Sep 4, 2010

mesej itu penuh persoalan

wahai sufiku yang setia..
seketika tadi mendapat mesej yg berbaur hikmat juga nasihat...
terdiam seketika,memikir apa yg sepatutnya diri ini lakukan...
msg nya berbunyi begini..

''meera, buatlah sesuatu yang akan berterusan meskipun meera dah tak ada."
sufi,apa yg harus kukatakan?
rasenya,tiada jawapn untuk soalan ini...
senyum..=0]..hobiku..

terawih..

Bismillahirrahmanirrahim..
:)
salam duhai sufi jantung hatiku..
Alhamdulillah, semester pertama dan kedua Ramadhan sudah berakhir. Moga semester pertama dan kedua itu dijalani dengan cemerlang agar semester ketiga disusuli dengan kejayaan yang gemilang seterusnya memperoleh natijah kejayaan yang lebih baik dari tahun lalu. Amiin, insya Allah.


Alhamdulillah,setakat ini masih tidak terlepas terwih..namun tidak kupasti adakah laitatulqadar itu masih ada untukku duhai Rabbi...seronok ramdhan kali ini kerana sepenuh mase dirumah bersama keluarga tercinta..walupun sebelum ini sentiasa menghabiskan ramadhan bersama sahabat2 seperjuangan dan sentiasa sujud bersama mengamati alunan ayat-ayat bacaan terwih disurau..

seronok kerana setiap kali terawih,imam di surau rumah ana akn sentiasa memanjangkan wiridnya...sayu...dengan alunan suaranya yg lunak..pasti seronok pada sesiapa yg mendengarnya..xterkecualilah ana..tp,bukan itu yg menarik mint ana untuk sentiasa disurau..hehe...

sebenrnya,selepas tiap kali selesai solat terawih,imam akan teruskan dengan tazkirah ramadhan..seronok,...best...xtido kalu mendengarnya..dan x rugi sape yg mengikutinya.

Majlis ilmu adalah taman-taman Syurga. Sebelum berangan untuk Syurga yang lebih indah dan kekal abadi, masakan Syurga Akhirat kan didiami andai di dunia kita tidak melangkah dan duduk di taman-taman Syurga.

Di surau, ana suka duduk menyendiri apabila imam memberi kuliah. Duduk bersendiri bukan kerana ana tidak suka bergaul dengan masyarakat tetapi ana paling bimbang apabila mak cik-mak cik disekitar akan ajak bersembang, akhirnya tumpuan bukan pada untaian kalam dari imam tetapi tasbih cerita hal duniawi. Nampak seperti tidak suka bersosial, tetapi itu hanyalah salah satu usaha untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam pot pet perempuan yang ceritanya tak sudah-sudah... Selesai solat, baru ana akan bercakap dan berbual dengan jemaah muslimat yang lain. makcik-makcik distu memg peramah-peramah belaka...

Bukan sombong tetapi... Biarlah keramahan bertempat. Jaga adab dalam majlis ilmu :)
moga,terawih ini dpt dteruskn sepnjg ramadhan...

salam ramdhan..
STRIVE FOR MARDHATILLAH

sentiasa bermonolog..


Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)
STRIVE FOR MARDHATILLAH