Sep 3, 2010

girls...

Way of ALLAH..

indahnya senyuman alam itu..subhanallah...masih lagi kumerasai rahmatmu....hujan turun mencurah-curah seakan menemani diri ini untuk menaip...hati memberontak untuk berteleku seketika mengurai apa yg tersimpul..
yer,mlm ini ALLAH tunjuk jalan..walupun pada awalnya tersalah jalan...ALLAH,U give the best way to me..tq ALLAH..
Masih ku mencari kekuatan
walaupun sukar dicari namun kuyakin akn kutemui
jalan pengakhiran yg paling terbaik..
STRIVE FOR MARDHATILLAH





''trying so hard to close wif my Creator coz i know this month of ramadhan is only once in a year..


oh ALLAH..is there any ramadhan for me??


oh ALLAH,U are the Most Forgiver and The Acceptor of Repentance


can U accept my repent?


sory ALLAH for all my mistakes that i've done to U..


U never mad to me..but,U still give me rewards..


U never open my aib's..althougth sometimes i forget who am i...


how awesome U!!!




just want to say,SYUKRAN oh ALLAH for all ur ni'mat that U gave to me...




wanna to be a GOOD SERVANT!!!
STRIVE FOR MARDHATILLAH

tinggallah mereka..

assalamualaikum sufi,pena hatiku..
lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk ana tinggalkan orang2 tersayang..tidak mampu rasanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka..cuma apa yang ana ingin luahkan adalah sebuah puisi untuk mereka...

ex srk dato' manan,samtk,smk sec 18,mtsm kepala batas,km penang..

Selamat tinggal sahabatku
Kau kan pergi berjuang
Menegakkan cahaya Islam
Jauh di negeri Seberang


Selamat tinggal sahabatku
Ikhlaskanlah dirimu
Iringkanlah doa restuku
Allah bersama slalu

Kau berjanji dalam hati
Untuk segera kembali
Menjayakan negeri ini
Dengan ridho Ilahi


Selamat tinggal sahabatku
Kau kan pergi berjuang
Menegakkan cahaya Islam
Jauh di negeri Seberang

Selamat tinggal sahabatku
Ikhlaskanlah dirimu
Iringkanlah doa restuku
Allah bersama slalu

Kalaupun tak lagi jumpa
Usahlah kau berduka
Semoga tunai cita - cita
Raih gelar syuhada


Selamat tinggal sahabatku
Selamat tinggal sahabatku
Selamat tinggal sahabatku
Selamat tinggal sahabatku
Selamat tinggal sahabatku
Selamat tinggal sahabatku

p/s: duhai sahabat,andai antum baca post ni,ingatlah..ana sayang antum semua kerana ALLAH..=)

disuatu tempat

Rinduku pada tempat itu,
kesibukkannye,
ketensionannye,
kesesakkannye,
jeritan-jeritan di dalamnye,
keluhan2 yang terluah kala genting,
kedekatan denganNYA..


semua nya ku rindukan..


adik-adikku,
bilikku yang nyaman,
sahabat-sahabatku,
sujud dan ruku' bersama-sama,
coolsem kami,
pokok dan binatang,
mak cik-mak cik ds,
surau dan kenangan kami disitu,
generasi2 yang akan berpisah selepas ini..


Ya Allah ku rindu pada semuanya..


meski aku bisa kembali kesana
tapi bukan lagi sebagai penghuninya


Ya Allah rahmati tempat itu dan setiap penghuni yang keluar dan masuk ke situ
Ya Allah rahmati semua lapisan generasi
dan thabatkan kami atas jalan ini


saya merindukan kesibukan disana,
tidur yang tidak pernah cukup,
transportation yang banyak memberi pahala pada kami,
kerana jauh jalannya dan lamanye menunggu


Benarlah pesan murabbi kami,
"diam membuahkan kaku"
"tidak bergerak itu tidak sihat"
"tidak bekerja itu mati"


Setakat ini hanya tangan yang banyak bergerak,
Kaki hanya bisa bergerak bila berpeluang,
banyak lagi kosongnye,
owh !


bicara rindu pada sebuah kenangan
kerana kehidupan akan membuahkan kenangan lain pula
selepas ini
mengumpul kenangan
moga mampu dengan senyum
menghadapNYA.
kU sangat merindui tarbiyah dibumi SAMTK,MRSM KEPLA BATAS dan KMPP
duhai sahabt,duhai teman...kalu la masa boleh dputarkan kembali..akn kuhargai masa2 yg dberikan....

dpetik dari sebuah blog..

"Usrah itu dimulakan dengan Surah al-Fatihah. Diakhiri dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr"


Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.



Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,



Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.



Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...



Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:



"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."



Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.



Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.



"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".



Kataku,



"Benar dan salah". Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.



Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:



Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?



"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)


Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)



Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

STRIVE FOR MARDHATILLAH

(''D)

sahabat1: dia tgh tengok kita la!!!
sahabat2: eh, yekew? mana kau taw?
sahabat1: iye...aku taw la...
sahabat2: tudung aku ok x?
sahabat1: ok...dy x kesa pun la...
sahabat2: em...cool gile! betoi dy x kesa?
sahabat1: yup, dy x pndg tu sume. dy tengok ni. h.a.t.i
sahabat2: cop, sape dia tu?
sahabat1: DIA
sahabat2: (betol...dy tgh tgok akula.) senyum.
"jom, ikut skema Allah n Rasul...insyaAllah, full mark!"

pengembara ILAHI

''daku sedang dalam perjalanan menujuMU..
sedang mengembara mencariMu..
sedang bersiar-siar menikmati keindahanMu..
sedang mengumpul bekalan untuk berjumpa denganMu..
tuhan,bantulah aku,insan yg berjiwa lemah dan beramal kurang ini..
ALLAH,kumemohon agar pengembaraan ini diredhai olehMu..''
let me alone wif U please.......
sufi,=(

Antara realiti dan semalam...

12 Mac 2009

Ahhhh!!!! Aku tersedar daripada tidur seolah-olah ada sesuatu yang menganggu kematian sementaraku diwaktu dinihari. Keadaan di sekeliling agak menyeramkan kerana tiada satu cahaya pun yang mampu menyinari ruang bilikku, di tambah pula dengan suara burung hantu yang mampu menegakkan setiap bulu roma yang terdapat di badanku. Jam di tanganku telah menunjukkan pukul 4 pagi. Penelitianku terhadap anak jarum menyebabkan aku begitu teruja. Alangkah bagusnya aku menjadi seperti engkau wahai jam, berkejaran dan berlari-lari bersama-sama seumpama adik kecil yang menginginkan kehadiran abang di dalam kehidupannya

Sedang aku menggelamun di dalam angan-anganku, angin bertiup halus di setiap susuk tubuhku bagai menolakku agar bangun menunaikan kewajipan ibadah sunat hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Tetapi apakah daya melihat keadaan diriku ini yang uzur lahiriah daripada sudut pandangan mata. Inilah takdir Tuhan Yang Maha Menentukan. Kakiku cacat sebelah dan boleh di katogerikan sebagai orang kurang upaya (OKU). Kehilangan nikmat yang Allah kurniakan sementara kepadaku berpunca daripada kemalangan ngeri dua bulan lepas yang meragut sejumlah ahli keluargaku kecuali diri ini. Kini aku hidup keseorangan tanpa ada teman yang mampu menemaniku bila saat aku dalam kesusahan menjalani hidup yang begitu bermakna. Cuma kini yang banyak membantuku dalam memberi kebahagiaan bukanlah seorang manusia tetapi seekor haiwan yang tidak diberikan akal oleh Allah kepadanya.

Aku cuba untuk menggagahkan diri untuk bangun daripada kamar tidurku dengan bantuan sebatang tongkat yang di perbuat daripada kayu yang diukir halus. Aku terus berjalan menuju ke bilik air dan terus mangambil wudhuk. Selapas aku menunaikan solat tahajud 2 rakaat, aku bermunajat kepada tuhan dengan menadah tangan ke langit seraya memohon keampunan. Tanpa aku sedari, air mata suci yang boleh memadamkan api neraka kelak gugur membasahi pipi yang kegersangan. Aku teringatkan kembali peristiwa sedih yang mampu menggugat keegoistikan seseorang menjadi lembut. Kenangan buruk inilah yang sentiasa menusuk dan terpahat di hatiku sehinggalah aku meninggalkan dunia yang fana ini.


4 Januari 2009 (imbasan)

Man, bangun Man !!! Bangun !! Ibu mengejutkan aku supaya bangun daripada tidur. Astaghfirullah, mengigau rupanya aku. Bajuku habis lencun dibasahi oleh peluh yang mengalir. Aku teringat akan mimpi yang menyerangku seolah-olah seperti seekor singa yang mengejar satu-satunya mangsa setelah berjuang bermati-matian. Sewaktu itu, aku bersama-sama dengan keluargaku pergi berkelah di tepi pantai berdekatan dengan sebuah pokok yang indah setinggi dua orang dewasa. Aku melihat keseronokkan yang di gambarkan oleh kedua orang adik beradikku, Azman dan Azmin berdasarkan keriangan yang dipamerkan oleh keduanya. Pembinaan istana pasir sedikit sebanyak membuatkan perasaanku begitu teruja melihat kebolehan yang ditunjukkan oleh mereka. Kesungguhan mereka menyebabkan segala pergerakan di sekeliling telah diabaikan walaupun panggilan ibuku sering kali memanggil mereka balik ke tapak perkelahan. Setelah beberapa kali dipanggil, barulah mereka kembali ke pangkuan asal untuk mengisi perut yang sedang kelaparan. Dalam masa kami menikmati hidangan serta ketenangan yang jarang didapati di kawasan bandar. Tiba-tiba, aku terdengar satu ngauman enjin kereta yang tidak aku tahu di mana datangnya bunyi tersebut. Aku cuba mencari koordinat asal bunyian yang dikeluarkan oleh kereta itu dan alangkah terkejutnya aku apabila aku terpandang sebuah kenderaan memecut laju ke arah kami. Aku mula berasa panik dan kaku seolah-olah segala wayar yang ada di dalam kepalaku putus dan berlakunya “Short Circuit”. Tidak terucap walau satu patah perkataan pun daripada mulutku. Dadaku mula berdebar-debar kesan daripada keluarnya hormon adrenalin dan aku merasakan waktu yang tajam seperti pedang menjadi sebilah keris yang tidak mampu untuk memancung kepala manusia. Masa begitu perlahan sehinggakan segala perbuatan di sekeliling aku turut menjadi perlahan selambat masa. Tanpa sempat untuk aku mengelak, aku dilanggar dengan hentaman yang sangat kuat dan menyebabkan aku tercampak ke belakang sejauh lima meter. Pada masa itu, merasa juga aku menjadi seperti seekor burung yang berterbangan bebas di udara dan dalam masa yang sama juga,banyak darahku yang keluar membasahi bumi seolah-olah mahu lari daripadaku. Saat itu dunia tidak manjadi realiti bagiku dan segala bayangan yang ada semua menjadi kabur. Aku dapat merasakan rohku seolah-olah direntap keluar daripada badan yang sedang mengalami kesakitan………..

Setiap hari keasyikan memikirkan peristiwa dalam mimpi semakin menjadi-jadi. Mimpi yang dialami dirasakan seperti satu kejadian yang mungkin betul-betul akan berlaku kepada diriku. Aku tidak mahu mimpi yang mengejarku menjadi satu realiti dalam kehidupan. Aku menabahkan diri dan terus manganggap kejadian ini adalah satu mainan mimpi semata-mata…


11 Januari 2009(imbasan)

Man, hari ini ibu dan ayah mahu membawa Man dan adik-adik pergi berkelah di tepi pantai. Suruh adik-adik tu bersiap sedia, dalam pukul 10.00 pagi kita akan bertolak ke Danga Bay. Kata ibu dengan penuh semangat. Ibu sangat berharap agar dengan rehlah yang dilakukan dapat meneratkan lagi jurang yang terdapat di kalangan ahli keluarga. Tiba-tiba, aku seperti diserang satu ketakutan. Jantungku rasanya seperti hendak tercabut bila teringatkan kembali mimpi buruk yang hampir mirip dengan keadaan sebenar di mana mimpi ngeri berlaku di tepi pantai. Adakah kejadian ini betul-betul akan berlaku? Persoalan ini sentiasa bermain di pemikiranku. Tidak mungkin kejadian ini akan berlaku. Aku membidas seratus peratus persoalan diriku. Segala persiapan telah aku sediakan dengan sebaik-baiknya dan dimasukkan ke dalam kenderaan buatan Jerman. Maka bermulalah perjalanan yang agak mendebarkan jiwaku…..

Di dalam perjalanan, aku menceritakan kejadian yang menimpa aku di dalam mimpi yang lepas. Aku berusaha untuk meyakinkan ibu dan bapaku kemungkinan peristiwa itu akan berulang lagi. Tetapi reaksi mereka yang diterima oleh aku adalah sebaliknya. Mereka terus mengasak aku dengan kata-kata yang mengurangkan keyakinan yang ada di dalam diriku. Aku pasrah dengan segala apa yang diperkatakan kepada aku. Sedikit terguris perasaanku bila dilayan sebegitu. Sesampainya aku di sana, pemilihan tapak dilakukan oleh bapaku dan yang hanya aku perlu lakukan adalah mengangkat barang dan menyusun di atas tikar yang berharga RM50. aku bergambar bersama keluargaku untuk dijadikan kenangan di hari kemudiaan sebelum memulakan aktiviti seperti yang dirancang. Selepas selesai segala aktiviti, kami balik ke tapak perkelahan kecuali Azman dan Azmin yang sedang sibuk membina istana pasir yang mereka idam-idamkan. Tiba-tiba, ketakutan kembali menujah dadaku sehinggan menyebabkan mukaku berkerut seribu wajah. Peluh mula menampakkan dirinya dan terus jatuh ke bumi disebabkan wujudnya tarikan graviti. Aku mengajak ibu dan bapaku pergi bersiar-siar, tetapi mereka menolak permintaanku denga alasan untuk melepaskan lelah kepenatan. Ibu memanggil adik-adikku supaya kembali ke tapak perkelahan untuk menjamu selera selepas penat bermain

Seperti yang diduga selepas 5 minit berehat, kedengaran ngauman enjin sebuah kereta laju memecut ke arah kami. Aku cuba menghalang keadaan itu daripada terus berlaku. Aku berlari dengan pantas menuju ke arah keluarga selepas membasuh tangan untuk memberi amaran tetapi tidak sempat. Kereta itu sudah terlalu hampir dan terus melanggar ibu dan bapaku serentak dan seterusnya adik-adikku. Aku sempat melakukan aksi “Matrix” dengan mengelakkan seluruh bandanku daripada dilanggar kereta kecuali kaki sebelah kanan. Aku mulai merasa kesakitan tiga saat kemudian putusnya kaki aku selepas digilis oleh kereta dengan menampakkan tulang kaki yang putih warnanya dan disaluti dengan darah yang berwarna kemerah-merahan. Aku menjerit sekuat-kuatnya akibat kesakitan yang ditanggung teramat sangat. Aku dikerumuni oleh orang ramai. Sedang aku berpusing-pusing menahan kesakitan, aku terpandang sekujur tubuh badan yang kehilangan kepala. Bila diamati barulah aku perasan bahawa itulah ibuku berdasarkan pakaian yang dipakai olehnya. Ayah serta adik-adikku semua hilang daripada pandangan mataku. Aku menangisi dan menjerit memanggil ibuku…. Ibuuuuu !!!.. Tiba-tiba, pandanganku mulai kabur dan akhirnya aku rebah tidak sedarkan diri.


20 Februari 2009

Hari itu, aku dikeluarkan daripada Hospital Besar Johor. Aku pulang ke rumah asalku kerana rindu akan biah kehidupan disana. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung getus hatiku. Kepulanganku tidak disambut oleh sesiapa pun kerana semua yang aku kenali telah hilang daripada pandangan mataku. Aku begitu sedih akan kejadian yang menimpa kerana yang berlaku adalah sebaliknya antara mimpi dan realiti. Itu semua adalah takdir dan ketentuan Allah, mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Sekarang kehidupanku hanyalah bergantung kepada makanan yang ada di rumah dan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadaku melalui jiran-jiran yang prihatin terhadap diriku…


12 Mac 2009

Aku mengaminkan doa setelah selesai memohon bantuan serta pertolongan daripada Allah, aku lantas bangun meneruskan kehidupanku seperti biasa tanpa ditemani oleh orang yang tersayang.

*degupan jantung ini tidak bisa berhenti selagai ku tidak mngerti pengakhirannya....ALLAH,bantuku..

=)

Assalamualaikum wbkt...

Wahai sufi yang tercinta!

Di setiap hari terdapat suatu saat di pagi hari dan suatu saat di petang hari dan suatu saat di penghujung malam, yang semuanya dapat anda gunakan untuk meningkatkan kerohanianmu yang suci ke tingkat yang tinggi, sehingga anda dapat meraih kebaikan dunia dan akhirat. Di hadapanmu ada hari Jumaat dan malam harinya yang dapat kamu gunakan untuk memenuhi kedua tanganmu, hatimu dan ruhmu dengan limpahan yang deras dari rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Dan di hadapannya terdapat musim-musim ketaatan, hari-hari ibadah dan malam-malam untuk pendekatan diri kepada Allah melalui bimbingan yang diberikan kepadamu oleh kitabmu yang mulia dan rasulmu yang agung. Untuk itu hendaklah engkau rajin menggunakannya agar menjadi orang-orang yang berzikir, dan menjadi orang-orang yang beramal bukan menjadi orang yang malas. Gunakanlah waktu itu sebaik-baiknya kerana waktu itu bagaikan pedang, dan janganlah kamu menangguh-nangguhkan kesempatan ini, kerana sesugguhnya tiada yang lebih berbahaya dari sikap menangguh-nangguhkan kebaikan. Keliru besar bila engkau membuat kehidupan yang ada di sekitarmu menjadi teratur, sedangkan engkau biarkan kekacauan melanda hatimu. Peliharalah cita-citamu, kerana sesungguhnya cita-citamu itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa yang baik cita-citanya dan dia jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukannya akan melahirkan hasil yang baik pula.

Semoga apa yang dititipkan menjadi manfaat umpama hidangan yang lazat bagi jiwa yang lapar dan minuman menyejukkan buat hati yang dahaga di terik panas jahiliyyah moden ini. Wallahu'alam. REVOLUSI!

hanya mampu tersenyum...=)
sayang sufi dan antum semua kerana ALLAH!!!

macam biasa,
STRIVE FOR MARDHATILLAH
=)

syukur yaALLAH

''moga hari ini ana tergolong dlm golongan yg sedikit,iaitu golongan org yg bersyukur''

dan semoga cuti yg saaaaangat pnjg kali ini,ana adalah pengutip mutiara ALLAH yg saaangat byk...

insyaALLAH...
STRIVE FOR MARDHATILLAH

mencari cinta

Menjalani hitam putih hidupku
membuatku mengerti
Erti hadirMu dalam setiap langkah-langkah ku bererti
Melewati setiap detik hidupku
Bersama takdirMu
Membuatku mengerti hanyalah padaMu ku kembali
Ku bersujud kepadaMu
Memohon ampunanMu
Adakah jalan untukku kembali padaMu
Akulah para pencariMu ya Allah
Akulah yang merindukanMu ya Rabbi
Tunjukkan aku jalan yang lurus
untukku menapakkan langkahku
Akulah para pencariMu ya Allah
Akulah yang merindukanMu ya Rabbi
Hanya di tanganMu ya Allah
Tempat ku pasrahkan hidupku

*bila terbaca nukilan diatas,teringat seketika akn program 'mencari cinta' yg diadakan pada julai yg lepas di Samtk...ALLAH,rindu adik2 disana..moga keimanan mereka sedang bertambah dan meletakkn cinta kepada yg berhak...sayang antum semua=]

STRIVE FOR MARDHATILLAH

FIDYAH IKUT HARI

Soalan:

Mohon penjelasan lanjut mengenai fidyah, antaranya, kewajipan membayar fidyah, siapakah yang wajib membayar fidyah?

Jawapan:

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ini jelas dalam firman Allah yang bermaksud: ...dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin...(al-Baqarah: 184).

Berdasarkan dalil di atas, fidyah puasa hukumnya wajib disempurnakan mengikut bilangan hari.

Fidyah puasa (tebusan) adalah denda ke atas orang yang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun kerana sengaja melewatkan puasa qada bulan Ramadan.

Ia merupakan satu kadar tertentu yang wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian iaitu sebahagian daripada harta (makanan) kepada fakir miskin.

Sabda Rasulullah SAW, "Bagi orang yang meninggal dunia dan tidak berpuasa selama sebulan hendaklah dikeluarkan fidyah dan berikan kepada fakir dan miskin". (riwayat Al-Tirmizi)

Sebab seseorang dikenakan fidyah adalah seperti berikut;

Tidak mampu berpuasa, kebiasaannya keadaan ini berlaku ke atas orang yang telah lanjut usia. Tidak semua yang mereka yang berumur mampu berpuasa. Ini kerana tua juga merupakan satu penyakit.


Ibn Abbas berpendapat bahawa ayat 184 daripada surah al-Baqarah itu adalah rukhsah (kelonggaran) kepada mereka yang telah berumur (tua).

Walaupun puasa adalah wajib, namun bagi mereka yang telah lanjut usianya yang tidak mampu berpuasa maka boleh berbuka dengan membayar fidyah setiap hari satu cupak (567 gram).


Sekiranya seseorang yang telah lanjut usianya tidak mampu berpuasa dan juga tidak mampu mengeluarkan fidyah atau membayar fidyah maka mengikut pandangan ulama tidak berdosa. Mazhab al-Hanafiyyah menyuruh orang yang tidak membayar fidyah supaya beristighfar serta memohon keampunan Allah SWT atas ketidakmampuannya membayar fidyah, sedang Allah swt berfirman yang bermaksud: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…"(al-Baqarah: 286)

Sakit yang tidak mungkin sembuh. Mereka yang disahkan sakit dan tidak akan sembuh tidak diwajibkan puasa. Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…(al-Haj: 78)

Perempuan yang hamil dengan syarat dibimbangi keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan fidyah dan juga wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan.


Ibu yang menyusukan anak dengan syarat dia berasa bimbang puasa akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya. Maka wajib baginya mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah.

Orang yang telah meninggal dunia. Hutang puasa bagi mereka yang meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.


P/S; cpat2 la byr fidyah yer..

STRIVE FOR MARDHATILLAH

MAKSIAT PUNCA GELAP HATI

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: "Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT."

Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.

Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: "Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan".

Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.

Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.

Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.

Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.

Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.

Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-'Ijlan dari al-Qa'qa' Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: "Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.

"Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar".

Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.

Ibn Kathir berkata: "Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.

Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: "Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut".

Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.

Al-Maraghi berkata: "Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.

Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.

Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.

Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.

Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.

Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh.

p/s: ana adlh seorg remaja ingin sedang mengenali dunia yg fana dan mengumpul bekalan untk kemudian hari..maka,ana sgt setuju dgn tajuk diatas..=0]..wee``

STRIVE FOR MARDHATILLAH