Aug 16, 2010

Cinta LUar BIasa..


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..



Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian
mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan
aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..
Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..??
STRIVE FOR MARDHATILLAH

tEman kekasih ALLAH

SALAM WBKT...
sufi, sedikit perkongsian tentang sirah nabi..mungkin dapat refresh apa yg kita telah pelajari sebelum ini,,,tentg sahabat2 nabi...insyaALLAH..


ABDUL RAHMAN BIN ‘AUF

(meninggal dunia pada tahun 32H bersamaan 652M)
Beliau ialah abdul Rahman bin ‘Auf bin al-Harith bin Zahrah. Merupakan seorang sahabat berbangsa Quraisy daripada kaum Zahri, beliau adalah tergolong daripada mereka yang terawal memeluk Islam. Beliau juga adalah salah seorang daripada sepuluh yang telah dijamin syurga dan termasuk dalam kalangan enam orang ahli majlis mesyuarat. Beliau telah menyertai peperangan Badar dan seluruh peperangan yang lain. Beliau telah disemadikan di tanah perkuburan Baqie’.

ABDULLAH BIN MAS’UD BIN GHAFIL

(meninggal dunia pada tahun 32H bersamaan 652M)
Adalah merupakan seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang dijamin syurga, juga merupakan penulis wahyu. Beliau adalah orang yang paling alim tentang kitab Allah dan pada bacaannya. Masyhur dengan penafsiran al-Quran dan mengetahui sebab-sebab turunnya. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan bersama dengan Baginda. Di samping penguasaannya dalam bidang feqah dan hadith,beliau juga adalah seorang penyair yang baik. Selepas kewafatan Nabi s.a.w., beliau telah dilantik untuk menjaga Baitul Mal di Kufah. Kemudian beliau kembali ke Madinah semasa pemerintahan Othman dan meninggal dunia di sana.

ABU UBAIDAH AL-JARRAH

(meninggal dunia pada tahun 18H bersamaan 639M)
Beliau adalah Amir bin Abdullah , seorang sahabat dari kalangan Quraisy yang merupakan salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijamin dapat memasuki syurga, juga merupakan pemegang amanah kepada umat ini. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan. Beliau juga merupakan salah seorang daripada pimpinan tentera semasa pembukaan negeri Syam dan telah membunuh bapanya yang berada dalam barisan tentera Musyrikin. Beliau meninggal dunia kerana penyakit taun yang merebak di Amwas(sebuah tempat di palestin).

AZ-ZUBIR AL-AWWAM

(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
Beliau adalah seorang sahabat daripada kalangan Quraisy, sepupu Nabi s.a.w. yang merupakan penyokong kuat baginda. Beliau adalah antara salah seorang daripada sepuluh orang yang telah dijanjikan masuk syurga. Beliau telah turut serta dalam semua peperangan.

SAAD BIN ABI WAQQAS

(meninggal dunia pada tahun 55H bersamaan 675M)
Adalah seorang sahabat berbangsa Quraisy daripada kaum Zahri, beliau merupakan salah seorang yang telah dijanjikan masuk syurga. Beliau telah memimpin tentera dalam pembukaaan Farsi dan telah mengalahkan Rastam dalam peperangan al-Qadisiah. Beliau telah membina bandar Kufah.

TALHAH BIN UBAIDAH

(meninggal dunia pada tahun 36H bersamaan 656M)
Beliau adalah Talhah bin Ubaidillah bin Othman bin Kaab bin Saad, merupakan salah seorang yang dijanjikan syurga. Dalam Perang Uhud, beliau melindungi baginda dengan dirinya sendiri(tangannya) dari terkena panah sehingga lumpuh jari-jarinya.beliau meninggal dunia terkena panah pada peperangan Jamal.

STRIVE FOR MARDHATILLAH

pohonlah keringanan dan kemudahan

STRIVE FOR MARDHATILLAH

ya ALLAH..

TODAY is mORE BETTER THAN YESTERDAY

ku dambakan cintaMU




DAMBA CINTA-MU.....

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


STRIVE FOR MARDHATILLAH

tambah pahala or kurangkan pahala??

Assalamualaikum wbkt...
wahai sufi,permata hatiku...

salam ihya' ramadhan..hari ini 16 ogos bersamaan 6 ramadhan..alhamdulillah,sepanjang bulan puasa tuk kali ini segalanya dpermudahkan oleh ALLAH.semoga pertolonganNya sentiasa mengiringi diri ini dan anda dlm apa jua urusan mahupun ibadah kpdnya..tadi terbaca post note daripada fb kawan..makanya,ilmu ini ingin dkongsi bersama agar kita dapat manfaatnya..insyaALLAH..

Antara perkara yang mengurangkan pahala puasa ialah:

# Berpuasa tetapi tidak menunaikan solat.
Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan saja.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat kepadanya kerana solat adalah tiang agama. Ada juga di kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak melakukan solat.

# Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat.
Kaum lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.

Ada juga wanita yang tidak berpuasa kerana uzur syar’i (haid dan nifas) pula tidak menghormati bulan Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

# Menghabiskan masa menonton televisyen & DVD sedangkan Ramadhan yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

# Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tetapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda. Ada di antara kita hanya berniaga sambilan ketika puasa.

Berniaga tidak salah tetapi berniaga sambilan khusus di bulan puasa saja membina perspektif yang lain dan ia memberi kesan terhadap fokus kita pada ibadat puasa.

Kualiti amal kita akan berkurangan kerana tambahan beban tetapi jika kita berjaya bermujahadah dan mengimbangkan antara dwikerjaya tadi dan ibadat, itulah yang terbaik.

# Ramadan adalah bulan ujian terhadap kesabaran dan keampuhan jiwa.
Apabila perut kosong, tekak dahaga dan badan letih kerana puasa, perasaan kita mudah tersentuh dan emosi kita mudah terusik.

Tahap keampuhan kita sangat minimum. Ada antara kita cepat naik darah dan mudah marah. Apabila kita berjaya mengawal kemarahan dan banyak bersabar, kita mendapat ganjaran pahala kerana ’sabar’ yang berganda. Jika sebaliknya kita hanya akan dapat lapar, letih , dahaga dan permusuhan sesama insan.

# Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi.
Semuanya dirasakan hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan.

# Tidak mengeluarkan zakat fitrah bukan kerana tidak mampu tetapi kurang pendedahan terhadap betapa pentingnya zakat dan kewajipan membayar zakat.
Ada yang tidak tahu di mana hendak membayar zakat fitrah, walhal setiap masjid dan kaunter AXS ada menyediakan tempat pembayaran zakat. Mungkin kerana nilainya terlalu sedikit kita mengambil ringan mengenainya.

# Hanya puasa makan dan minum saja tetapi tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

# Tidak mahu bersahur boleh mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah s.a.w. yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi)

Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa dan menjadikan puasa kita di Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun lalu.


STRIVE FOR MARDHATILLAH
p/s:sufi,andai diri ini jarang bersamamu tika bulan ramadhan ini,ketahuilah bahawa ku sedang berusaha mencari yang pasti..maaf yer sufi..