Sep 26, 2010

Bukan aku pilih untuk derhaka..

Sufi,pena hatiku..

''Kasih ibu membawa ke syurga,kasih ayah kekal selamanya''

Ana sayang mak.ana juga sayang abah.Biarpun hakikat itu diketahui semua orang dalam hidupku,ana masih lagi bElum puas mengucapkannya.Sufi, bukan sedikit air mata mak yang tumpah kerana kerenahku dan saudara-saudaraku.Bukan sedikit keringat abah yang menyimbah bumi untukku dan adik-beradikki.Anak mana yang tak sayang mak dan abah.Biar sehitam mana pun arang yang pernah diconteng ke wajah insan bergelar mak dan abah itu,ana percaya jauh di sudut hati si anak,merekalah ratu merekalah raja.Cuma kejahilan serta kejumudan iman,membataskan kewajaran si anak bertindak sehinggakan ada kalanya melanggar batas agama dan boleh jatuh ke hukum derhaka..Wanauzubillah..Usahlah di ungkit kisah si tanggang,jangan disebut sejarah si Malin Kundang.Hati ini cukup gerun membayangkan betapa ana sebagai manusia biasa tidak akan pernah terkecuali daripada cubaan dalam melaksanakan amanah sebagai aeorang anak perempuan.Setiap solat tertunai,setia ana panjatkan doa buat keduanya moga-moga mereka sentiasa dirahmati dan dilindungi yang Maha Esa.Sesungguhnya tiada siapa yang mampu menjaga mereka selain dari Allah SWT yang sempurna.



(Doa untuk kedua ibu bapa)
''Allahummaq firli zunubi waliwalidaiiya warhamhuma kama rabbayani soghira''
maksudnya: wahai tuhan,ampunkanlah dosaku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah mereka sebagaimana keduanya telah mendidikku dikala aku keci.
Sufi,
Bagaimana boleh ana lupuskan rasa kesalku yang tidak terhingga ini?Berdosanya ana sebagai hambaNya dan lebih parah ternodanya ana sebagai seorang anak.Malu rasanya untuk ana mengaku bahawa kedua insan yang sudah lanjut usianya itu sebagai mak dan abahku,sedangkan mereka sebenarnya terlalu mulia untuk memiliki ana sebagai anak yang hanya tahu marah dan terluka..Ana bertengkar dengan ________. Walaupun mungkin bukan pertengkaran besar,tetapi cukup membuatkan mak bungkam membisu dan menitiskan air mata..
Ana menyesal sebenarnya Sufi.Bukan cara itu sebenarnya yang ana mahu lakukan terhadap _______. Bukan kekasaran yang ana pilih untuk menangani ______.Apatah lagi bukan setiap waktu ana boleh bersama mereka.Tetapi,sikapnya yang amat melampau dan nafsu amarahku lebih dahulu menguasai hati sebelum sempat akalku mengambil tempat.Mana mungkin ana boleh mendapatkan pertolongan Allah SWT,sedangkan ana sendiri seakan-akan sedang merobohkan jambatan untuk sampai kepadaNya.Jenuh ana beristiqfar menginsafi perbuatanku yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang jauh lebih baik dan lembut..
Tiada daya ana menahan kesal.Ana pejamkan mata,bulatkan hati.Bersungguh ana memohon ampun dariNya,agar ana diberikan ruang kemaafan oleh ALLAH..Hatiku tidak tertahan sayu dan jiwaku tidak tersorok pilu,lantas Kau menjadi mangsaku kini..Mujur Kau ada Sufi..Tapi,bukan ku pilih untuk derhaka.
Bila mak kata dia teringat,kita jawab kita sibuk sangat...
Bila abah kata dia rindu,kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila mak minta kita pulang,kita jawab kita belum lapang...
Bila abah minta kita singgah,kita jawab kerja kita belum sudah ...
Bila hati kita terguris,kita kata...'Mak memang tak pernah faham',
Bila hati kita terhiris,kita kata...'abah memang tak ambil kisah';
Tetapi...
Bila hati mak kita guris,mak kata...'Tak apa,dia masih muda'
Bila hati abah kita hiris,abah kata...'Tak mengapa,belum sampai akalnya'
Bila kita menangis tanda lapar,mak berlari hingga bagai hilang kaki..
Bila kita merintih tanda derita,abah bersengkang mata bagaikan tiada lena..
Bila kita sedih kerana gagal,mak setia membekalkan cekal..
Bila kita pilu kerana kecewa, abah teguh berkata dia tetap bangga...
STRIVE FOR MARDHATILLAH..

No comments: