Nov 19, 2010

salam terakhir...





Salam penuh kasih sayang buat engkau Sufi,

Seharian ana dipagut rasa rindu untuk berbicara denganmu Sufi.Banyak cerita yang tertangguh untuk ana kongsikan.Ana sedikit hairan dengan perasaanku yang cemas,bilamana ana belum cukup waktu untuk memuntahkan isi hidupku hari ini ke dadamu..Bagai ada rasa pelik seakan-akan kesempatan hanya tinggal seketika untuk ana dakap kau sebagai teman yang teristimewa.Mungkin kerana terlalu letih agaknya sehingga ana terbawa-bawa..

Begitu meriah hidupku hinggakan ada saja yang ana mahu kau tahu tanpa sedikit pun ana amhu ketinggalan.Cuma terkadang,masa terlalu cemburu,lalu ana diburu kekalutan.Kesibukan yang kunjung tiba tanpa di undang seperti tidak mahu beransur kurang dan mungkin juga akan bertambah andai ana ditakdirkan menjadi seorang doctor nanti..insyaAllah..Semakin hari ana semakin tenggelam dalam kegawatan masa.Risau juga hatiku takut-takut amal ibadatku tidak lagi selari dengan nikmat dan dugaan yang bersilih ganti menemaniku..Moga ana terhindar dari seegala fitnah dunia yang boleh mengnhancurkan mahligai insani tanpa disedari,,Ku panjat doa mohon perlindungan dari Rabbulalamin..

Doa menghindar dari fitnah

‘’Ya tuhanku janganlah Engkau jadikan ku fitnah bagi orang-orang kafir.dan ampunilah ku ya tuhanku..Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..’’

Sufi,

Banyak sudah yang kita kongsi bersama.Bukan sedikit cerita hidupku yang kau semadikan sebagai sejarah.bukan sedikit kisah hidupku yang kau lakar menjadi potret indah terpampang menjadi dinding kenangan..Tanpa kau sufi,tidak sempurnalah hari-hari yang ana lalui.Siapalah sudi mendengar celotehku yang tidak kunjung habis melagukan suka dan duka melodi nafasku..

Sufiku,
Pasti kau pelikkan kenapa luahan hari ini begitu pelik..pasti kau tertanya-tanyakan adakah ana akan tinggalkan kau Fi..hehe..mana bias ana tinggalkan dan biarkan engkau disini bersama labah-labah yang pasti menjadikan engkau tempat berteduh..tidak mungkin..
Bukan apa Fi,esok ana akan mulakan kuliyah ana seperti biasa..Engkau pun tahukan..jadual ana yang terlalu padat pasti akan menjadi pemisah antara ana dan engkau Fi..Tapi janganlah engkau khuatir..walaupun seminit masa luangkan,seminit itu jugalah akan ana menjengah engkau..janganlah engkau berlagu pilu..ana pasti dan yakin,rakan-rakan ana yang lain akan juga menjengukmu..

Ana hanya mahu doa darimu,agar setiap yang ana lakukan molek-molek belaka..diredhai dan diberkati Ilahi..tapi,andai saat-saat yang berlalu tidak juga ana kunjung tiba,samapikan salam ana pada mereka yang ana cintai..Mungkin pemergianku itu hanya sementara dan mungkin juga pemergianku itu untuk selamanya..Andai itu yang terjadi,janganlah engkau meratapi,tapi redhailah kerana kehidupanku yang panjang akan bermula saat itu..

Fi,engkaulah kekasih engkaulah teman yang paling setia ana fikir..selalu saja engkau bersamaku.tidak pernah pula ana mendengar rungutan dari engkau yang kau sudah muak atau jemu mendengar segala cerita dariku yang kadangkala amat membosankan..Sabarnya la kau wahai Fi….Engkau sangat tabah kan menemani ana yang tidak tentu gelombang tangis dan ombak tawa.tanpamu,pasti ana akan kesepian.. =)














THE END...








hukum meninggalkan solat..

أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله الصلاة فإن صلحت فقد أفلح و أنجح و إن نقصت فقد خاب و خسر

Rasulullah SAW bersabda : perkara pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak adalah solat, oleh itu, jika seseorang hamba itu baik solatnya maka dia akan mendapat kejayaan dan sebaliknya pula jika dia tidak menyempurnakannya, dia akan mendapat kekecewaan dan kerugian.

[ Diriwayatkan oleh At-Tabrani]

Solat juga memainkan peranan penting dalam menyempurnakan pegangan akidah seseorang muslim, selagimana seseorang manusia itu tidak berpegang teguh pada kewajipan solat, maka beliau belum lagi berhak menerima gelaran "muslim" yang sebenarnya .

