Apr 4, 2011

peringatan

Hari ni nak kongsi sedikit hadis. Hadis ni diambil dari rakan semasa satu program yang dijalankan baru-baru ini. Sangat tertarik dengan tazkirah beliau, menimbulkan keinsafan pun ada, semoga dapat manafaat dan istiqomah kearah kebaikan..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Aku nasihatkan kamu hendaklah :

1. Bertakwa kepada Allah kerana bertakwa adalah tunggak bagi setiap amalan.
2. Dan hendaklah kamu membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menjadi Nur untuk kamu dari permukaan bumi
3. Hendaklah kamu banyak berdiamkan diri dan jangan bercakap melainkan perkara yang baik kerana ini akan menjauhkan syaitan daripada kamu dan akan dibantu dalam urusan agama
4. Hindarkan daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa hati kamu akan menjadi mati dan nur daripada wajahmu akan lenyap.
5. Teruskan jihad kerana itulah kesolehan umatku.
6. Hendaklah mengasihi orang miskin dan sentiasalah duduk bersama mereka, lihatlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaanmu. Janganlah lihat keadaan mereka yang lebih tinggi daripadamu kerana dengan itu kamu tidak akan mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepadamu.
7. Hendaklah mengukuhkan tali silaturahim dengan kaum kerabatmu walaupun mereka memutuskan perhubungan mereka dengan kamu
8. Hendaklah kamu memberitahu perkara yang hak kepada sesiapa sahaja walaupun dirasa pahit
9. Janganlah sesekali menghiraukan celaan daripada sesiapa pun dalam menjalankan urusan agama Allah
10. Lihatlah keaiban diri kamu sendiri dan jangan melihat keaiban orang lain. Apabila kamu mempunyai sesuatu keaiban maka janganlah kamu memarahi seseorang yang mempunyai keaiban yang sama.

Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang melebihi perancangan yang baik, sebaik-baik takwa adalah menjauhi perkara yang HARAM dan tidak ada kemuliaan yang setanding dengan akhlak yang baik.

Waallahualam.

notakaki : semua orang nak jadi baik, dan fitrah manusia nakkan kebaikkan, semoga setiap amalan kita ni mendapat keredhaan Allah, nak jadi baik juga tak boleh sorang2, kena ajak jugak kawan-kawan kita untuk jadi baik =)

p/s : kepada sesiapa yang singgah ke blog ni, kalu ada apa2 kesalahan ana, tolong perbetulkan, syukran banyak2 =D

saya rindu dia

Bismillahirrahmanirrahim



DIA selalu menggembirakan hati saya, mula-mula sebelum kehadiran DIA, hidup saya terasa kosong. Tiba-tiba ALLAH anugerahkan suatu sinar. Dengan sikap yang lebih suka mendiamkan diri dan banyak rahsia, hanya DIA saya curahkan rahsia. Sebelum kehadiran dia, semuanya saya ceritakan dalam puisi dan cerpendek yang terlukis di atas kertas bergaris panjang itu, kadang-kadang kertas kosong yang kudus.. Terlalu banyak kisah suka dan duka, dia simpan di dalam “diari hatinya”. DIA tak pernah bersuara, sama ada memberikan saya motivasi atau memarahi saya tatkala saya lemah. Walaupun dia bisu, dia tak ada tangan untuk membelai saya, tapi saya tak pernah pandang dia sebagai makhluk ALLAH yang serba kekurangan. Bagi saya, DIA yang paling memahami saya. Walaupun kadangkala orang lain pandang pelik kat DIA ketika saya keluar “dating” dengannya, tapi saya tak kisah, kerana semuanya dah dicop HALAL!










beberapa minggu yang lepas,semasa ada riot di mesir,saya tnggalkan dia..saya x mampu nk bawa dia..oleh itu,perubatan cawngan tanta yang jaga dia..di malaysia,saya sungguh risau keadaan dia..pasti dia keseorangan tanpa teman..saya rndu dia..

kni,saya berada di mesir dah 3 minggu,tapi masih tidak jumpa dia lagi..merajukkah dia dengan saya??tiap2 hari terngatkan dia..kenaspa dia x datang2 kepada saya..apa yang saya dah buat salah padanya??i wonder y??adakah da dah berubah hati??

pagi tadi,tiba-tiba saya teringat..yang dia mash lagi di bilk perubatan..owh..tidak!!!!!!!!!!!
saya lupa yang dia masih berada di situ..saya lupa nak ambil dia...
owh MY BELOVED Hp laptop,maafkan saya kerana mengabaikan awak sementara waktu...
petang ni saya jenguk dan ambil bawa awak balk yer...tunggu saya tau..
Saya terlalu perlukan awak ketika ni! Semua nota exam saya dalam hati awak… semua karya saya ada dalam jiwa awak… cepat balik ya!

tuhanku..

Saat ini, hatiku terlalu sedih. Semuanya terlalu perit dan pedih. Ujian ini benar-benar membuatku terkadang merintih. Seringkali juga mata mengalirkan air putih jernih. Senyum di bibir terlakar, namun hati di dalam luka bagai dicalar.




Setiap malam bangun mengadap Tuhan. Setiap malam menangis dalam keharuan. Pada teman, maaf, tak kan sesekali ku luahkan. Hanya memberi keresahan pada kalian. Hanya pada satu-satunya Rabbi tempat aku mengadu kini. Ujian ini datang dari-Nya. Maka hanya pada-Nya aku berserah.




Ya Rabbi, tenangkan hatiku. Lapangkan jiwaku. Aku terima seikhlasnya ujian-Mu untuk kali ini. Namun aku amat memerlukan ketenangan dalam hati dan kekuatan dalam diri. Aku amat memerlukan-Mu di sisi. Hanya Engkau yang mampu melakarkan senyuman di wajahku. Hanya Engkau yang mampu menyeka setiap titisan air mataku. Hanya Engkau satu-satunya tempat aku mengadu. Beri kekuatan dan sinar kepadaku. Amiinn..