Sep 26, 2010

Bukan aku pilih untuk derhaka..

Sufi,pena hatiku..

''Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah kekal selamanya''

Ana sayang mak.ana juga sayang abah.Biarpun hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku,ana masih lagi bElum puas mengucapkannya.Sufi, bukan sedikit air mata mak yang tumpah kerana kerenahku dan saudara-saudaraku.Bukan sedikit keringat abah yang menyimbah bumi untukku dan adik-beradikki.Anak mana yang tak sayang mak dan abah.Biar sehitam mana pun arang yang pernah diconteng ke wajah insan bergelar mak dan abah itu,ana percaya jauh di sudut hati si anak,merekalah ratu merekalah raja.Cuma kejahilan serta kejumudan iman,membataskan kewajaran si anak bertindak sehinggakan ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum derhaka..Wanauzubillah..Usahlah di ungkit kisah si tanggang,jangan disebut sejarah si Malin Kundang.Hati ini cukup gerun membayangkan betapa ana sebagai manusia biasa tidak akan pernah terkecuali daripada cubaan dalam melaksanakan amanah sebagai aeorang anak perempuan.Setiap solat tertunai,setia ana panjatkan doa buat keduanya moga-moga mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi yang Maha Esa.Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menjaga mereka selain dari Allah SWT yang sempurna.



(Doa untuk kedua ibu bapa)
''Allahummaq firli zunubi waliwalidaiiya warhamhuma kama rabbayani soghira''
maksudnya: wahai tuhan,ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana keduanya telah mendidikku dikala aku keci.
Sufi,
Bagaimana boleh ana lupuskan rasa kesalku yang tidak terhingga ini?Berdosanya ana sebagai hambaNya dan lebih parah ternodanya ana sebagai seorang anak.Malu rasanya untuk ana mengaku bahawa kedua insan yang sudah lanjut usianya itu sebagai mak dan abahku,sedangkan mereka sebenarnya terlalu mulia untuk memiliki ana sebagai anak yang hanya tahu marah dan terluka..Ana bertengkar dengan ________. Walaupun mungkin bukan pertengkaran besar,tetapi cukup membuatkan mak bungkam membisu dan menitiskan air mata..
Ana menyesal sebenarnya Sufi.Bukan cara itu sebenarnya yang ana mahu lakukan terhadap _______. Bukan kekasaran yang ana pilih untuk menangani ______.Apatah lagi bukan setiap waktu ana boleh bersama mereka.Tetapi,sikapnya yang amat melampau dan nafsu amarahku lebih dahulu menguasai hati sebelum sempat akalku mengambil tempat.Mana mungkin ana boleh mendapatkan pertolongan Allah SWT,sedangkan ana sendiri seakan-akan sedang merobohkan jambatan untuk sampai kepadaNya.Jenuh ana beristiqfar menginsafi perbuatanku yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang jauh lebih baik dan lembut..
Tiada daya ana menahan kesal.Ana pejamkan mata,bulatkan hati.Bersungguh ana memohon ampun dariNya,agar ana diberikan ruang kemaafan oleh ALLAH..Hatiku tidak tertahan sayu dan jiwaku tidak tersorok pilu,lantas Kau menjadi mangsaku kini..Mujur Kau ada Sufi..Tapi,bukan ku pilih untuk derhaka.
Bila mak kata dia teringat,kita jawab kita sibuk sangat...
Bila abah kata dia rindu,kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang...
Bila abah minta kita singgah,kita jawab kerja kita belum sudah ...
Bila hati kita terguris,kita kata...'Mak memang tak pernah faham',
Bila hati kita terhiris,kita kata...'abah memang tak ambil kisah';
Tetapi...
Bila hati mak kita guris,mak kata...'Tak apa,dia masih muda'
Bila hati abah kita hiris,abah kata...'Tak mengapa,belum sampai akalnya'
Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari hingga bagai hilang kaki..
Bila kita merintih tanda derita,abah bersengkang mata bagaikan tiada lena..
Bila kita sedih kerana gagal,mak setia membekalkan cekal..
Bila kita pilu kerana kecewa, abah teguh berkata dia tetap bangga...
STRIVE FOR MARDHATILLAH..

kisah sebuah permulaan

Assalamualaikum Sufi,senang rasanya dapat memulakan hari dengan berkongsi rasa dengan kau sahabat yang paling memahami.Mudah-mudahan kau akan kekal begitu untuk menyelak lembaran baru nanti..

Selamat petang.Segala puji bagi Allah Tuhan pencipa Sekalian Alam.Selawat serta salam buat junjungan besar Rasulllah SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.Sebuah doa pembuka bicara buat antum semua.Moga-moga kita terus dipayungi kasih sayang dan redaNya..


(Doa diwaktu pagi dan petang)

''A'uzu bikalimatillahit tammati min sharrima khalaq''
maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna,dari kejahatan apa yang terjadi
Hari tetap bermula dengan setia seperti biasa,adanya seribu satu kejadian di bawah satu kuasa yakni yang Maha Esa.Ana,dengan sebuah kesyukuran bangkit dari tempat tidur,gembira tapi mals dan mungkin juga bosan kerana rutin hari-hariku bermula lagi.tapi hari ini sedikit berbeza dengan hari-hari sebelum ini..
Sufiku..
Sesudah mempersiapkan diri dengan hijab yang menutupi auratku,ku mengayun langkah keluar dari rumah bersama kakakku yang tercinta..menuju satu destinasi untuk menyelesaikan satu masalah..Sebaik langkah keluar dari train,Ahh...hiruk-pikuk ibu kota sudah sedia memecahkan gegendang telinga.Inilah irama pagi yang terpaksa kudengarkan.Meskipun ada kalanya irama itu sumbang..Laju ku teruskan langkah menuju ke tempat itu...
Hai Sufi tinta hatiku..
Sepulangnya ana tadi, lelah dan penat tidak terhingga.Ana termenung sejenak dalam kereta mengenangkan betapa rencahnya hari yang ana lalui tadi.Alhamdulillah,segalanya daapt jua ana redahi walaupun bibir ada kalanya nakal tanpa sedar terkeluar keluhan kecil..Astaqfirullah..
Tak baik dikesalkan apa yang telah berlaku..kerana itu semua adalah ketetapan Allah untuk kita.
Sufi,
ingin ana kabarkan berita gembira yang telah ana terima sebaik berada di Seri Kembangan tadi..Pihak atasan memberitahu bahawa flight group ana pada 6/10/2010 ni..InsyaALLAH pada pukul 1030 pagi.tapi pukul 7 pagi sudah perlu berkumpul di Bay K..aish..Awalnya,kesian betul pada siapa yang jadi mangsa ana untuk menghantar ana ke airport..kihkih..tapi rasanya,ramai la makcik-makcik dan pakcik-pakcik ana yang tidak dapat hantar..Sebab waktu ana pergi itu,hari Rabu..waktu budak-budak bersekolah dan waktu hari orang bekerja...Erm...sedihnya..=(
tidak mengapalah,apa yang ana perlukan hanyalah iringan doa dari mereka semua..InsyaALLAH..
Tadi,semasa ana di dalam train komuter,macam-macam kerenah dan rencah kehidupan masyarakat Malaysia ni..Ada yang buat kerja sendiri,ada yang apabila tersenyum,maka senyumannya di balas dan ada juga yang apabila di sapa menyombongkan diri..Yang menggelikan hati ana,ada satu famly ni bawa 3 orang anak dan mereka sedang makan gula-gula.Anak makcik yang nombo 2 ni(x silap ana lah) nakal sikit.Bila membuka pembungkus gula-gula tu,bukan terus disimpan dahulu malah diletakkan di celah-celah kerusi tempat yang didudukinya itu..hehe,ana memandang sahaja dari jauh..kanak-kanak....
Kini,malam berlabuh jua meninggalkan siang.maka,ana pun teruskan segala rutin harian ana seperi biasa..Beribadah kepadaNya itu memang wajib..malah harus ditingkatkan menjadi yang lebih baik..insyaALLAH..
Setiap kali ada permulaan,pasti ada akhirnya...
Setiap kali ada awal pasti ada hujungnya..
Begitu juga,
Setiap kali ada hari pasti ada yang menanti..
Setiap kali ada munggu pasti ada yang menunggu...
Setiap kali ada bulan pasti ada yang berdepan..
Setiap kali ada tahun pasti ada yang dipohon..
Yang pasti itu..
Adalah janji ILAHI yang tidak siapa ketahui isinya...
STRIVE FOR MARDHATILLAH