Aug 12, 2010

TUBUH WANITA : HAK SIAPA??????????


"Assalamualaikum", tegur seorang pak cik pada seorang wanita di bus stop. "waalaikummussalam",jawab wanita berkenaan. " anak, kenapa pakai pakaian macamni, dengan ketatnya, nipisnya, jarangnya....kan elok kalau pakai baju kurung ke, jubah ke".soal pak cik berkenaan."eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritwanita muda berkenaanlalu meninggalkan pak cik itu.


Untuk perkongsian bersama, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.


Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.


Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.


Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.


Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah.

Ciri-ciri pakaian menutup aurat :



1) Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

2) Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

3) Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

4) Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

5) Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

6) Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

7) Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

8) Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

9) Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.