Mar 27, 2011

bertamu di taman syurga

“Apabila kamu melalui taman-taman syurga,minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : “Majlis-majlis ilmu”.(Hadith Riwayat At-Tabrani)

Sudah lama jiwa ini tak terisi dengan ilmu.
Sudah lama hati ini tidak diketuk untuk bermuhasabah
Sudah lama nurani ini tidak disuburkan dengan ingatan pada Tuhan

Agak penat sepanjang hari di pejabat. Kerja masih belum mahu surut, malah kian bertambah. Malam ini saya mengambil keputusan untuk tidak kemana-mana. Walaupun sebenarnya ada satu mesyuarat yang perlu dihadiri. Saya memohon maaf pada junior yang beberapa kali menghantar SMS untuk mengesahkan kehadiran.

Setelah seminggu yang padat dengan kerja di pejabat, dan mesyuarat di waktu malam, saya perlu akur pada ketidakmampuan diri. Penat. Saya perlu berehat.

Kebetulan, ramai pula penghuni Anjung Zahra’ ada di rumah. Masing-masing tidak kemana-mana, tidak seperti selalu. Yang tiada hanya faiz yang pulang ke kampung, sempena majlis pertunangan kakaknya, dan Hana, teman sebilik saya yang selalu saja pulang lewat dari pejabat. Beruntung Bank Rakyat ada pekerja yang berdedikasi dan rajin sepertinya.

Kami solat Maghrib berjemaah. Sudah lama tidak berpeluang berjemaah Maghrib. Menghayati syahdu bacaan Shahid yang menjadi imamah, menghadirkan ketenangan buat saya. Terapi buat diri.

Usai Solat Maghrib, Shahid bersuara:

” Ok, kita akan ada sesi tazkirah ye lepas ni, dari kak bah…”

Saya yang sedang melipat sejadah terpinga-pinga. Aii, bila masa pulak saya cakap nak bagi tazkirah.

Segera warga AZ yang memang terkenal suka berbincang tentang ilmu, dan berbahas mengenai isu-isu semasa membentuk halaqah.

Majlis dibuka dengan Al-fatihah, kami berkongsi ilmu.

Shahid memula bicara, dengan mengajak kami menghayati sirah, kisah Rumaisya Ummu Sulaim, isteri Abu Talhah – salah seorang sahabat Rasulullah, yang begitu sabar dengan ujian kematian anaknya. Kata Rasulullah, ’ ketika aku berjalan di dalam Syurga, aku mendengar bunyi tapak kaki, dan itulah Rumaisya…”

Kesabaran yang datang dari iman.

Ummu yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke Kedah, sempat juga berkongsi soal ujian dan kekuatan dalam kehidupan. Pengalaman melihat penderitaan orang lain menjadi motivasi untuk kita melihat bahawa masalah yang dihadapi oleh diri sendiri begitu kecil sebenarnya.

Dan Ina Junior juga ingin berkongsi, kisah Perang Mu’tah, yang begitu banyak pengajaran dan pelajaran. Mari berguru dengan sirah.

Saya menyimpulkan majlis tazkirah kami malam itu.

Terima kasih adik-adik yang berkongsi. Sudah lama jiwa ini tidak disuburkan dengan majlis ilmu seperti ini. Dalam kesibukan bekerja, mesyuarat, program, usrah dan komitmen lain, jarang benar kami berpeluang menikmati ’masa emas’ seperti malam tadi.

Tazkirah itu menjadi terapi buat diri. Bertamu seketika di ’Taman Syurga’ ini menghadirkan ketenangan dan memberi sedikit energy pada hati yang akhir-akhir ini sentiasa runsing, sesak. Seperti sesaknya jalanraya KL yang terpaksa ditempuh setiap kali pergi dan pulang bekerja.

Semoga, Allah masih memberi ruang dalam kesibukan ini, masa untuk kita menyuburkan minda dan jiwa dengan ilmu dan muhasabah.

“Believe in yourself and there will come a day when others will have no choice but to believe with you.”
« Cinta Hati“ Wa Bil Waalidaini Ihsaanaa…” »

3 jenis hati bentuk peribadi manusia

ERKEMBANGAN jiwa dan watak manusia mempunyai hubungan rapat dengan kedudukan dan bentuk hati (qalbu) yang dimilikinya. Secara umumnya hati atau jiwa manusia itu memiliki sifat hidup dan mati.

Bagi hati yang suci dan hidup (qalbun sahih) maka ia akan membawa tuannya ke jalan selamat di mana kemurniaan ubudiyahnya meletakkan seluruh aktiviti kehidupan hanya untuk Allah SWT. Bagi hati yang keji dan mati (qalbun Mayyit) pula akan membawa tuannya ke arah kebinasaan dengan menjerumuskannya ke dalam tuntutan nafsu syahwat yang penuh kejahilan sehingga lupa menyembah Allah SWT selaku khaliqnya.

Di antara kedua-dua jenis hati itu, ada pula hati Qalbun Maridh (hati yang sakit) yang masih lagi memiliki nur keimanan tetapi berada dalam keadaan yang samar kerana tidak berupaya berhadapan dengan desakan hawa nafsu.

Dalam penelitian kaum sufi, qalbu disebut sebagai nurani kerana ia memiliki kesedaran antara baik dan buruk. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kemudian Kami jadikan al-Quran itu diwarisi oleh orang yang kami pilih dari kalangan hamba kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului orang lain dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itulah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata” (surah Fathir: 32).

Berdasarkan ayat ini Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah membahagikan manusia kepada tiga darjat kedudukan :

Golongan Zhalimun Linafsih – iaitu golongan yang sentiasa menzalimi dan menganiaya dirinya. Mereka adalah golongan yang derhaka kepada Allah SWT, meninggalkan perintah (suruhan dan larangan) serta mengerjakan kejahatan (kemungkaran).
Golongan Mukhtasid – iaitu golongan manusia darjatnya pertengahan dengan sifatnya cermat, berhati-hati dengan melaksanakan kewajipan dan menjauhi laranganNya.
Golongan Sabiqun Bil-Khairat – iaitu golongan yang sentiasa aktif dan proaktif dalam melakukan dan mengerjakan kebaikan. Golongan ini tinggi kerohaniannya di mana mereka tidak hanya menunaikan kewajipan, sebaliknya melakukan amalan sunat, tetap istiqamah melaksanakan perintah (suruhan dan larangan) serta meninggalkan perkara yang syubhat dalam kehidupannya.
Sayid Sabiq pula telah membahagikan kekuatan kerohanian manusia kepada tiga tingkat :Â

Nafsu amarah iaitu tingkat nafsu insan paling rendah dan hina yang hanya mengutamakan desakan atau dorongan hawa nafsu semata-mata serta godaan syaitan.
Nafsu Lawwammah iaitu nafsu yang dapat mengawal amal salih serta gemar menegur atau mengkritik diri apabila terjerumus ke dalam lembah kemungkaran.
Nafsu Mutmainnah iaitu tingkat kerohanian insan paling tinggi dan luhur. Ini adalah jiwa yang tenang lagi suci dalam keadaan kekal melakukan kebaikan amal salih.
Menurut Iman al-Ghazali, proses penyucian diri (tazkiah al-nafs) untuk mencapai tahap nafsu yang diredai seperti tahap nafsu di atas dapat diperoleh melalui jalan ilmu dan beramal. Tazkiyyah al-nafs mengandungi dua keadaan iaitu membebas (mengosongkan) diri dari sebarang sifat mazmumah (keji) dan mengisi (menghiasi) jiwa dengan sifat mahmudah (mulia).

Ilmu tasawuf berkaitan dengannya. Dalam pengertian ilmu, tasawuf bermaksud mensucikan qalbu dan menjernihkan roh agar dapat merasai limpahan cahaya ilahi. Amalan tasawuf dibangunkan di atas latihan kerohanian (riyadhat ruhiyyah). Pengamalan dan penghayatan tasawuf adalah bermatlamatkan ibadat dan zuhud semata-mata.

Sesungguhnya kesejahteraan, kedamaian dan kebaikan jiwa insan mukmin itu bergantung kepada tazkiyyah al-nafs. Nafsu pada hakikatnya adalah penggerak tingkah laku yang cenderung kepada sama ada kebaikan atau kejahatan. Allah mengilhamkan kepada jiwa insan itu dua ilham – ilham berbentuk fujur iaitu jalan yang membawa insan ke arah kesejahteraan dan ilham berbentuk takwa iaitu jalan yang membawa manusia ke arah kebaikan dan amal soleh.

Dua bentuk jalan ini terkandung dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa.

Sesungguhnya berjayalah orang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat “ jiwanya” (surah Asy-Syams: 7-10).

Sifat qalbu (hati/jiwa) sering berbolak-balik dan sering berperang antara nafi dan isbat. Dalam ayat 1, surah Alam Nasyrah digunakan kata `sadr’ yang bererti “dada” untuk menggambarkan suasana hati (jiwa). Keadaan ini menjelaskan bahawa hati manusia itu bersifat tidak konsisten atau berbolak-balik.

“Perang batin” ini tidak akan berkesudahan selagi ia tidak mencapai kepada keyaqinan (aqidah/keimanan) yang teguh. “Perang batin” ini dapat dirasai ketika manusia ingin melakukan ibadat seperti solat, puasa, berzakat, berjihad dan sebagainya. Untuk mencapai keyaqinan maka jihad melawan hawa nafsu perlu dilaksanakan oleh manusia dan inilah yang sering disebut sebagai “jihad besar”.

Jihad melawan hawa nafsu inilah yang menjadi manhaj (jalan) mengenal Allah SWT. Qalbu (hati) perlu dijaga kerana pengaruhnya terhadap diri dan kehidupan bermasyarakat (bernegara) amat jelas; jika baik hati individu itu maka baiklah amalannya, sebaliknya jika kotor jiwa individu itu maka buruklah amalannya.

Sebuah hadis nabi bermaksud, “Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, Ketahuilah itulah hati” (Muttafaqun `Alaih).

Dalam masyarakat Melayu sering kita mendengar kata-kata seperti ‘Hati Iblis’, ‘Hati Yahudi’,’Hati Malaikat’ dan seumpamanya. Semua bentuk gelaran hati ini melambangkan keperibadian pemiliknya. Hati yang kotor (keji) boleh menjadi hijab kepada ‘Nur Ilahi’.

Qalbu (hati) terang bercahaya menjadi nur (pelita/cahaya) kepada manusia menempuh jalan baik dan haq. Al-Quran itu sendiri diturunkan menjadi huda lil muttaqin (petunjuk kepada hati yang bertakwa).

Justeru, hati mesti dibersihkan melalui jalan tarbiyyah rabbani ke dalam jiwa mukmin yang mampu dilakukan melalui amal ibadat yang dicontohkan oleh nabi dan sahabatnya serta para tabiin.

Al-Quran menegaskan, “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Tuhan semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan jangan engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran” (Surah al-Kahfi: 28).

Hawa adalah kecenderungan nafs kepada syahwat. Ia adalah ciri tingkah laku negatif yang merosakkan kehidupan manusia. Ia menyukai, menyenangi dan merindui terhadap perkara yang dihajati atau dikehendakinya oleh syahwah.

Syahwah adalah kalimat dalam al-Quran yang menggambarkan keinginan insan terhadap keseronokan, kelazatan dan kesenangan (surah Maryam: 4). Ia juga bermaksud fikiran tertentu yang cenderung ke arah melakukan kejahatan dan penyelewengan ( An-Nisaa: 27) dan syahwah juga bermaksud perilaku terhadap seks ( An-Naml: 55).

Untuk mencapai kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan hati maka manusia perlulah mengikis penyakit hati yang bersarang di jiwanya.

http://nurjeehan.hadithuna.com

saya kan pergi lagi jauh dari anda...

wahai ain,http://ain-secebistentangku.blogspot.com
yang paling hebat yang Maha Agung
adalah ALLAH
saya adalah manusia ciptaan-NYA
segala yang saya miliki adalah pinjaman belaka
apabila tiba masanya
saya akan kembali kepada-NYA

pergantungan hanya pada ALLAH

Assalamualaikum w.b.t. pejuang2 islam sekalian. Apa khabar iman kita? Bagaimana pula kita isi hidup kita,hari-hari dlm kehidupan kita? Adakah dgn kebaikan atau kejahatan? Inilah antara perkara yg perlu kita fikirkan,yg kita perlu tanyakan kpd diri kita(muhasabah) dalam menjaga dan memelihara iman kita sebaiknya..

Baiklah,apa yg dekat di hati ana sekarang ini adalah..
Allah berfirman di dalam Al-Quran,

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah:ayat 45)

Apabila ditimpa musibah atau diuji..
Bersabarlah kita semua..(+ redha)
x lupa juga bersabar dalam mentaati perintah ALLAH dan dalam menjauhi larangan-NYA
Ambillah wudhu'..
dan dirikanlah solat sunat 2 rakaat
"Sahaja aku solat sunat 2 rakaat krn Allah Taala" -ini apa yg ayah ana ajar dan sampaikan
Kan Allah kata mohonlah pertolongan dari-NYA dgn SABAR dan SOLAT??
nescaya kalian beroleh pertolongan-NYA..
Ada ke siapa2 yg lebih hebat pertolongannya selain daripada ALLAH SWT??
Yakinlah kita dgn janji2-NYA..

Ana teringat ayat Al-Quran yg mafhumnya begini ..tiadalah dunia ini melainkan hanya senda gurau sahaja.. Ana x ingat surah n ayat ke berapa,asifah jiddan.. Siapa2 yg sudi mengingatkan,sangatlah dialu2kan.. Namun begitu,apa yg ana ingin kita hayati adalah ibrah drpd ayat ini..

Dalam ana membelek-belek tafsir al-quran utk mencari ayat al-quran tersebut,ana ditemukan oleh ALLAH Yang Maha Esa dgn sepotong ayat.. "Dan milik Allah lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan (pengetahuan) Allah meliputi segala sesuatu" (An-Nisa':ayat 126).

Kata2 manusia itu x semuanya boleh tembus ke hati manusia..akan tetapi,kata-kata ALLAH yakni ayatul quran dan hadis Nabi SAW bisa menembus ke hati manusia..menyentuh kalbu kita agar kembali kepada-NYA Yang Berhak Disembah. Bawalah hatimu kepada Tuhan.. dgn sentiasa mengingati-NYA.. "Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang" (Surah Ar-Ra'd:ayat 28)

Sedikit peringatan buat diri ini dan kalian agar tidak terus alpa,insyaALLAH.. Agar kita terus menjadi hamba-NYA yang senantiasa bersyukur atas segala kurniaan-NYA yang x terhingga.. dari kita lahir hinggalah ke saat ini.. Betapa x terkira kan nikmat-NYA ke atas kita? "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya" (Surah Ibrahim:ayat 34)
Sebab itu jugalah ada yg mengatakan 'HITUNG KESYUKURANMU BUKAN KESUKARANMU'.

Sebagai penutup kalimah ana,ingatlah Allah sentiasa.. yakni "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam" (Surah Al-An'am:ayat 162). Segala2nya apa yg kita buat adalah utk Allah semata2 sahabat2ku.. ~CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA~

STRIVE FOR MARDHATILLAH

solatlah...sepertimana yang telah diperintahkan

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 'alaikum saudara2 seislamku sekalian,
Antum lah permata2 islam..maka bangkitlah kita demi-NYA!

Sebelum ana menyentuh tajuk Khusyuk Solat ini, ana nak kupas secara ringkas ttg perintah menunaikan solat.. Emm,bagaimana kita nak membicarakan ttg khusyuk dalam solat jika kita mengabaikan perintah ALLAH (solat) yang satu ini,setuju?

PERINTAH MENUNAIKAN SOLAT

Allah S.W.T telah mensyariatkan ibadah solat dan ia wajib dikerjakan oleh setiap muslim. Justeru itu, tiada perintah ALLAH S.W.T yang paling mulia melainkan solat fardhu.

"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku' " (Surah Al-Baqarah ,ayat 43)

"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)." (Surah Al-Isra' ,ayat 78)

Surah Ibrahim ,ayat 31
Surah Al-An'am ,ayat 72
Surah Al-A'raf ,ayat 29
Surah Al-Anbiya' ,ayat 73
Surah Ar-Rum ,ayat 31

Rasulullah S.A.W bersabda :
اِنّ أوّل ما يحاسب به العبْد يوم القيامة منْ عمله : صلاته
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya amalan yang pertama seseorang hamba yang dihisab oleh ALLAH pada hari kiamat ialah solatnya."
(Riwayat Abu Daud & At-Tirmizi)

TAKRIF SOLAT

Dari segi bahasa, solat bermaksud 'doa untuk kebaikan' sebagaimana firman ALLAH S.W.T dalam surah At-Taubah ,ayat 103 :
"Dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka".

Maksud solat mengikut istilah syara' ialah :
أقوال وأفعال مفتتحة بالتّكبير ومختتمة بالتّسليم بشرائط -ini bukan dalil/nas,tp bahasa arab

"Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam berdasarkan syarat-syarat yang tertentu".

Rujukan : Menuju Kearah Kemantapan Solat oleh Ustaz Amran Yusoff.

KHUSYUK

Erti khusyuk ialah menghadirkan hati dan ingatan di dalam melaksanakan perintah ALLAH.

Dalil Al-Quran dan Hadis :

"Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka". (Surah Al-Mukminun ,ayat 1-2)

"Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar". (Surah Al-Ankabut ,ayat 45)

عن عمر رضى الله قال...قال فاخْبرني. عن الاٍحسان - قال أنْ تعْبد الله كأنّك تراه, فاٍنْ لمْ تكنْ تراه فاٍنّه يراك...الحديث
Ertinya : Dari Umar RA berkata malaikat Jibrail : Beritahu kepada aku tentang ihsan. Nabi Muhammad S.A.W menerangkan : Ihsan ini ialah engkau mengerjakan ibadah kepada ALLAH seolah-olah engkau melihat-NYA, sekiranya engkau tidak melihat-NYA maka ingatlah bahawa ALLAH tetap memerhatikan keadaanmu.

Ciri-Ciri Khusyuk

Bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada ALLAH.
Menumpukan perhatian dalam mengerjakan ibadah.
Menetapkan hati.
Menenangkan jiwa.
Berasa diperhati oleh ALLAH.

Rujukan : Buku Teks Pelajaran Asas Akhlak Islami Darjah 5, Sekolah Rendah Agama Islam Selangor, cetakan keempat tahun 2001 (buku teks time ana darjah 5, thn 2003)

p/s : Dalil hadis untuk khusyuk di atas, bukan bermakna kita memikirkan ttg zat ALLAH, tetapi kita merasakan diri kita ini diperhati oleh ALLAH.. Ana x mengetahui utk menerangkan ia secara ilmiah atau terperinci, sesiapa yang lebih mengetahui atau ahluz zikr bolehlah menitipkan dan berkongsi ilmunya di sini.. syukran kathir, hanya ALLAH yg bisa membalasnya.

harta dunia

Salam 'alaikum buat saudara2 seislamku sekalian.

Coretan ini lebih ditujukan buat ana sendiri sebenarnye,
nak mengingatkan diri agar tidak terus terlalai dek buaian dunia yg memperdaya..

Memang x salah utk kita mencari harta dunia,
tapi sejauh mana kita mengambil harta dunia itu mengikut keperluan kita.

(Ana)
Wahai diri, ingatkah dikau pabila kau tgh khusyuk menonton cerita yg melalaikan,
Dtg ayahmu..
Membawa sedikit peringatan yg menggetarkan jiwa!

(Ayah)
"Anakku, di akhirat kelak, ada 4 perkara yg akan ALLAH tanya..
Pertama, ttg bagaimana kau habiskan usiamu?
Kedua, bagaimana kau gunakan masa mudamu?
Ketiga, dari mana sumber hartamu dan di mana kau belanjakannya?
Keempat, adakah kamu beramal dgn ilmu yg telah kau pelajari? " -mafhum hadis Nabi.

Allah juga berfirman dlm al-Quran:
"Adakah kamu perintah orang-orang berbuat kebaikan tetapi kamu lupa dirimu sendiri walaupun kamu membaca kitab? Tidakkah kamu fahami". (Surah al-Baqarah: ayat 44)

...Allah dah tanya bagaimana kita habiskan umur kita, tapi ada soalan special lagi tu yakni dlm usia kehidupan kita, Allah tanya lagi bagaimana kita habiskan masa muda kita! Allahu Akbar!...

Ya Allah, moga penulisanku ini menjadi salah satu ibadahku kepada-MU..
begitu juga saudara2 seislamku yg lain Ya Allah..
moga kami sama2 dapat masuk ke syurga-MU Ya Allah, Al-Khaliq..

Ada satu analogi..ttg pencarian harta dunia dan akhirat,
ana dgr dari ceramah yg disampaikan oleh ustaz Azhar Idrus,
Ada sebuah kisah antara anak n ayah, di dalam sebuah rumah..
Si ayah masuk bilik,keluar bilik, masuk dapur,keluar dapur, masuk ruang tamu,keluar ruang tamu,
Si anak pun pelik lalu bertanya,
"Ayah, ayah cari apa?"
Si ayah menjawab, "Ayah cari rumah.."
X ke pelik?
Si ayah dah ada dlm rumah, tapi masih mencari rumah..
Baik si ayah mencari kereta ke, isterinya ke yg ada kat luar rumah..

Begitulah juga kita..
Kita dah ada dlm dunia ni, tapi xkan kita nak cari harta dunia je?
Kita kena la cari harta di LUAR DUNIA jugak..iaitu?
harta AKHIRAT..

Wallahua'lam, ana juga perlu diberi peringatan, bukan setakat memberi peringatan..

lama menyepi...

salam dihulur pembuka bicara...

2135pm:sunday,

ingatan menerjah kepada sufi yang telah lama dibiarkan bersarang tanpa penghuni..
sekali kali ada pengunjung yang datang menjengah..bila diintai..tidak ku kenali..lama termenung..sah!!mereka tetamu baru yang harus dilayan..:)

bukan tidak ingin menyapa,tapi memang sengaja membiarkan ia terkapai-kapai bersendirian..bukan bermakna kejam tapi sengaja...

pasti,pasti dia marah..

ku tidak mengerti kenapa tangan tidak ingin menghayunkan jari jemarinya di ''keyboard''..
Allah lebih mengetahui..

buat yang bertanya kenapa diri lama menyepi,maaf,maálish,sorry...tiada masa...class da start...perlu concentrate pada study..walaupun kadang kala fikiran ada juga pada si Sufi ini...

erm....

Jauhkan rindu itu..

Jauhkan Rindu
Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi

www.iluvislam.com

"Ya Allah..leraikanlah dunia yang mendiam dalam hatiku"...Antara 2 Cinta ~ Nazrey Raihan

p/s:miss my famly esp kak rehan..n ain rahmat..
kalu bace post ni,saya nak anda tahu..di hati ku hanya ada kamu..nngee~~