بني الإسلام على خمس شهادة ان لا اله الا الله وان محمدا رسول الله، واقام الصلاة، وايتاء الزكاة ، وصوم رمضان ،و حج البيت من استطاع إليه سبيلا

Nabi SAW pernah bersabda : Islam itu ditegakkan atas lima perkara ; mengucapkan penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan haji di baitullah bagi sesiapa yang mampu mengerjakannya.

[ Diriwayatkan oleh Bukhari (8) dan Muslim (16)]

Allah SWT telah berfirman didalam Al-Quran :

Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah agama yang benar.

[Al-Baiyyinah; 5]

Justeru, solat merupakan sebuah ibadah yang amat dititik beratkan oleh agama Islam sehinggakan ia menjadi pembeza antara seorang muslim dengan kafir. Oleh itu, kewajipan solat tidak pernah diragui oleh mana-mana pihak, bahkan, kewajipannya tidak akan terlucut dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali ketika haid dan nifas.

Hukum muslim meninggalkan solat

Seorang muslim pastinya telah mengetahui kewajipan solat, kerana ia merupakan kewajipan yang jelas-jelas terzahir didalam peribadi muslim, bahkan , solat menjadi penyebab benteng kekuatan ukhuwah umat islam sentiasa baik dan terjaga. Namun, gejala meninggalkan solat yang semakin meruncing kini telah mengingatkan para ilmuan Islam supaya memberikan peringatan kepada semua orang islam akan akibat yang akan dikenakan kepada mereka yang meninggalkan kewajipan solat .

Para Ilmuan telah membahagikan orang yang meninggalkan solat ini kepada dua jenis utama ;

Meninggalkan solat dan berkeyakinan bahawa solat itu tidak wajib
Meninggalkan solat kerana malas dan segan namun masih meyakini kewajipan solat
Para ilmuan islam telah bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan meyakini bahawa solat tidak wajib telah menjadi kufur dan telah terkeluar dari islam (murtad), ini adalah kerana, beliau telah mengingkari perkara utama dalam agama yang telah terdapat suruhan jelas melalui Al-Quran, Hadis dan Ijmak, orang sebegini akan dikenakan hukuman bunuh atasnya. Namun , mereka berselisih pendapat dalam jenis kedua.

Pendapat pertama ;

Mazhab Hanafi : orang tersebut tetap islam, tetapi telah tergolong dalam golongan Fasik, beliau perlu ditahan dan dipukul dengan pukulan yang kuat sehingga mengalirkan darah, beliau hanya akan dilepaskan apabila mula bertaubat dan kembali bersolat, jika beliau masih enggan dan terus berkeras ,beliau akan terus ditahan didalam penjara sehingga mati . Beliau tidak akan dijatuhkan hukum bunuh selagimana belum menyatakan bahawa solat itu tidak wajib.

Pandangan ini berhujjahkan hadis :

لا يحل دم امرئ مسلم إلا بإحدى ثلاث : الثيب الزاني ، والنفس بالنفس ، و التارك لدينه المفارق للجماعة

Nabi SAW bersabda : tidak halal darah orang islam kecuali mereka telah menjadi salah seorang dari tiga jenis manusia ; orang yang telah berkahwin berzina, membunuh manusia dengan sengaja, dan orang yang meninggalkan agama kerana memisahkan diri dari jemaah.

[ Hadis sahih disepakati oleh Bukhari dan Muslim]

Pendapat kedua :

Mazhab Maliki dan Syafiie : orang tersebut tetap Islam namun disuruh untuk bertaubat selama 3 hari sepertimana disuruh kepada orang yang telah murtad. Jika masih enggan bertaubat dan mendirikan solat, beliau akan dibunuh sebagai hukuman hudud, bukan hukuman kerana murtad.

Pandangan ini berhujjahkan Al-Quran dan Hadis :

Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik terhadapnya dan boleh mengampunkan dosa selainnya jika Dia menghendaki demikian.

[An-Nisa` : 48]

إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة : الصلاة المكتوبة ، فإن أتمها و إلا قيل : انظروا هل له من تطوع ، فإن كان له تطوع أكملت الفريضة من تطوعه ، ثم يفعل بسائر الأعمال المفروضة مثل ذلك

Sesunggunya, amalan pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT diakhirat kelak adalah solat fardhu, jika dia menyempurnakannya , dia akan selamat, jika tidak, maka akan dikatakan kepada malaikat, cuba perhatikan pula pada amalan lain, adakah beliau melakukan amalan sunat, jika ada, sempurnakanlah solat fardhunya itu disebabkan amalan sunat yang dilakukannya, kemudian lakukan juga nilaian amalan fardhu yang lain seperti itu juga.

[ Diriwayatkan oleh yang berlima -khamsah]

Ayat Al-Quran dan hadis tersebut menunjukkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidaklah kufur kerana kekufuran itu dinilai dari pegangan iktikad, iktikad orang yang malas bersolat ini masih betul, maka beliau masih tetap kekal didalam agama islam.

Pendapat ketiga :

Mazhab Hambali : orang tersebut telah Kufur dan dibunuh disebabkan kekufurannya.

Pendapat ini berhujahkan Al-Quran dan Hadis :

Apabila tamat bulan-bulan haram, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat intipan. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[At-Taubah : 5]

بين الرجل و بين الكفر : ترك الصلاة

Perbezaan antara lelaki muslim dan kafir adalah meninggalkan solat

[Diriwayatkan oleh majoriti ilmuan hadis kecuali Imam Bukhari dan Nasai`]

Penilaian pendapat

Pendapat kedua adalah pendapat yang lebih kuat kerana ianya diperteguhkan oleh banyak hujjah lain yang menyatakan bahawa orang muslim tidak akan kekal didalam api neraka.

يخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن شعيرة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن برة من خير ويخرج من النار من قال لا إله إلا الله وفي قلبه وزن ذرة من خير

Akan terkeluar dari neraka , orang yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah , walaupun didalam hatinya ada seberat timbangan seurat rambut dari kebaikan, dan terkeluar juga dari neraka , orang yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah walaupun didalamnya ada seberat timbangan sebutir gandum dari kebaikan dan terkeluar juga dari neraka, orang yang mengucapkan tiada tuhan selain Allah , walaupun didalam hatinya ada seberat timbangan zarah dari kebaikan.

[Hadis Riwayat Imam Bukhori RH]

Bagaimana Hukuman dijalankan?

Islam bukanlah agama yang gemar menghukum sepertimana yang didakwa oleh banyak pihak, namun islam memberikan langkah-langkah yang cukup bertoleransi bagi memastikan keadilan disetiap hukuman.

Dikenalpasti terlebih dahulu orang yang meninggalkan solat tersebut dari kategori mana.
Jika didapati orang tersebut tidak berada didalam dua jenis kategori yang telah dinyatakan kerana beliau sememangnya tidak tahu kewajipan solat lantaran tidak pernah didedahkan kewajibannya, maka dia perlu dijelaskan kewajiban tersebut terlebih dahulu.

2. Disuruh untuk bertaubat dan menyegerakan solat, Jika masih engan bertaubat dan bersolat, barulah hukuman dijatuhkan.

Penggerak amal makruf nahi munkar tersebut adalah hakim/penguasa, atau wakilnya, jika mereka berdua tidak ada, maka seluruh umat islam dikawasan tersebut wajib menyuruh orang tersebut bertaubat, jika tidak.. mereka semua akan berdosa.

Hikmah dari ketegasan Islam

Solat merupakan perkara prinsip yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, oleh itu, Islam amat mementingkannya. Apabila melihat gejala meninggalkan solat disekeliling kita yang semakin meruncing kini, kita dapat mengesan kelemahan kesatuan dan perpaduan umat islam. Ummat islam tidak lagi menjadikan ibadah solat sebagai perkara prioriti didalam amali kehidupan mereka, bahkan, solat diabaikan, suruhan agama diperlecehkan.

Para Fuqaha` menyebutkan ;

Membunuh mereka yang tidak bersolat itu lebih baik dari membunuh 100 orang kafir kerana keburukannya lebih teruk.

[Feqh Manhaji- Bab Meninggalkan Solat]

Apabila solat dipermudah-mudahkan kewajibannya, ummat islam mendapat wabak penyakit tidak teguh dalam pendirian beragama, mudah terikut dengan globlalisasi dunia tanpa sekatan, bahkan, menjadikan islam hanya ada pada kad pengenalan mereka, sungguh menyedihkan apabila tanpa sedar, merekalah orang yang menjatuhkan maruah umat islam!.. emej islam tercalar kerana prinsip keislaman dicalari oleh mereka.. semoga kita tidak termasuk didalam golongan tersebut.

p/s:http://aljazary.blogspot.com/2010/11/hukum-meninggalkan-solat.html

sTRIVE FOR MARDHATILLAH

UJIAN...seringkali....

Salam duhai penyeri qalbuku..
Sufi…

Lambaian dari bumi Anbiya’ ana sampaikan untukmu..Semoga iman kita sentiasa dalam keadaan segar bugar dek kerana cintakan Ilahi,pencipta kita yang Maha Agung..

Lembaran demi lembaran kau,ana selak..Semakin ana tertunduk syukur,menginsafi setiap sesuatu yang ana miliki sepanjang hidup ini..Belum cukup rasanya ana menghargai segala kurniaan Ilahi,sedangkan ana selalu sahaja mengeluh bila ana diuji dengan dugaan yang kadang-kadang hanya cuma sekelumit.ayuh kita berdoa lagi Fi..

‘’Tuhanku,tolonglah aku akan kesukaran-kesukaran mati dan kemabukan-kemabukan mati’’

Terasa sakit didada seakan-akan dihimpit batu yang besar tatkala ujian ALLAH menimpa diri ini..Lantas ana terus mencari hikmat disebalik ujianNya..Ana tahu ujian itu adalah tarbiyah dari ALLAH..Namun,sampai bilakah ujian ALLAH itu akan bertandang??sehari?seminggu?setahun? atau selamanya??

Fi,ana tahu kau tahu derita ini..Kau selalu mengingatkan ana kan yang kesenangan yang datang setelah ujian itu adalah nikmat tuhan..ye Fi,ana masih ingat lagi.terima kasih atas nasihatnya..hanya engkau dan ALLAH sahaja tahu senyuman di sebalik derita itu..

Sufi,
Allah SWT menyarankan hamba-hambaNya agar tidak berputus asa dalam mencari kebahagian di dunia dan dalam masa yang sama tidak pula melupakan apa yang harus dilakukan bagi membungkus bekalan biar kemas untuk dibawa menghadapNya nanti..

Namun Fi,kenapa manusia sering kali memilih untuk melupakan Ilahi hanya kerana megejar impian hidup yang sebenarnya bersifat sementara?engkau doalah untukku Fi,semoga ana bukan di dalam golongan manusia itu.Ana tahu segala harta yang membukit tidak akan ada nilainya disisi yang Maha Agung bila tiba hari yang sepatutnya..Bukannya ana tidak menginginkan kesenangan di dunia,tapi ana memegang kata-kata seorang ustaz ni bahawa kejarlah akhirat,nescaya dunia akan mengikutimu..

Dalam sedar tapi leka.manusia selalu sahaja membelakangkan perintah Allah SWT kerana merasakan apa yang sedang mereka usahakan adalah amat penting dan semua perhatian,masa dan usaha haruslah dihadiahkan untuk tujuan itu semata-mata..engkau faham kan Fi apa yang ana cuba sampaikan?ermm..sedangkan Allah jua yang berkuasa menentukan apa yang bakal kita miliki dan apa yang bakal kita hilang.Begitu juga dengan apa yang bakal kita lepaskan tanpa rela,mungkin sebagai balasan atas sikap leka manusia itu sendiri..

Ingatlah Fi,segala rezki yang ALLAH kurniakan tidak pula kita hitung nilainya,sedangkan bila kita berdepan dengan sesuatu yang menyentap jiwa,mulalah irama sendu berlagu pilu dan meminta-minta dari yang Maha Pengasih agar diberi kekuatan..Harus ada rasa malu bila mana kita sombong untuk mengucapkan syukur,tapi tidak segan meminta dibantu apabila perlu.Jangan biarkan hawa nafsu terhadap dunia menguasai pentas kehidupan kerana itu bakal mengundang seribu satu kehancuran..

Sebagai insane yang lemah tidak kurang sedikit amalnya..marilah kita sama-sama menginsafi dan bermuhasabah kembali apa yang telah kita lakukan seelum ini..Pulanglah dan kembalilah ke pangkal jalan selagi pintu taubat masih tebuka untuk kita..Bukan apa,takut ditakdirkan oleh ALLAH nyawa kita hanya setakat ini sahaja,,mana mungkit untuk kita bertaubat sedangkan malaikat sudah sedia menanti untuk mencabut nyawa dari jasad..Alangkah ruginya hidup andai bukan kerana Nya..

Ayuh rakan,ayuh teman,sempena bulan yang mulia ini..berkorban lah apa sahaja dengan harapan pengorbanan itu dipandang oleh ALLAH..insyaAllah…

STRIVE FOR MARDHATILLAH..

bila hati mula bersuara...



apabila kata hati mula bersuara :D

1. Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Apabila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat cadburry. hehe. (wah. hebatnya cinta op!)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya wanita tidak tahu macam mana ingin menerima pujian :0

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan bahawa mereka ini langsung tak berguna. Tidak patut jika lelaki bersikap begini terhadap wanita.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Apabila pertama kali lelaki yang dicintainya di dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan yee.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri, ok!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tidak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. ahaks~

20. Apabila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya :)

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. haha :D

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati. MasyaAllah, begitu berharganya cinta jika diredhai oleh Allah S.W.T kan

27. Senjata wanita adalah airmata! jadi beringat2lah seadanya :0

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu lagi terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. Tetapi syariat agama harus diutamakan juga yee :)

30. Sebenarnya amat mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa :D


STRIVE FOR MARDHATILLAH