Dec 30, 2010

pesanan imam AlSyahid aLBANNA

“Pencinta dunia menangis
kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis
kerana dunia yang datang.
Dari mata yang mengintai
setiap kemewahan yang mulus
penuh rakus, mengalirlah
air mata kecewa kegagalan.
Dari mata yang redup
merenung Hari Akhirat
yang dirasakan dekat,
mengalirkan air mata insaf mengharap..”

“Tegakkan Islam dlm diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu”
Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

tips:Menghargai dengan kata-kata

“Kata mahu goreng mee petang ini. Elok sangatlah, ayah kamu pun pulang malam ini”, ujar emak memberikan isyarat agar anaknya tidak menangguhkan hasratnya.

”Baiklah emak. Saya masak sekarang”, lembut sahaja si anak menuturkan.

”Masak sedap-sedap”, emak mengingatkan seperti biasa.

Tenang sahaja dia melangkah ke dapur. Bahan-bahan semuanya sudah dibeli. Memasak sepaket mee kuning bukanlah sesukar mana. Masa yang diambil pula tidaklah lama. Insyaallah mulakan memasak dengan hati gembira untuk menggembirakan.

Menjamu Selera

”Emak, mari makan, mee goreng sudah siap”, anaknya menguatkan sedikit suara memanggil emak di tingkat atas.

Kemudian dia berlalu pergi memanggil ayah yang sibuk di kolam halaman rumah, memberi makan kepada ikan-ikannya.

”Ayah, makan malam sudah siap, mari makan”, dari pintu rumah anaknya menyuarakan.

Mee goreng yang baru sahaja siap dimasak, dihidangkan diatas pinggan. Ayah dan emak mengambil tempat duduk. Masing-masing mula menjamu selera dihadapan anaknya. Anak yang memasak pada malam itu.

”Sedap”, ujar emak ringkas ketika pertama kali mencuba.

”Sedap ke mak?” sengaja si anak mendapatkan kepastian. Emak tidak menyampaikan tepat kepadanya. Matanya tunduk memandang makanan tatkala menyampaikan.

”Ya, sedap”, sesuap mee lagi singgah dimulut emak.

Alhamdulillah.

”Sedap tak ayah?”, anak bertanya kepada ayahnya pula.

Tahu benar akan sifat ayahnya, jarang sekali memberikan komen. Perlu ditanya. Kata emak, andai sedap, makannya berselera lagi bertambah. Andai kurang rasanya, tidaklah mengeji dan tidaklah bertambah pula. Senyap.

”Sedap. Sedaplah bila makan panas-panas”, ucap ayah.

Tersenyum anak mendengarkan ulasan ayahnya.

”Sedap sebab makan ketika panas rupanya……”, anaknya mengucapkan.

”Tapi, mee kuning ini memang sedap. Lain daripada mee kuning yang lain”, anaknya mengeluarkan pendapat pula.

”Sudah tentu. Mee ini tiada bahan pengawet. Tiada kapur”, emak mengukuhkan hujah dengan fakta.



Falsafah Memuji, Menjaga Hati

Jika diimbas kembali, emak dan ayah cukup jarang memuji anak-anaknya. Falsafah emak, memuji itu menimbulkan riak. Bimbang anak-anak sombong membangga diri.

”Emak, semalam selepas oral test, tiba-tiba sahaja Puan Durai tanya satu soalan”, anaknya cuba memulakan perbualan.

Emak diam sahaja. Sibuk membuat kerja.

”Soalnya, Do you think you are pretty?”, anaknya menyambung bicara.

“Pelik. Tapi, Puan Durai bertanya dengan wajah yang manis. Bukanlah menyindir, seolah-olah memberikan satu fakta”, tambah si anak lagi.

”Kamu jawab apa”, tanya emak.

”Tidaklah saya mengaku pula. Saya angkat bahu erti tidak tahu. Senyum dan berlalu pergi dalam keadaan malu”, jujur si anak yang masih keanak-anakkan.

”Cantik wajah perlu dilengkapi dengan akhlak yang cantik. Barulah benar-benar cantik”.

Emak tidak mengiyakan, tidak pula menidakkan kecantikkan anaknya. Emak sekadar memberi kata-kata hikmah buat si anak fikirkan. Kata-kata hikmah yang dipegangnya agar tidak alpa dengan kecantikan wajah kurniaan Allah.

Begitulah didikan ayah dan emak. Bahkan jarang sekali memuji sekalipun anak-anaknya cemerlang dalam akademik. Sekadar memberikan hadiah. Lagilah jarang melihatkan mereka bercerita kebaikan-kebaikan anak-anak dihadapan orang lain pula. Mudahnya, mereka jarang memuji untuk menjaga hati.

Begitu jugalah yang dianjurkan Islam. Pujian itu ada kaedahnya. Pujian itu asasnya ialah puji buat Allah Yang Maha Mengatur dan Mencipta. Memuji buat Yang Esa, yang dipuji pulangkan pujian pada Yang Mengurniakan segala kebaikan serta kelebihan.


Budaya Menghargai

Sememangnya perlu berpada-pada ketika memuji. Namun, masyarakat kita, sukar sekali untuk memuji! Sekaligus, jauh dengan budaya menghargai.

Pandailah memilih kata-kata serta tempat untuk memuji. Pujian itu tidak lain hanyalah kata-kata indah untuk menggembirakan hati mereka yang berusaha. Pujilah ketika kita bersendirian dengannya, tidak pula dikhalayak ramai yang acapkali menimbulkan perasaan yang berbeza misalnya.

Paling asas ialah luruskan niat tatkala mengucapkan kata-kata indah (memuji). Mohon agar Allah jauhkan kita daripada riak. Niatkan untuk menghargai lagi bersyukur pada Allah atas kurniaanNya. Mudah.

”Terima kasih kerana rajin menolong membasuh pinggan”.

”Sedap masakan hari ini. Terima kasih”

Tidak perlu pujian yang meleret-leret. Cukup ayat-ayat ringkas yang disusun dengan kata-kata indah. Sungguh budaya menghargai ini akan menceriakan suasana keluarga. Mewujudkan suasana positif. Hatta, andai diamalkan dengan baik ketika bersama kawan-kawan mahupun di tempat kerja, pasti berbeza rasanya. Indah lagi puji dan syukur buat Allat swt.

”Kalau mahu hargai, mahu ucapkan kata-kata indah, semasa manusia masih hiduplah. Andai sudah pergi bertemu Tuhan baru hendak nyatakan; sayang, terima kasih….alamatnya, sudah terlambat”.

Itulah falsafah emak dalam menghargai.

Tidak salah mengungkapkan kata-kata indah untuk membungakan hati. Membawa ingatan pada Ilahi. Yang Maha Menghargai hambaNya dengan 99 namaNya.

Cinta dan mencintai Allah



DEFINISI CINTA

Imam Ibnu Qayyim mengatakan, "Tidak ada batasan cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri; membatasinya justeru hanya akan menambah kabur dan kering maknanya. Maka ba-tasan dan penjelasan cinta tersebut tidak bisa dilukiskan hakikatnya secara jelas, kecuali dengan kata cinta itu sendiri.

Kebanyakan orang hanya memberikan penjelasan dalam hal sebab-musabab, konsekuensi, tanda-tanda, penguat-penguat dan buah dari cinta serta hukum-hukumnya. Maka batasan dan gambaran cinta yang mereka berikan berputar pada enam hal di atas walaupun masing-masing berbeza dalam pendefinisiannya, tergantung kepada pengetahuan, kedudukan, keadaan dan penguasaannya terhadap masalah ini. (Madarijus-Salikin 3/11)

Beberapa definisi cinta:
1.Kecenderungan seluruh hati yang terus-menerus (kepada yang dicintai).
2.Kesediaan hati menerima segala keinginan orang yang dicintainya.
3.Kecenderungan sepenuh hati untuk lebih mengutamakan dia daripada diri dan harta sendiri, seia sekata dengannya baik dengan sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, kemudian merasa bahawa kecintaan tersebut masih kurang.
4.Membaranya hati kerana mencari yang dicintai sementara lisan senantiasa menyebut-nyebut namanya.
5.Menyibukkan diri untuk mengenang yang dicintainya dan menghinakan diri kepadanya.

PEMBAHAGIAN CINTA
1.Cinta ibadah
Ialah kecintaan yang menyebabkan timbulnya perasaan hina kepadaNya dan mengagungkanNya serta bersemangatnya hati untuk menjalankan segala perintahNya dan menjauhi segala larangaNya.
Cinta yang demikian merupakan pokok keimanan dan tauhid yang pelakunya akan mendapatkan keutamaan-keutamaan yang tidak terhingga.
Jika ini semua diberikan kepada selain Allah maka dia terjerumus ke dalam cinta yang bermakna syirik, yaitu menyekutukan Allah dalam hal cinta.

2.Cinta karena Allah
Seperti mencintai sesuatu yang dicintai Allah, baik berupa tempat tertentu, waktu tertentu, orang tertentu, amal perbuatan, ucapan dan yang seumpamanya. Cinta yang demikian termasuk cinta dalam rangka mencintai Allah.

3.Cinta yang sesuai dengan tabi'at (manusiawi); yang termasuk ke dalam cintai jenis ini ialah:

a).Kasih-sayang, seperti kasih-sayangnya orang tua kepada anaknya dan sayangnya orang kepada fakir-miskin atau orang sakit.
b)Cinta yang bermakna segan dan hormat, namun tidak termasuk dalam jenis ibadah, seperti kecintaan seorang anak kepada orang tuanya, murid kepada pengajarnya atau syaikhnya, dan yang seumpamanya.
c)Kecintaan (kesenangan) manusia kepada kebutuhan sehari-hari yang akan membahayakan dirinya kalau tidak dipenuhi, seperti kesenangannya kepada makanan, minuman, nikah, pakaian, persaudaraan serta persahabatan dan yang semisalnya.

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Jawapan ALLAH

Kita seringkali bertanyakan persoalan yg mana kita terlupa telah termaktub jawabnya di dalam kalamullah..AL-QURAN..
Renungkanlah...
kerna di situ terungkai segala kekeliruan..
di situ ditemukan jawapan..

1. Kenapa aku di uji?
Jwbnya-(al-ankabut:2-3)

2.Knp aku xdpt apa yg aku idam2kan?
Jwbnya-(al-baqarah:216)

3. Knp ujian seberat ini?
jwbnya-(al-baqarah:286)

4.Knp rasa kecewa?
Jwbnya- (ali-imran:139)

5. Bgaimana harusku hadapi?
Jwbnya-(al-baqarah:45)

6.Apa aku dpt dr semua ni?
Jwbnya-(at-taubah:111)

7. Kpd siapa ku berharap?
Jwbnya-(al-taubah:129)

8. Aku tak mampu bertahan!!
Jwbnya - (yusuf:12)

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Penyayang...

Dalam Proses

Assalamualaikum..
Doanya moga sahabat2 sihat, baik dr segi fizikal mahupun rohaninya.. Lama sungguh blog ni terbiar tanpa ada penambahan isi atau ilmu yg boleh dikongsi bersama.. Syukran jaza' buat sahabat2 yg sering peduli dan bertanyakan khabar selama mana blog ini sunyi tanpa pemiliknya..

Blog "Sufiameera" sedang dalam proses 'update&upgrade'..