Nov 28, 2012

doa qunut nazilah

Bacaan Qunut Nazilah





maksudnya..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher 

musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa 

Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.


Strive for Mardhatillah

GAZA..Kenapa perlu cakna??

assalamualaikum wbkt :-)

GAZA,everything about you!
berkenaan tajuk diatas,
saya ingin kongsikan sedikit tentang isu palestine.

semenjak kejatuhan pemerintahan khalifah di atas bumi ini, tiada siapa lagi yang berani bangkit mengutarakan tentang isu palestin mahupun masjid al-Aqsa.semua negara-negara islam hanya mampu tunduk akur dan patuh pada negara yang berkuasa..agak-agaknya sampai bila isu ini akan berakhir?kita hanya akan memerhatikan sama ada negara palestin akan dihapuskan atau masjidil aqsa akan dimusnahkan?dan itulah sebenarnya impian musuh-musuh kita

dahulunya,palestin adalah sebuah negara islam secara keseluruhannya setelah palestin ditawan oleh sultan salahuddin al ayubi.tetapi,pada tahun 1924,kamal altartuk telah menjatuhkan kerajaan turki uthmaniyah dan menghapuskan sistem khalifah.kesan daripada peristiwa ini,khalifah pada ketika itu telah diusir dan dibuang negeri. sehingga sekarang tiada lagi sistem khalifah yang telah digunakan pada zaman para sahabat terdahulu.

pada perang dunia kedua,israel telah mendapat sokongan daripada pihak PBB untuk menubuhkan penempatan sementara di palestin.mereka mendapat sokongan yang tidak putus-putus daripada kuasa besar iaitu Amerika..Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.

sekarang ,Gaza di palestine merupakan salah satu penempatan yang paling terpadat didunia.dan baru-baru ini sahaja kita telah digemparkan sekali lagi dengan isu israel menyerang Gaza.kanak-kanak,kaum wanita,orang muda dan tua yang tidak berdosa menjadi habuan israel laknatullah.



        israel mungkir janji!!!

genjatan senjata yang selama ini dijanjikan hanya dimulut sahaja.

israel memang tidak akan suka pada islam hanya kerana semua nabi berasal dari kaum israel kecuali nabi muhammad yang berasal dari kaum bani hasyim.

ALLAH memang tidak akan meredhai kalian wahai israel!!!!

darah para shuhada yang mengalir akan menjadi saksi kebangkitan mereka di akhirat kelak.tunggu kau disana!

kami tidak gentar!kami tidak takut!
ALLAH bersama kami.

bila-bila masa sahaja Dia kan menurunkan bala dan memberikan kemenangan kepada kami,cuma kami hanya perlu bersabar dan berusaha.


   Pada kita derita itu


pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
MUHARIKAH

P/S:ingat wahai saudaraku,disitulah letaknya masjid mulia kita yang ketiga,masjidil aqsa.
disitulah nabi diangkat ke langit.
disitulah tempat lahirnya para nabi kita yang terdahulu.
dan disitulah tumpahnya darah para pesyahid kita :(..

serius,saya sangat-sangat jeles dengan anda wahai palestinian...anda dijanjikan syurga..sedangkan aku???


Strive for Mardhatillah