Nov 17, 2012

peringatan untuk diri saya dan anda



sebelum saya terlupa dan terleka,ingin saya mengingatkan kalian untuk mengingatkan diri saya bahawa blog ini ditulis  bukan untuk meraih apa-apa pujian mahupun publisiti.
cuma sebagai peringatn kepada diri sendiri.
janganlah anda tersalah anggap.sesungguhnya,pesanan-pesanan yang hadir didalam diri kadang-kadang mengalirkan air mata dan membuatkan diri termuhasabah seketika.dan bukan sahaja terkena dibatang hidung(ada org pesan,jangan smpai terparah plak,nant x comey >_<) malah mengetuk iman didada.

jujur demi Allah,blog ini ditulis sebagai wasilah untuk memperbaiki diri setelah penat bersama kegelapan.ingin saja terus menyah karat jahiliyah yang ada didalam diri satu ketika dahulu.

apa yang saya harapkan adalah doa dari kalian,sokongan dari semua semoga jari jemari ini terus tsabat untuk menekan punat-punat laptop mahupun telefon.

akhir kalam,jazakumullah in advance :-)

Strive for Mardhatillah

kita antara yang terpilih

Assalammualaikum wbkt..

Kembali bernaung di bawah rahmat Ilahi. Dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menikmati kemanisan iman dan islam.saya  hadiahkan perkongsian ini kepada mereka yang telah berusaha, bertungkus lumus mendamba kasih Ilahi. terutamanya kepada mereka yang membwa beban dakwah ini.

  Wahai pencurah kasih sayang dan teman manja, akan saya ikhtiar supaya ganjaran mu disaksikan oleh semua di yaumul hisab kelak. 

  Wahai pencurah senyuman manis dan ceria, tiada lain yang ku pinta untuk kalian selain dari rahmatNya. Sangat bertuah daku bersama kalian, hanya Allah yang dapat memberi ganjaran yang setimpal.  

  Kepada pembimbingku, murabbiku, guruku, kanku pastikan ilmu kalian tidak terputus. Kepada sahabatku, doakanlah diri ini, saya sedar akan tugasan yang tertangguh. Duhai sahabatku di dunia gemilang, sabar dan berpegang teguhlah pada tautan ini, supaya dapat kita sama-sama kembali kepada fitrah yang sebenar. Hanya sekalung doa rabithah yang dapat saya usahakan untuk menjaga persahabatan ini, bersabarlah, janganlah mudah hanyut disisi taghut yang sentiasa berazam untuk memusnahkan kita anak adam.

Duhai akhwat wa ikhwah fillah, berpaksikan jasad yang sihat, akhlak yang mulia, akal yang intelek, kekuatan untuk berdiri sendiri, aqidah yang sejahtera, ibadah yang shahih, pengurusan masa yang bijak, tersusun dalam urusan dan berguna untuk orang lain,

bukankah dulu kita telah berjanji kepdaNYa akan memikul beban dakwah ini bersama?adakah kita telah terlupa pena telah diangkat untuk menjadi penyambung khalifah di abad ini?

takdir Allah telah menyatukan kita,takdir Allah juga kita telah terpilih antara mereka.sama2 kita tetapkan hati agar menjaga hidayah yang tidak ternilai itu.simpan kemas-kemas didalam kotak besi agar tidak diambil kembali olehNya.ingat!!hati itu Dia yang pegang.sekelip mata sahaja DIa bisa membolak balikkannya.

salam ukhwah wa mahabbah fillah

p/s:siapa makan cili terasa pedasnya(owh teringat,masakan waktu program semlm sgt pedas),siapa baca entry ini diharap terketuk imannya.

*semoga ikatan ukhwah kita ibarat rantaian tasbih yang tiada penghujungnya:-)
Add capt




Strive for Mardhatillah

saya kembali keranaNya

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbkt..

lama rasanya saya tidak menambah entry baru dalam blog yang hampir usang ini.terlupa pada hak yang sepatutnya saya sampaikan pada semua.terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama sepanjang blog ini ditinggalkan.
ini semua kerana kesibukan mengutip mutiara ilmu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan pada blog ini.
walau apapun,saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menambah apa2 ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama khususnya untuk diri saya sendiri yang terlalu banyak sangat kekurangan ilmu.

kadang-kadang dek kerana kesibukan mengejar dunia kita terlupa ada yang lebih penting untuk kita kejar sebenarnya..kita terlupa kita ada khaliq yang menciptakan kita.dan kita juga terlupa apa tujuan sebenar kita dihidupkan didunia ini.

sekadar untuk mengingatkan semua dan paling penting diri ini,perbaikilah dan perbanyakkanlah niat dalam segala amalan yang kita lakukan.pesan saya,sertakanlah niat kita dengan keikhlasan yang benar-benar ikhlas kerana sesungguhnya niat tanpa ikhlas itu ibarat debu-debu yang berterbangan.makanya,sia-sia sahaja niat dan amalan yang kita lakukan..nauzubillah..

sepanjang saya meninggalkan blog ini tanpa entry baru,terlalu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan saya.seminit pun Allah telah tetapkan bermacam takdir,inikan pula setahun.bila difikirkan semula,terasa manis hidup ini dengan pelbagai ujian dan mehnahNya..ibarat pelangi yang muncul selepas hujan.menatap pelangi itu kadang-kadang bole membuatkan saya trsenyum sendirian :-).

ingin sekali saya berdoa agar Allah menetapkan hati ini untuk terus berada dijalanNya dan juga terus menulis untuk dimanfaatkan oleh orang lain khasnya oleh zuriat saya kelak(seperti yang saya katakan tujuan utama blog ini ditulis).wallahua'alam.



Strive for Mardhatillah