehebataan masa dalam erti seorang manusia dan kewujudan masa ini anugerah dari Pencipta buat orang-orang yang bersedia menginginkannya.


Strive for Mardhatillah

terperangkap dalam usia..


Kehidupan akan terus berputar dan kita akan berubah tetapi bukan semua orang akan berubah dalam setiap aspek diri mereka. "Terperangkap dalam usia"

Strive for Mardhatillah

cemburu,perlu ada batasnya

tmpt:mini diary

salam wbkt,

''cemburu dan jeles membawa maksud yang sama..cuma yang membezakannya adalah bahasa.tiba2 ana teringin untuk berkongsi cerita tentang cemburu..sebab cemburu, manusia boleh bergaduh yang kadangkala membawa kematian..sebenrnya perasaan ini adalah satu penyakit yang sepatutnya kita sendiri yang kena jauhkan diri darinya..

ye,ana sendiri mengaku ana juga kadangkala mempunyai perasaan itu sendiri dan sedang berusaha untuk memperbaiki diri ini..bukan kita pinta perasaan ini tapi ia sebagai bahan untuk ALLAH menguji hati hambanya itu sendiri..kajian yang telah dilakukan juga mmbuktikan bahawa oarng yang lahir pada januari ni kuat cemburunya..maka hati2:)

baru2 ni,ana perasan yang cemburu itu ada dlm diri ana sendiri..ketika skyping dengan ayahanda tercinta..aduh,perasaan itu hadir tatkala ayahanda bersama dgn si ''dia''..''dia'' bukan org lain dalam hidup ana..tetap darah yang sama juga..tapi xtau kenapa hati terasa sebak didada..cepat2 ana memujuk hati supaya reda,jgn ikutkan sgt hati tu..ia hanya seketul daging yang seharusnya kita sendiri yang kawal ia..

sedangkan,isteri2 nabi SAW juga ada perasaan yang sedemikian apathlagi kita ini manusia biasa..tapi ana yakin kita sendiri mampu untuk mengelakknya..banyakkan berdoa..Dia mengerti..insyaALLAH..''

p/s:pesanan untuk diri sendiri dan anda2 juga..

Strive for Mardhatillah

semoga berjaya....

"semoga berjaya menjadi gadis mulia,
semulia diri Maryam...
semoga berjaya menjadi wanita faqihah,
sebijak minda Aisyah...
semoga berjaya menjadi perempuan tabah,
... sekukuh hati Asiah...
semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan,
sehebat jiwa Sumayyah...
semoga berjaya menjadi hiasan indah,
seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah...
semoga berjaya menjadi isteri solehah,

setulus kasih Khadijah...
semoga berjaya menjadi perempuan dan kekasih,
idaman setiap kalbu,
kecintaan Tuhan...."
Strive for Mardhatillah

pengganti Sufi,mini diary



12/6/2011

''bismillah...
hari ini ana mulakan tulis diariku tanpa sufi disisi..buku diary kecil warna hitam..kesana sini jadi teman pling setia..bukan menggantikan sufi untuk selamnya tapi sementara sehingga bertemu kembali dgn sufi kelak..tujuannya,hanya ingin kurangkan beban yang tertangggung di bahu selain hilangkan rasa rindu pada engkau sufi..rasanya,kita semakin jauh tapi jauhku hanya padamu, pada ALLAH ana semakin mendekatinya.insyaALLAH..sentiasa berdoa moga Dia mempercepatkan waktu sepi ini..ana yakin Dia mendengarnya..

bukannnya ana sombong untuk menekan keyboard mahupun menayang muka di depan laptop tapi,ana terlalu busy untuk buat semua tu..sedangkan untuk diri sendiri pun ana tiada masa tuk memberi peluang rehat..hidup sebagai student medic memang mencabar ana untuk menghadapinya..pergi kelas seawal 730 pagi..pulang kadang2 setelah asar.ana sedar,banyak masa dan tenaga yang ana perlu korbankan untuk mendapat segulung kejayaan..

dan ana yakin,sepanjang perjalann ana berulang alik dari rumah ke kuliah dan dari kuliah ke rumah semua itu dikira oleh ALLAH..walaupun ana dapat merasakan sesak nafas didada ni xkan sampai kepenghujunya kecuali mati..mana tidknya,balik kerumah setelah kuliah,tenaga dan fikiran masih digunakan untuk memasak,menghidang makann untuk adik2 tercinta di rumah..tpi kadang2 juga terlelap sehingga bulan disana menunjukkan senyumannya..

bila difikirkan,ana layak dihukum oleh kau Fi,hehe..tapi,kau tiada kudrat itu..wink~~~..xpe,blan 9 kelak bertemu la jua kita..tidak didunia,syurgalah..kekal nan abadi...''

12/6

''hari ni,ana rasa bahagia..terasa dunia ni ana yang punya..xtahu kenapa..lihat,kadang2 ALLAH datangkan bentuk gembira dan sedih dalam keadaan kita sendiri tak mengerti..keliru,perasaan apakah itu??dan tak tahu nak menggambarkan bagaimana..

mgkin hari ni,ana terima satu email yang membuatkan ana tersenyum:)..setelah hampir seminggu ana dalam kemurungan sebab fon xbole buka email,so,ana terasa jauh dgn kakk2 di malaysia yang sentiasa membuatkan ana tersenyum hingga ke telinga..ye kini ana rindu mereka..x sabar nak menjejakkan kaki ke sana..



Strive for Mardhatillah