Sep 1, 2010

PoHOn epal




Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal
ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan
epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di
perdu pohon epal ersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi
tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu... anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja.
Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar
pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal
tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pohon epal itu." Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi
gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu." Aku mahukan permainan.
Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang
sedih. Lalu pohon apel itu berkata, "

Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk
mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan."

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi
dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa
sedih.

Masa berlalu...Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku,"
ajak pohon epal itu."Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa
bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal
itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong
kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal
itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu
tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu.
Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon
epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pohon epal itu." Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak
lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya lelaki itu."

Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," kata pohon epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan
menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan
gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu
hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon
epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon
epal itu."

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akaryang
hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu."

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku
merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.Lalu lelaki
tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.

Tersebut. Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu
adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain
dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan
mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali
meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka
tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan
gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap
kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya
bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah
jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa
menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Note: Betapa besarnya pengorbanan "epal" sehingga kita alpa dan leka








STRIVE FOR MARDHATILLAH

No comments: