Sep 3, 2010

Antara realiti dan semalam...

12 Mac 2009

Ahhhh!!!! Aku tersedar daripada tidur seolah-olah ada sesuatu yang menganggu kematian sementaraku diwaktu dinihari. Keadaan di sekeliling agak menyeramkan kerana tiada satu cahaya pun yang mampu menyinari ruang bilikku, di tambah pula dengan suara burung hantu yang mampu menegakkan setiap bulu roma yang terdapat di badanku. Jam di tanganku telah menunjukkan pukul 4 pagi. Penelitianku terhadap anak jarum menyebabkan aku begitu teruja. Alangkah bagusnya aku menjadi seperti engkau wahai jam, berkejaran dan berlari-lari bersama-sama seumpama adik kecil yang menginginkan kehadiran abang di dalam kehidupannya

Sedang aku menggelamun di dalam angan-anganku, angin bertiup halus di setiap susuk tubuhku bagai menolakku agar bangun menunaikan kewajipan ibadah sunat hamba kepada Tuhan Yang Maha Pencipta. Tetapi apakah daya melihat keadaan diriku ini yang uzur lahiriah daripada sudut pandangan mata. Inilah takdir Tuhan Yang Maha Menentukan. Kakiku cacat sebelah dan boleh di katogerikan sebagai orang kurang upaya (OKU). Kehilangan nikmat yang Allah kurniakan sementara kepadaku berpunca daripada kemalangan ngeri dua bulan lepas yang meragut sejumlah ahli keluargaku kecuali diri ini. Kini aku hidup keseorangan tanpa ada teman yang mampu menemaniku bila saat aku dalam kesusahan menjalani hidup yang begitu bermakna. Cuma kini yang banyak membantuku dalam memberi kebahagiaan bukanlah seorang manusia tetapi seekor haiwan yang tidak diberikan akal oleh Allah kepadanya.

Aku cuba untuk menggagahkan diri untuk bangun daripada kamar tidurku dengan bantuan sebatang tongkat yang di perbuat daripada kayu yang diukir halus. Aku terus berjalan menuju ke bilik air dan terus mangambil wudhuk. Selapas aku menunaikan solat tahajud 2 rakaat, aku bermunajat kepada tuhan dengan menadah tangan ke langit seraya memohon keampunan. Tanpa aku sedari, air mata suci yang boleh memadamkan api neraka kelak gugur membasahi pipi yang kegersangan. Aku teringatkan kembali peristiwa sedih yang mampu menggugat keegoistikan seseorang menjadi lembut. Kenangan buruk inilah yang sentiasa menusuk dan terpahat di hatiku sehinggalah aku meninggalkan dunia yang fana ini.


4 Januari 2009 (imbasan)

Man, bangun Man !!! Bangun !! Ibu mengejutkan aku supaya bangun daripada tidur. Astaghfirullah, mengigau rupanya aku. Bajuku habis lencun dibasahi oleh peluh yang mengalir. Aku teringat akan mimpi yang menyerangku seolah-olah seperti seekor singa yang mengejar satu-satunya mangsa setelah berjuang bermati-matian. Sewaktu itu, aku bersama-sama dengan keluargaku pergi berkelah di tepi pantai berdekatan dengan sebuah pokok yang indah setinggi dua orang dewasa. Aku melihat keseronokkan yang di gambarkan oleh kedua orang adik beradikku, Azman dan Azmin berdasarkan keriangan yang dipamerkan oleh keduanya. Pembinaan istana pasir sedikit sebanyak membuatkan perasaanku begitu teruja melihat kebolehan yang ditunjukkan oleh mereka. Kesungguhan mereka menyebabkan segala pergerakan di sekeliling telah diabaikan walaupun panggilan ibuku sering kali memanggil mereka balik ke tapak perkelahan. Setelah beberapa kali dipanggil, barulah mereka kembali ke pangkuan asal untuk mengisi perut yang sedang kelaparan. Dalam masa kami menikmati hidangan serta ketenangan yang jarang didapati di kawasan bandar. Tiba-tiba, aku terdengar satu ngauman enjin kereta yang tidak aku tahu di mana datangnya bunyi tersebut. Aku cuba mencari koordinat asal bunyian yang dikeluarkan oleh kereta itu dan alangkah terkejutnya aku apabila aku terpandang sebuah kenderaan memecut laju ke arah kami. Aku mula berasa panik dan kaku seolah-olah segala wayar yang ada di dalam kepalaku putus dan berlakunya “Short Circuit”. Tidak terucap walau satu patah perkataan pun daripada mulutku. Dadaku mula berdebar-debar kesan daripada keluarnya hormon adrenalin dan aku merasakan waktu yang tajam seperti pedang menjadi sebilah keris yang tidak mampu untuk memancung kepala manusia. Masa begitu perlahan sehinggakan segala perbuatan di sekeliling aku turut menjadi perlahan selambat masa. Tanpa sempat untuk aku mengelak, aku dilanggar dengan hentaman yang sangat kuat dan menyebabkan aku tercampak ke belakang sejauh lima meter. Pada masa itu, merasa juga aku menjadi seperti seekor burung yang berterbangan bebas di udara dan dalam masa yang sama juga,banyak darahku yang keluar membasahi bumi seolah-olah mahu lari daripadaku. Saat itu dunia tidak manjadi realiti bagiku dan segala bayangan yang ada semua menjadi kabur. Aku dapat merasakan rohku seolah-olah direntap keluar daripada badan yang sedang mengalami kesakitan………..

