Feb 10, 2011

aku disunting??

salam wbkt..
keluar sahaja dari Kuala Lumpur International Airport,ana ternampaka senyuman manis kakakku yang kedua dari jauh yang sedang menunggu di kereta..

dia memang mengambil keputusan yang tepat untuk tidak menunggu ana di dalam airport..
Fuhh!!sangat ramai orang dan wartawan di dalam..
ana dan rakan-rakan yang lain jugak cuba untuk lari dari mereka supaya tidak diwawancara..kihkih..
alahamdulillah selamat..

selang beberapa minit dalam kereta ana terus call orang-orang tersayang untuk mengkhabarkan bahawa ana sudah selamat sampai di tanah air tercinta..

orang pertama yang ana call adalah nenek..

nenek:da balik?alhamdulillah...bila sampai..bla3x...
(macam-macam ditanya)..aduh nenekku ni...
bila nak balik umah nenek??
ada orang dah lamar mera ni..
dia nak bg mera kereta dengan duit sekali..
(terkejut+kelu lidah untuk berbicara)
betul ke nenekku ini?
aduh!!!
cepatlah sayang balik umah nenek..lepas ni tak payah balik mesir lagi..what???(hati menjerit meronta)oh tidak!!!!cintaku disana....iluvegypt..

selepas meletakkan handfon,ana terdiam seketika..tanpa disedari,kakakku sedar dan bertanyakan kenapa..

ana membuka mulut dan beritahu apa yang diperkatakan oleh nenek..
hahaha(gelak hantu kakakku memenuhi ruang keretanya)

then,mulalah dia ceritakan perkara yang sebenarnya...
ooooooooooooooooooooo..rupanya...
perkataan lamar disitu membawa maksud ana telah dipertanggungjawab oleh mkcik untuk menjaga nenek dan anaknya yang berusia 2 tahun..fuhh!!
so,sebagai ganjaran,dia akan meminjmkan kereta +duit gaji selama ana menjaga baby tua dan baby kecil..kihkih..

lega!!nenek saje je wat gempaq..hebat lah nenek ni..
apa2 pun ana akan balik ke kg sabtu ni untuk memulakan tugas sebaai nanny kat umah tu..

doakan ana...

kanvas mayaku

ASsalamualaikum Sufi,
kalam rindu kusampaikan untukkmu..

Sudah lama berlegar di ruang minda, sesuatu yang ingin dikongsikan segera dilupuskan untuk berkongsi dan hasilnya sekadar monolog sepi di ruangan hati. Kata-kata yang dibiarkan berlegar di minda dan sesekali 'berbual' bersama Qarin yang menemani. Pesan dari seseorang buat jiwa ini kembali merenung dan muhasabah, bukan semua cerita boleh dikongsikan di dalam kanvas maya maka biarlah tersimpan di dalam diari hati akan segar dengan monolog-monolog yang berlagu di jiwa. Hanya insan tertentu yang dapat mentafsir rasa atau cukup sekadar tatapan diri.


Awalnya, kanvas maya ini berkisar kehidupan sendiri dan sekadar perkongsian seorang anak dan hamba untuk bertatih di alam maya dan Ana sendiri terasa bebas menulis mengikut rentak hati dan perasaan namun lama-kelamaan kebebasan umpama diragut tatkala menyedari bahawa orang yang membaca blog ini bukan hanya diri ini.


Terlalu banyak perkara yang terjadi sejak akhir-akhir ini. Terjatuh, tersungkur kembali bertatih.

Kononnya memberi semangat kepada para dai’e! tapi diri terus melangkah longlai.. tapi terus berusaha bangkit untuk menyuntik semangat sendiri.

Rupanya terlalu banyak yang ALLAH ingin tunjukkan.

Malunya ana…

Benar, sabar itu perlu terus dijadikan teman dalam medan inI

ampunkan aku ya ALLAH

Semalam ku berjanji Pada diriku ini & jua kepada diriMu Daku telah berjanji Tak akan mengulangi kesilapan kulakukan kelmarin Tapi hari ini Kau saksikan Diri ini telah lakukan Dosa yang kujanji takkan ku ulangi Rasa seperti telah hilang percaya pada diri Dan rasa amat malu untuk menghadapMu Kerna ku sering mungkir janji pada diri sendiri Oh Tuhanku kuharap keampunan dariMu Oh Ya Allah, Telah kurasa seluruh nikmatMu Umpama istidraj yang menggunung tinggi Kerna kesilapanku yang sendiri tak mampu Untuk Iltizam pada taubatku...Oh Tuhan Oh Tuhan kuharapkan..Kau ampunkan dosaku.Hulurkanlah padaku maghfirahMu Ku sedar diri ini hanya hamba yang lemah Oh Tuhan Kau terimalah taubatku..

tawakal jalan terbaik hadapi dugaan hidup

Assalaamua'alaikum.............

Alhamdulillah, bersyukur kita ke Hadrat Allah SWT, kerana kita semua masih lagi dapat menikmati nikmat daripadaNya dalam berbagai anugerah yang sangat besar nilainya. Semuanya itu memerlukan kepada motivasi dan kesungguhan dalam ilmu dan amalan untuk mencukupkan syarat sebagai seorang mukmin yang mengharapkan keredhaan Ilahi, Amin..............


Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah
KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.


Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?

Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.
Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.
Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.

Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.
Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)



Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.

P/s Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

masih terkejut dengan apa yang berlaku pada diri semasa di egypt..trauma dan fobia cuba dielakkan supaya tidak berpanjangan..semoga ALLAH menurunkan bantuan kepada shabab2 mesir untuk mempertahankan hak2 mereka..
terasa diri bersyukur kerana berada ditengah-tengah kekalutan yang berlaku