Apr 22, 2011

untukmu teman

Ros merah..
apa kaitannya dengan teman? teman lelaki kah?
oh, tidak! ros ini adalah untuk teman-teman karibku, mestilah perempuan..(no cinta sebelum akad)
Pada malam yang hening dan sungguh sayu, teringat mereka , sama-sama berjuang meghadapi segala cabaran alam persekolahan. Maklumla, zaman sekolah adalah zaman remaja yang penuh liku-liku.. segala benda nak dicuba, alhamdulillah, kami masih lagi dilindungi oleh Allah daripada terjebak dalam perkara yang tidak diingini.

Sungguh, ukhwah kita atau ukhwah umat Islam sangat unik, ukhwah berlandaskan syahadatayn atau ukhwah al-islamiyah.. ana dah bertahun-tahun bersahabat,ada yang dari tadika, tapi baru tersedar dan meghayati maksud ukhwah yang sebenarnya dari sudut pandangan Islam.. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Bagaimana cara nak dapatkan kasih sayang Allah? Salah satunya adalah dengan berkasih sayang sesama makhluk, ukhwah persahabatan dan rindu kepada sahabat adalah nikmat yang dikurniakan oleh Allah..

Firman Allah:
"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali agama Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu dulu (ketika kamu jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada ditepi jurang neraka, lalu Allah Menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk"
[surah Ali-'Imran : 103]


SubhanaAllah..

Teringat lirik lagu Sebuah Pertemuan dendangan kumpulan nasyid UNIC


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

Danish dah keluar dari perit ibunya..

alhamdulillah..dapat email dari kak rehan...
kak ain dah bersalin pukul 430 pagi tadi...
lega bila dengar berita tersebut..
bertambah bilangan keluarga..
tapi sedih x dapat tengok...=)
nama diberi Ahmad Danish rasanya..(x dapat berita selanjutnya)
x apalah danish..jumpa ummi kalu ummi dah balik malaysia nanti yer...
erm,nanti kalu dah dapat gambar..boleh lah post kat sini..
apa2pun,selamat datang ke dunia sesungguhnya ini pilihanmu..banyak cabaran dan dugaan yang akan kau tempuhi kelak...

ya ALLAH,syukran dengan kehadiran permata hati ini...semoga Danish membwa kebahagiaan untuk ibu dan ayahnya..insyaALLLAH



Duhai adik-adikku

ya ALLAH bantulah aku untuk memimpin diri ini dan orang-orang dibawah ku,..tolonglah beri aku peluang untuk memperbaiki kesalahan ini..ku hanya perlukan pertolonganMu untuk membantu adik-adikku ini supaya tidak lalai dengan kehidupan dunia yang fana..

ya ALLAH,marahku pada mereka bukan kerana benci tapi kerana sayang..
ya ALLAH,arahanku pada mereka bukan kerana dera tapi kerana mendidik..
ya ALLAH,jeritan suaraku pada waktu pagi bukan kerana mengganggu mereka tidur tapi kerana tidak sanggup mereka rasakan azabMu kelak...
ya ALLAH,solat jemaah yang aku lakukan bukan kerana ingin membuang masa mereka tapi kerana mahu mereka rasakan nikmat 27 darjat daripada 1 darjat..
ya ALLAH,laranganku daripada mereka keluar rumah bukan kerana menyekat pergerakan mereka tapi kerana ingin menjadikan mereka wanita-wanita solehah yang menjaga pandangan dan kelakuan..

ya ALLAH,Kau lebih mengetahui dariku dan mereka...
ku tahu,hadirnya mereka hanya ingin menguji kesabaranku..
dan Kau hadirkan aku kepada mereka adalah untuk menjadi pembimbing..

satu pintaku,tabahkan hati ini..sabarkan hati ini..tetapkan iman ini...

syukran ya ALLAH...
sesungguhnya saya gembira dengan kehadiran mereka...

to:zaharah,farah,syifa,hana n haifa,akak sayang semua sangat-sangat...
p/S:Kalaulah adik-adik baca post ini..ketahuilah sesungguhnya kehadiran antum menguatkan lagi hati ini...

ahlan wasahlan to EGYPT!!!

ku mencintaimu keranaNYA

Di atas takdirNya kita bertemu
Tanpa pernah terdetik kita akan bersatu
Berada di atas jalan yang jitu
Mengharapkan redha Allah yang satu

Kita beragam corak fikiran
Kita berbeza asal keturunan
Kita berlainan dialek pertuturan
Kita berbeza minat dan kecenderungan

Namun

Kita berkongsi satu keyakinan
Kita menyembah satu tuhan
Kita memperjuang satu harapan
Kita menukil satu ucapan

Kita tetap akan bersamaan
Walau berbeza medan perjuangan
Kita akan tetap bersamaan
Dengan jaringan ukhuwah tanpa sempadan

Tidak akan kubiar kauberjauhan
Walau kauterjun ke lembah kehinaan
Akan kuusahakan engkau dikeluarkan
Kerana kumencintaimu kerana tuhan

Uhibbukafillah…

salam imtihan semua...

( sebelum bermula... maafkanku andai coretan kali ini agak kurang kena pada firasat dan aura kalian... sekadar lakaran minda yang tak perlu diambil peduli pun...huhu~)


Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh laman ini bersawang tanpa coretan .. apa2 pun alhamdulillah hari ini tergerak hati utk melakarkan isi hati buat tatapan rakan2.. :)

Apa khabar iman kalian hari ini? apa khabar jasad kalian?
kedua2nya cukup makanan ke? moga2 kita tak menjadi orang rugi di dunia dan paling serta lebih utama di alam Baqa' kelak... ameen~

Saat ini anaf merasakan bagai berada pada satu dimensi dunia yang lain dan baru... amat2 berbeza sama sekali...

Cuba anda bayangkan, perkara yang berdalil dan dianggap paling sahih sebelum ini perlu diputarkan pada sudut lain dalam hampir 360 darjah...

Benarkah ana akan beralih dunia?
terimbau kenangan saat bersama mereka.. merasa halawatul mahabbah dan bersufi haraki...

ops..! benarkah ana bersufi haraki?? ataupun sekadar haraki semata2...?!

Dosa bertimpa2 entah bila akan pulih semula seperti fitrah asal kejadian... =(
mungkin dan mungkin mereka yang lain tidak sepertiku... mereka berharaki tanpa noda dan maksiat...
mereka benar2 menyahut seruan "gerakerja Islam yang syumul lagi teragUng"..!

Saat ini ana terfikir.. bagaimanakah dengan ukhwah dan ribatan hati yang terjalin andai jalan berputar darjah yang kupilih??
Sanggupkah ana hidup tanpa mereka yang banyak menyokong n mendokongku tanpa penat dan lelah??

(..berfikir dan terus berfikir..)

Namun aku dah punya jawapan untuk semuanya...
kerohanian... rabithah yang amat mengikat setiap denyutan jantungku...

Biarlah segala2nya ingin berubah wajah sekalipun... namun, kebahagiaan hakiki yang kudamba saat ini...
Ya..! aku tak akan berpaling arah... insya Allah.... ^_^

"MAAFKANKU SAHABAT, ANA TIDAK SEBERSIH DAN SESUCI KALIAN..!"
~~KiTa MaSiH SaHaBaT~~~ :)


apa2 pun hidup perlu diteruskan... imtihan di MALAYSIA sudah menampakkan bayangnya walaupun diri belum merasai bahangnya kerana imtihan ana di mesir ini lama lagi.....huhu~
selamat berjuang sahabat-sahabat di malaysia...ana hanya mampu doakan antum semua dari jauh..
sama2 kita pulun ye...!

**IMTIYAZ DUNIA AKHIRAT**biiznillah~~ :)