May 17, 2011

takdir Dia yang pasti

pernah mengeluh bila kita dtakdirkan ditimpa sesuatu musibah..
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Dia tak kan kurniakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya...


Bila Dia menjemput insan tersayang menghadap Dia dulu...
Tenanglah...Doakan sebaiknya..
Allah lebih menyayanginya...
Semoga merea ditempatkan dengan para solehin..Amiin..


Bila Dia takdirkan benda kesayangan kita hilang...
Tenanglah...refleks diri kta...
Mungkin benda tu dah melalaikan kita kepadaNya...
Atau..mungkin kita tak mampu menggunakan benda itu sebaiknya ke jalan kebaikan..


Bila Dia takdirkan kita belajar dalam suasana yang sangat2 tak selesa untuk kita..
Bersabarlah...Dia nak kita faham segala situasi...
Supaya kita mudah menerima ilmu walau keadaan sesukar mana..segetir mana...


Bila Dia takdirkan seseorang melukakan hati kita...
Bersabarlah...Allah nak kita ingat Dia lebih daripada kadar yang biasa...
Bila kita sedih...kecewa...barulah kta ingat Allah sentiasa ada bersama kita kan...


Bila Dia takdirkan kita terjatuh cinta..
Bergembiralah...kerana ianya satu rasa yang sangat indah..
Terlebih indah jika rasa itu tidak melebihi cinta kita kepada Sang Pencipta Cinta..
Kawal lah ia...jika belum tiba masanya...Peliharalah ia sekuatnya..
Jika sudah tiba masanya...luahkanlah kepada dia yang benar-benar tercipta untuk diri kita..

strive for mardhatillah

May 11, 2011

tercipta untukmu

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Maaf atas bicara yang kadang-kadang melukakan...
Maaf atas tindakan yang kadang-kadang keterlaluan...
Maaf atas kekhilafan yang kadang-kadang tidak disengajakan...


Terima kasih atas kata-kata yang memberikan semangat...
Terima kasih atas senyuman yang tidak henti diberikan...
Terima kasih atas masa yang selalu diluangkan...
Terima kasih atas segala kebaikan yang dititipkan...


Jika kita ditakdirkan bersama..
Allah kan pertemukan kita lagi suatu hari nanti...
Insyaallah...

semoga hidupmu dalam keadaan baik...

ya ALLAH,kuatkan cintaku kepadamU

sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu".

Doa Nabi Daud A.S

~Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda~

selamat hari emak,mak!!

sis n my mum



Assalam...





hari ahad,


pintu bilik diketuk oleh housemate bernama hana saidatul adibah..





hana''kak,selamat hari ibu''...!!!





amboi2 budak ni...





terpikir,hari ni ni hari ibu la...





1st time xdapat sambut hari ibu dengan mak...owhh..rindu dengan mak..hanya ALLAH saja yang mengerti..





8 may 16:34


msg to my mum; ''selamat hari ibu mak!smg mak diberkati ddunia dan di akhirat..doakan keselamat ya(panggilan tuk diri) kat sini..raya ni tak balik..mungkin nak g umrah..doakan mak..mmmuahh"





kalu mak nak tahu,anak mak kat sini tengah rindu sangat kat mak..jumpa mak before flight hari tu rasanya macam taknak lepaskan pelukan itu..


mak.moga itu bukan pelukan yang terakhir..





semoga mak sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh ALLAH...semoga mak sentiasa dekat denganNya...





mak,terima kasih kasih sayang itu..terima kasih pengorbanan itu..


i wish i can hug u till the end of my life..





kalau mak tak ada kat dunia ni bermakna ya akan hilang satu doa yang sgt berharga.,,semoga ALLAH memanjangkan umurmu dengan kebaikan dan ketakwaan...






May 4, 2011

sanah helwah duhai sayangku,


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur Kepadanya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


duhai sahabat,hadirmu dalam kamus hidupku,memberi seribu erti..memberi sejuta senyuman dan tidak terkira kasih sayang ku padamu..andai kau mengerti dan mengetahui tinta hati ku ini,pasti kau memahami..

maaf yang tidak terhingga kupohon darimu kerana kelewatan yang mungkin merobek hatimu..tapi ku ingin kau tahu bahawa tidak mudah kulupakan hari istimewamu ini..cuma kekangan dan jarak masa yang memisahkan kita terpaksa kuhadapi..
mungkin ini ujian dari Rabbi untuk kita..

dear Ain.
sanah helwah ya jamilah...
4/5/1991
lahirnya kau kedunia adalah ujian untukmu dan kedua ibu bapamu..
semoga kau gunakan hari yang masih berbaki ini dengan sebaiknya..
apa pun keputusan yang kau lakukan ku yakin adalah yang terbaik untukkmu..
aku,
hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan keberkatan dari tuhan kita,ALLAH..

