Feb 2, 2012

senyuman tersirat seribu kesedihan

27/1/2012
salam kasih untuk sufi,

Sufiku,
Saat ini, hatiku terlalu sedih. Semuanya terlalu perit dan pedih. Ujian ini benar-benar membuatku terkadang merintih. Seringkali juga mata mengalirkan air putih jernih. Senyum di bibir terlakar, namun hati di dalam luka bagai dicalar.

Setiap malam bangun mengadap Tuhan. Setiap malam menangis dalam keharuan. Pada teman, maaf, tak kan sesekali ku luahkan. Hanya memberi keresahan pada kalian. Hanya pada satu-satunya Rabbi tempat aku mengadu kini. Ujian ini datang dari-Nya. Maka hanya pada-Nya aku berserah.

Ya Rabbi, tenangkan hatiku. Lapangkan jiwaku. Aku terima seikhlasnya ujian-Mu untuk kali ini. Namun aku amat memerlukan ketenangan dalam hati dan kekuatan dalam diri. Aku amat memerlukan-Mu di sisi. Hanya Engkau yang mampu melakarkan senyuman di wajahku. Hanya Engkau yang mampu menyeka setiap titisan air mataku. Hanya Engkau satu-satunya tempat aku mengadu. Beri kekuatan dan sinar kepadaku. Amiinn..

**sakit,perit rasanya..bukan tak ingin untuk mengubati tapi mahu merasa nikmat kesakitan yang orang lain tanggung supaya bila menjadi dr satu hari nanti,dapat menjiwai kesakitan mereka.bukan menzalimi diri,ibadah tetap dilaksanakan malhan lebih dekat lagi supaya Dia dapat menyembuhkan..ALLAH tahu,kini kuberdepan dengan ujianNya..

p/s:ana memang gemar memikirkan masalah orang dan kadangkala masalah sendiri yang tak tertanggung..akibatnya,sakit terasa.hanya mampu tersenyum dengan sokongan dari sahabta sekeliling.kadang kala gah kan juga diri untuk aktif supaya badan ini tidak terlalu manja..
demam kali ini bukan biasa.malahan luar biasa..sebab:
  • berlaku waktu hari lahir yg ke-21
  • walaupun sakit tekak+selsema+batuk,masih tetap merasai nikmat aiskrim(orang belanja/hehe)
  • pergi book fair yang terbesar di cairo
  • pergi mukhaiyam/daurah 4d/3n(mujahidah quwwah)
  • memikirkan masalah yang tiada kaitan dengan diri tapi terasa ada tanggungjawab disitu

sufi,kau sahaja yang mampu mendengar kan..sahabat sejati yang xkan pergi dikala aku memerlukanmu..

STRIVE FOR MARDHATILLAH

Strive for Mardhatillah

just want to silence

27 january 2012

Terasa macam nak menjadi orang yang bisu dua tiga hari ni..
Tapi saya tak nak jadi orang yang pekak dan buta..
Mungkin suatu hari nanti..
Allah menguatkan hati saya sekuat-kuatnya...
Saya mampu mengatakan apa yang saya ingin katakan sebenar-benarnya...


Allah..niat hati nak tenangkan insan lain..
Alih-alih hati kita yang tak tenang....
Saya hanya mengatakan apa yang saya ingin katakan..
Tak berniat untuk tunjuk bagus...
Tak berniat untuk menyinggung sesiapa...
buat keluarga yang tersayang,
saat dan ketika ini rindu benar bersama kalian..
maafkan andai ada hati yang terluka..
kita insan biasa..
jom kita menadah tangan pada DIA


Sahabat...biarkanlah saya seketika...
Biarkanlah hati ini terawat sendiri...
Teruskan lah hidup dengan baik...


Allah...Dah lama rasanya tak bertanyakan khabar seorang sahabat ni...
Hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraannya....
Biarlah Allah yang menjaga dia di dunia ini...kerana DIA lah sebaik-baik penjaga


STRIVE FOR MARDHATILLAH