Nov 26, 2012

doakan mereka!

Bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya hari ini saya masih lagi dapat menghirup udara yang segar,masih lagi dapat menikmati rezkiNya,masih lagi dapat bersujud kepadaNya,masih lagi dikurniakan anggota tubuh badan yang sihat untuk saya melakukan amal,dan masih lagi diberikan kudrat untuk menitip secangkir kata-kata di blog ini.insyaAllah..

walaupun sebenarnya,telah berhari-hari saya tangguhkan untuk menulis tapi Dia masih lagi gerakkan hati saya untuk luangkan masa berkongsi disini.

sekadar ingin mengimbau dan lebih kepada mengingatkan diri juga pembaca,saya yakin anda semua tahu tentang apa yang berlaku di Gaza waktu ini.

disebalik kegembiraan kita menyambut 1 muharram,tapi saudara seislam kita di Gaza sana menyambut bom dan butiran peluru bertubi-tubi dari israel laknatullah..

disebalik kita sedang lena dibuai mimpi atas katil yang empuk dan dalam rumah yang selesa,tetapi mereka disana,bersengkang mata menjaga saudara dan ahli keluarga yang cedera.bukan itu sahaja,bahkan mereka sibuk menanam para syuhada.Allahurabbi!!

disebalik kekalutan yang melanda bumi Gaza,kita seronok bersorak gembira meraikan hari percutian.makan makanan yang enak serta lazat bahkan dibuang jika berlebihan.sedang mereka??

wahai saudaraku ikhwah akhwat fillah,saya tahu anda bukan jenis manusia kejam yang saya maksudkan.
saya tahu anda semua berebut menambah medan pahala dengan melakukan terlalu banyak perkara untuk rakyat palestine.

anda mengadakan kutipan derma,berjual beli dan disedekahkan kepada tabung palestine,mengadakan konsert amal palestine dan lain-lain..

sungguh!!saya kagum..semoga segala usaha yang anda lakukan dipandang dan dikira Allah.yang penting tajdid dan perbanyakkan lah niat kita semua walaupun sekecil-kecil perkara.

cuma satu pesanan saya,jika anda tidak mampu untuk menyumbangkan wang harta mahupun tenaga,ada satu lagi peluang untuk anda membantu rakyat palestine.iaitu...

qunut nazilah..


bacalah tiap-tiap hari dan lebih baik beserta maksudnya :-)..biar Allah sahaja yang mampu membalas kekejaman israel itu..

Allahua'lam..


*saya sangat cemburu pada orang-orang gaza yang mati syahid..
tempat mereka disyurga :-)

tempat kita??


Strive for Mardhatillah