Sep 28, 2010

From deep in my heart,i really love YOU

Salam kasih sayang penuh kecintaan atas namamu Ya Allah Ya Rahman..

Cinta Allah itu Fikrah Hati
Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain2 sifat mulia, baik dan sempurna dalam hidup ini? Ya, tiada seorang manusia pun yang inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Sedarkah kita ketika kita menginginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah? Mengapa? Ini adalah kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang diingini oleh kita itu.
Bukankah Allah itu Al-Ghani, memiliki kekayaan yang diinginkan oleh orang miskin? Allah itu Ar-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu Al-Adl yang mampu memberi keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas. Itulah nama-nama Allah yang sinonim dengan sifat2NYA. Allah mempunyai nama2 yang baik (Asma' al-Husna) yang menggambarkan keindahaN, keadilan, kasih sayang dan segala sifat kesempurnaanNYA.

Begitulah sebahagian petikan yang terdapat dalam majalah solusi edisi ke 23 ini. Penuh bermakna, penuh tersentuh dengan kebesaran ALLAH! Subahanallah.. Ternyata semua sifat2 itu DIA yang punya. Manusia hanya menzahirkan segala sifatnya sahaja. Sehingga kita alpa menilai sifat itu datangnya dari ALLAH bukan dari susuk tubuh manusia itu sendiri. Makanya, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan memperolehi segala-galanya. MasyaAllah! Agung sungguh sifatMU. Pernah dahulu menghadiri kuliah agama, khusus tajuknya Asma' al-Husna. Memberitahu bahawa setiap nama ALLAH itu ada kelebihanya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tanpa berbelah bahagi. InsyaAllah..

Sahabat2, meskipun kita bersendirian, meskipun diuji dengan kesibukan, diuji dengan kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali2 kita menjauh dengan ALLAH. DIA maha mendengar dan maha mengetahui. Maka, mengadulah padaNYA. "Pernah malaikat berjumpa ALLAH mengatakan bahawa insan ini telah meminta pertolongan dariMU berkali2. Perkenankanlah. Namun ALLAH mengatakan, biarkan insan ini terus2an meminta dariKU. Kerana AKU rindu untuk mendengar keluh tangisannya.." ALLAH sedikit pun tidak rugi jika kita meminta dariNYA. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta dariNYA. DIAlah yang menentukan takdir kalian. Maka, seharusnya hanya pada DIA sahajalah yang layak diadukan masalah..

Sahabat2 yang a kasihi dan cintai lillah, kerana cinta yang hakiki inilah terjalinnya ukhuwwah sesama kita. Tidak dinafikan, kasih sayang antara manusia itu berbahagi2 dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta ALLAH itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada ALLAH. Pepatah Inggeris menyatakan, "What you give, you get back." Maka, serahkanlah sepenuh jiwa raga kita padaNYA. Biarkan DIA sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita seberikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita perolehi. Jika banyak yang diberi, maka banyaklah yang akan diperolehi. Setiap yang mencari cintaNYA sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang Maha Agung ini..

Kini, diri ini terasa ingin sekali mencintai dan dicintai oleh MU Ya Rahman. Maka, kurniakanlah cinta agungMU itu agar diri ini terasa tenang berasa disampingMu, beribadat kepadaMU, berjihad untuk agamaMU, berkasih sayang dengan redhaMU dan mencintai apa yang dicintaiMU. ALLAHUAKBAR! Indah sungguh perasaan itu Ya Rahman. Diri ini tidak sesekali ingin menyia2kannya..

*Syukran untuk team Solusi atas tajuk yang penuh membina diri. Semoga manusia yang lainnya juga menerima hidayah, Taufiq dan rahmatnya menerusi majalah ini. InsyaAllah..

7 GOLONGAN YANG TERKECUALI DARPIDA SOALAN MALAIKAT

Pertanyaan ini adalah khusus dengan ummat Muhammad. Tapi ada dikatakan bahawa tiap-tiap Nabi beserta ummatnya adalah seperti itu juga. Pertanyaan inilah yang merupakah ain (iaitu satu bentuk) daripada fitnah kubur. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah keadaan talajjuj (iaitu ragu-ragu) dalam menjawab. Ada juga dikatakan bahawa fitnah kubur itu adalah hadimya iblis di salah satu sudut kubur sambil menunjuk kepada dirinya sendiri serta menuntut dari si mayat agar menjawab bahawa dialah (iaitu iblis sebagai) Tuhan orang yang ditanya ketika malaikat bertanya:

“Siapakah Tuhanmu?”.

Pertanyaan kubur ini dikecualikan kepada orang-orang yang telah disesuaikan dalam hadith bahawa tidak adanya pertanyaan dikenakan untuk mereka, iaitu seperti:

1) Para Nabi. Yang hak bahawa mereka iaitu para Nabi tidak akan ditanya. Satu pendapat mengatakan bahawa mereka akan ditanya tentang Jibril dan wahyu yang diturunkan kepada mereka. Yang lebih afdhal dan lebih layak bagi kita ialah soal pertanyaan terhadap junjungan agung para Nabi tidaklah layak untuk dikhilafkan.

2) Shiddiqin yakni orang-orang yang selalu bersifat jujur dan benar di dalam setiap perkataan dan pengkhabaran.

3) Syuhada’ yakni mereka yang tergolong mati syahid.

4) Muraabithin yakni mereka yang selalu tekun menjalankan ibadah.

5) Orang-orang yang sebahagian besar waktunya di pergunakan untuk membaca setiap malam, baik dia membacanya ketika tidur atau sebelum tidur akan surah As Sajadah menurut pendapat sebahagian ulama.

6) Orang yang mati dengan sebab taun atau yang selainnya pada zamannya dalam keadaan sabar dan ikhlas.

7) Orang yang meninggal pada malam Jumaat atau siangnya. Untuk pengetahuan, Jumaat itu bermula selepas ’Asr hari Khamis, dan tamat apabila masuk waktu ’Asr hari Jumaat.

Qaul yang rajih (iaitu qaul yang lebih kuat dari segi dalilnya adalah) bahawa selain para nabi dan syuhada’ dalam peperangan adalah ditanya dengan pertanyaan yang ringan.


STRIVE FOR MARDHATILLAH