Ain,teruskan melangkah dan berdiri untuk masa hadapan yang berliku...
be yourself,and treat people like yours..
janganlah kau lemah kerana kau kekuatanku,
janganlah kau tersungkur kerana kau ketabahanku..
andailah kau tahu.....

ana uhibbuki lillah....
from,
Noor ameera Rahmat....




ALLAH bantuilah aku..

salam,
duhai sufiku....

Mata nampak 'tekun' menhadap buku, tajuk :superior mediastinum(anatomy). Dari dekatnya, ada titis-titis air yang bergenang yang tidak nampak di pandangan org lain. ya, hatiku masih menangis...setelah puas kupujuk, ia masih gagal utk berhenti... baris demi baris dlm perenggan buku tersekat2.. seolah sakit utk diteruskan. fikiranku bagai terbelah, satu diminta utk fokus, dan satu lagi terbang melayang ke awan. Allah, kau berikan aku ilham petunjuk, untuk aku membuat suatu keputusan. Aku tak mahu ia terbaik utk hatiku, namun aku mahu keputusan yang terbaik dari sisiMu... biar ia menyakitkan untukku, asalkan dalam redhaMu.
Sembuhkan hatiku..wahai Tuhan yang memiliki hati ini...



Setiap kali menulis di ruang ini, ia sbnarnya berselubung dgn rasa-rasa kesedihan. Rasa jiwa yang sakit, dgn hati yg lara... yg bnr2 menyakitkan, yg x mmpu terluah pd siapapun. terkurung dlm penjara hati, yg mampu terluah dgn deraian air mata..
ia suatu perasaan cinta yg sakit..dan membuahkan penderitaan.
Allah, aku hanya minta kepadaMu sesuatu yg bermakna utk diraih di dunia dn di akhirat. Aku hanya dambakan cintaMu, yg seharusnya menjadi utama di hati ini. Kau damaikan hatiku dlm ketentuanMu.. semaikan rasa redha dan ketenangan dlm jiwa ni. Allah, sakitnya... mahu sahaja aku buang ia. Aku mahu terbang tinggi bagai burung, melihat keindahan wajah bumiMu yang mendamaikan...
Allahu Rabbi, Kau tabahkan aku dengan ujian ini, dan aku takkan sama sekali menolaknya..malah kau bantulah aku dlm menyelesaikannya..

Allahu akbar... saban hari, semakin terasa berat jari-jemari ingin menulis.. diari sudah lama kian tidak terusik.. entah kenapa, mungkin itu jua sebab byk yg terbuku di hati ni x mampu diluahkan... pelbagai rasa bersarang di hati, x mampu terluah. ya, saya tak mampu lg menulis di sini.

kadangkala bila difikirkan kembali... mgkin sudah terlalu byk titik hitam menghuni hati... terasa kdg2 Dia juga semakin jauh. bukanlah Dia yang menjauhkn diri, tapi ana sendiri yang menjauhi dirinya.. itulah punca hati kian 'sakit'. kdg2..ingin rasanya nak lari dari diri yg sekarang... sy mahu hati ana yg dahulu yg menghuni di jiwa, tapi sy tahu bukan hati yang patut dicari...tapi Allah. ya, Allah yang patut dicari.

Allah, sesekali tidak hati ini mahu menduakan cintaMu
aku mahu mengasihiMu lebih dari dari yang lain dan diriku
Allah, aku mahu menangis rindu
Aku cuma mahukan redhaMu
Aku tak mahu fikirkan sesuatu yang belum pasti untukku..
Allah, bntu aku yang kian merasakan tidak terbantu..

Engkau lebih mengetahuinya..

andai ini yang terbaik untukku.

Allah, inikah jawapan setelah apa yang Kau aturkan,
Andai ini ketentuan yang terbaik untukku,
Kau suburkanlah jiwaku dengan kedamaian,
Kau benihkan cinta kepadaMu dari umbi kepasrahan,
Kau cambahkan iman saat cintaku berguguran,
Kau mekarkan bunga-bunga cintaku hanya padaMu.

Dalam setiap langkahanku yang tersungkur,
Kau bangunkanlah dengan luka yang menyembuhkan,
Dan parutnya yang terkesan, Kau ganjarkan kebahagiaan di saat pengakhiran,
Kau titipkan rasa taqwa untuk terus bergetar berbicara,
Menundukkan segumpal kelemahan di hati yang lara..

Demi cintaku padaMu,
Kau damaikanlah,
Akan suatu ketentuan yang tertulis,
Dalam kehadiran hatiku kepadaMu.



“Tiada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana”

jika benar Osama mati saya mohon keampunan untuknya

30 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

(sumber harakah daily)

ALLAH sebaik-baik penilai...ya ALLAH,Engkau tahu dimana kebenarannya.....maka,adili lah ia sebaik mungkin...wallahua'lam