Oct 12, 2011

istikharah cinta memanggilku..

Sufi,buah hatiku..ini kisahku untukmu....

''meera,kadangkala ada sesetengah perkara yang kita perlu serahkan bulat2 hanya kepada ALLAH,sebab kita ni manusia biasa yang tiada kudrat,so,serahkan jer,insyaALLAH ada jalannya''

perbualan didalam kereta dengan makcik ana selepas minum petang di restoran Maju Ahmad di Bukit Rahman Putra.ana dapat rasakan nasihat yang sangat bermakna dari seorang makcik ana sangat ikhlas dari hatinya..biarpun sebelum ini memang semua perkara ana serahkan hanya kepadaNya..tapi perkara yang kami bincangkan sewaktu di restoran itu mungkin ana pandang sebelah mata sahaja..

''bukannya kitaorang tak setuju..masalahnya korang berdua ni jauh antara satu sama lain..''

ye,memang ana akui benua yang memisahkan kami menjadi salah satu faktor keluarga ana tidak setuju dengan lamarannya..oleh itu,istikharah masih menjadi amalan seharian.petunjuk ALLAH masih samar-samar ana rasakan.tapi,keyakinan yang dia bukan jodoh ana sangat kuat..mungkin ana bukan antara hambaNya yang terpilih untuk mendapat petunjuk melalui mimpi.namun,ana yakin ALLAH mendengar doa ana..

''ya ALLAH,mungkin bukan mimpi yang menjadi petunjukku..andai keyakinanku untuk menerimanya tinggi,maka tetaplah Engkau bersama-sama denganku dengan pilihan ini.dan andai keyakinanku untuk menolak lamrannya tinggi,maka tetaplah juga engkau masih bersama-sama denganku..aku hanya perlukan Engkau ya ALLAH walau apapun pilihan yang akan aku lakukan.oleh itu,bukakanlah pintu hati orang2 yang berada disekelilingku untuk mnerima apa pun jua keputusanku''

ketika minum petang di restoran tu,ana sengaja mengorek rahsia daripada makcik tentang perbincangan keluarga tentang ana.sebenrnya hajat ana telahpun mereka ketahui sebelum ana balik ke malaysia.hasil discussion keluarga???..jeng3x..ana tahu,mereka sayangkan ana dan ana juga sayangkan mereka semuanya..:(

''cik ani,ya faham kalu semua orang setuju dan ya faham jugak kalu semua orang tak setuju''(sambil ana lemparkan senyuman yang sangat manis kepadanya..hehe)

banyak sebab kenapa ana faham walau apa pun keputusan yang mereka pilihkan untuk ana.dan pada waktu perbualan antara kami berdua ana cuba sedaya upaya ana untuk membuka pintu hati supaya ana dapat menerima keputusan mereka.
cik ani tahu dan faham perasaan ana..sebab dulu dia pun seorang remaja..dia pernah melalui apa yang ana pernah rasa tapi ana belum merasai apa yang telah dia rasakan..

''macam ni la,kita orang semua setuju, kalu satu universiti atau satu tempat belajar.itu x apa..memang bg greenlight walaupun waktu belajar..tapi,kalu jauh antara satu sama lain banyak perkara yang perlu difikirkan..kitaorg satu keluarga nak memudahkan mera,bukan nak menyusahkan''

minda terbuka luas,hati terasa tenang,jiwa terasa kasih dan mata terasa ingin mengalirkan air hujan di sudut hati yang setelah sekian lama bertakung..tapi,ana tahankan juga..bukan ego,cuma hanya mahu menyimpannya untuk Dia mendengar rintihanku..
Rusia-Mesir,memang jauh.tiket flight nak ke rusia pun mahal..bukannya mcm kl-kuala selangor..45 minit pun sampai..ana akui,perkenalan yang sangat singkat itu ALLAH izinkan cuma jodoh yang berpanjangan mungkin tidak tertulis di lauh mahfuz cuma ia sebagai ujian untuk kami kepada cinta yang lebih Esa..dan ana pasti perkenalan melalui orang tengah tu bukan salah satu faktor keluarga ana tidak setuju..sure.everythings is ALLAH will....

mungkin selepas ini ana cukup kuat dan tabah untuk menghantar email kepada dia ''pada angin aku berpesan'' ,bermaksud 'kau takdirku di syurga' atau lebih mendalam lagi..'saya tolak lamaran awak'..ya ALLAH,kuatkan hambaMu ini.ana yakin,keluarga sentiasa memberi sokongan yang kuat hebat untuk ana..

untuk kak rehan dan kak ain:terima kasih kerana sudi menyampaikan hajat kepada famly kita dan terima kasih juga memberi semangat.
kepda makcik2 dan pakcik2 yang sudi luangkan masa untuk memberikan pendapat dan pilihan,syukran juga ya ucapkan.
untuk nenda yg sngat disayangi,syukran doa nenek untuk memberikan ya kekuatan..
untuk abah dan mak:ya xkan lupa janji tu...tapi rasanya ya akn langgar peraturan tu..maaf...

***kita tidak pernah bertemu,tetapi ketentuan ALLAH membuahkan rasa yakin awak terhadap akhlak saya.asif alfu,keputusan keluarga adalah yang terbaik setakat ini dan ana juga yakin terbaik untuk kita.jzkillah,xakan ana lupakan email yang telah diterima 7 bulan lalu***

''pertama sekali ingin ana memohon maaf seandainya kedatangan email ini bisa mengocak tenang tasik hati anti.bukan niat ana untuk menuba kejernihan air yang mungkin sudah tersedia rusuh di dasarnya tapi sekadar mengharap agar kail yang ana lemparkan ke perutmu bisa terbalas dek khazanahmu yang tidak ternilai.kiranya tiada rezeki buat ana.ana pasrah menjunjung takdir.namun ana tetap mengharap agar kail ana bisa tersangkut jua sekalipun oleh kerana serpihan kayu busuk.agar tetap terubat hati ana melihat hasil yang pasti paripada memandang sepi kail yang tidak terusik.berilah jawapan anti,seirama buat ana yang setia menunggu''

sekalipun jawapan yang ditunggu hampir setahun,kita tetap sabar menanti keputusan ALLAH..maaf sekali lagi..kau takdirku di syurga kelak..

**END**

Buat bakal suamiku yang tidak kuketahui siapa,dimana dan bila waktu bertemu,

Assalamualaikum..
Jika namamu yang tertulis di lauh mahfuz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita,tugasku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku,wahai seseorang yang tertulis di lauh mahfuzku,imamku,dan ayah untuk anak2ku,engkau yang membersamai perjalannku nanti,aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu,memantaskan dirimu untuk menjadi imam bg tulang rusukmu dan buah hatimu kelak


Strive for Mardhatillah