Nov 16, 2010

Bisikan Nuraniku....

Bismillah...

duhai Sufi,pengikat kasih nur imani...

hari ini aidil adha...Mesir awal sehari dari Malaysia....agak-agaknya apalh yang sedang dilakukan oleh orang-orang d Malaysia...Rindu tak terkira kepada mereka-mereka yang berkenaan..untuk pengetahuan Sufi,inilah kali pertama ana beraya tanpa keluarga disisi..OOoo..begini rasanya beraya tanpa keluarga.Sedih,tapi bila para sahabiah semua berada di sisi tak teringin plak rasanaya ingin pulang ke Malaysia...ditambah pula kami dihidangkan dengan menu-menu Malaysia..wah!!HilAng rasa rindu itu...

Sufi,ana kira inilah pengorbanan ana untuk tahun ini...Jauh dari keluarga bukan senang.Bukan seronok..sakit....Tapi,Buatlah sesuatu itu hanya kerana ALLAH insyaALLAH Dia sentiasa membantu kita.
.Biarlah burung-burung di langit berkicauan menyanyikan lagu rindu untuk ana kepada mereka..
Biarkan angin terbang menyatakan rasa sayang ana...
dan biarlah hujan gerimis merentakkan kata kasih kepada mereka-mereka yang menyedari ketiadaan Ana..

Jiwa sakit dibiarkan sengsara..hati luka dibiarkan parah..Ubatnya,kasih dan sayang ALLAH sudah memadai..
Namun,ALLAH tidak akan membebankan seseoranng dengan bebanan yang tidak sanggup hambaNya tanggup..Dia kan Maha Mengetahui..Mungkin ana salah seorang yang telah tertulis di lauh Mahfuz..Alhamdulillah...

Sufi,
salam kasih sayang dari ana..tolong kabarkan kepada mereka yang ana baik-baik sahaja disini..Mungkin lebih gembira di sini dari di sana..Engkau kan tahu Fi apa yang berlaku..erm..terima kasih Fi kerana sudi berkorban meminjamkan telinga,hati,mata dan segala anugerah yng ALLAH beri padamu...Inilah pengorbanan mu untukku kan Fi..

Syukran..
my luvly...
Sufiameera...

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Raya haji...korban...



salam raya adha.
.ana terima mesej daripada sahabat..untuk ana kongsi bersama..=)

Daripada Aisyah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidiladha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati. (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

12:03 AM 11/15 Esok, Isnin 15 Nov 2010 bersamaan 09 Zulhijjah 1431H (di Tanah Saudi, bumi Syam dan lain2) merupakan hari Arafah. Jom, sama-sama kita berpuasa menyahut saranan Nabi kita dalam menghayati dan menghidupkan hari yang mulia itu. Bagi insan di tanahair Malaysia kita, anda juga digalakkan berpuasa esok sebagai puasa sunat pada hari Isnin dan hari Selasa jatuhnya hari yang ke 09 Zulhijjah. Selamat menghayati hari Arafah!

11:07 AM 11/16 Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” Riwayat Ibn an-Najjar