Setiap hari keasyikan memikirkan peristiwa dalam mimpi semakin menjadi-jadi. Mimpi yang dialami dirasakan seperti satu kejadian yang mungkin betul-betul akan berlaku kepada diriku. Aku tidak mahu mimpi yang mengejarku menjadi satu realiti dalam kehidupan. Aku menabahkan diri dan terus manganggap kejadian ini adalah satu mainan mimpi semata-mata…


11 Januari 2009(imbasan)

Man, hari ini ibu dan ayah mahu membawa Man dan adik-adik pergi berkelah di tepi pantai. Suruh adik-adik tu bersiap sedia, dalam pukul 10.00 pagi kita akan bertolak ke Danga Bay. Kata ibu dengan penuh semangat. Ibu sangat berharap agar dengan rehlah yang dilakukan dapat meneratkan lagi jurang yang terdapat di kalangan ahli keluarga. Tiba-tiba, aku seperti diserang satu ketakutan. Jantungku rasanya seperti hendak tercabut bila teringatkan kembali mimpi buruk yang hampir mirip dengan keadaan sebenar di mana mimpi ngeri berlaku di tepi pantai. Adakah kejadian ini betul-betul akan berlaku? Persoalan ini sentiasa bermain di pemikiranku. Tidak mungkin kejadian ini akan berlaku. Aku membidas seratus peratus persoalan diriku. Segala persiapan telah aku sediakan dengan sebaik-baiknya dan dimasukkan ke dalam kenderaan buatan Jerman. Maka bermulalah perjalanan yang agak mendebarkan jiwaku…..

Di dalam perjalanan, aku menceritakan kejadian yang menimpa aku di dalam mimpi yang lepas. Aku berusaha untuk meyakinkan ibu dan bapaku kemungkinan peristiwa itu akan berulang lagi. Tetapi reaksi mereka yang diterima oleh aku adalah sebaliknya. Mereka terus mengasak aku dengan kata-kata yang mengurangkan keyakinan yang ada di dalam diriku. Aku pasrah dengan segala apa yang diperkatakan kepada aku. Sedikit terguris perasaanku bila dilayan sebegitu. Sesampainya aku di sana, pemilihan tapak dilakukan oleh bapaku dan yang hanya aku perlu lakukan adalah mengangkat barang dan menyusun di atas tikar yang berharga RM50. aku bergambar bersama keluargaku untuk dijadikan kenangan di hari kemudiaan sebelum memulakan aktiviti seperti yang dirancang. Selepas selesai segala aktiviti, kami balik ke tapak perkelahan kecuali Azman dan Azmin yang sedang sibuk membina istana pasir yang mereka idam-idamkan. Tiba-tiba, ketakutan kembali menujah dadaku sehinggan menyebabkan mukaku berkerut seribu wajah. Peluh mula menampakkan dirinya dan terus jatuh ke bumi disebabkan wujudnya tarikan graviti. Aku mengajak ibu dan bapaku pergi bersiar-siar, tetapi mereka menolak permintaanku denga alasan untuk melepaskan lelah kepenatan. Ibu memanggil adik-adikku supaya kembali ke tapak perkelahan untuk menjamu selera selepas penat bermain

Seperti yang diduga selepas 5 minit berehat, kedengaran ngauman enjin sebuah kereta laju memecut ke arah kami. Aku cuba menghalang keadaan itu daripada terus berlaku. Aku berlari dengan pantas menuju ke arah keluarga selepas membasuh tangan untuk memberi amaran tetapi tidak sempat. Kereta itu sudah terlalu hampir dan terus melanggar ibu dan bapaku serentak dan seterusnya adik-adikku. Aku sempat melakukan aksi “Matrix” dengan mengelakkan seluruh bandanku daripada dilanggar kereta kecuali kaki sebelah kanan. Aku mulai merasa kesakitan tiga saat kemudian putusnya kaki aku selepas digilis oleh kereta dengan menampakkan tulang kaki yang putih warnanya dan disaluti dengan darah yang berwarna kemerah-merahan. Aku menjerit sekuat-kuatnya akibat kesakitan yang ditanggung teramat sangat. Aku dikerumuni oleh orang ramai. Sedang aku berpusing-pusing menahan kesakitan, aku terpandang sekujur tubuh badan yang kehilangan kepala. Bila diamati barulah aku perasan bahawa itulah ibuku berdasarkan pakaian yang dipakai olehnya. Ayah serta adik-adikku semua hilang daripada pandangan mataku. Aku menangisi dan menjerit memanggil ibuku…. Ibuuuuu !!!.. Tiba-tiba, pandanganku mulai kabur dan akhirnya aku rebah tidak sedarkan diri.


20 Februari 2009

Hari itu, aku dikeluarkan daripada Hospital Besar Johor. Aku pulang ke rumah asalku kerana rindu akan biah kehidupan disana. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung getus hatiku. Kepulanganku tidak disambut oleh sesiapa pun kerana semua yang aku kenali telah hilang daripada pandangan mataku. Aku begitu sedih akan kejadian yang menimpa kerana yang berlaku adalah sebaliknya antara mimpi dan realiti. Itu semua adalah takdir dan ketentuan Allah, mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Sekarang kehidupanku hanyalah bergantung kepada makanan yang ada di rumah dan rezeki yang diberikan oleh Allah kepadaku melalui jiran-jiran yang prihatin terhadap diriku…


12 Mac 2009

Aku mengaminkan doa setelah selesai memohon bantuan serta pertolongan daripada Allah, aku lantas bangun meneruskan kehidupanku seperti biasa tanpa ditemani oleh orang yang tersayang.

*degupan jantung ini tidak bisa berhenti selagai ku tidak mngerti pengakhirannya....ALLAH,bantuku..

No comments: