Nov 13, 2010

kalam tinta Sufi..

Bismillah..


Pohon warkah melambai memanggil diriku.Membawaku menikmati secangkir keindahan di lautan kalam seorang hamba.Kedamaian yang dilukis oleh aza wajalla itu,ku persilakan masuk ke kamar ilmu dalam sanubari.Agar bisa memberi ketenangan yang dinanti.Walaupun ku mengerti bahawa ilmu hamba ini setohor lubuk kekeringan.Namun itu bukan alasan agar ku bisa tumbang sebelum berjuang.Dengan ilmu yang masih berbaki ini,ingin ku jadikannya sebagai benteng pena hitam.Agar segala butiran ilmu yang dicoret,tidak tersimpang jauh dari manhaj yang dilandaskan.Desiran nyanyian ombak rancak berbunyi menembusi corong telinga.Merdu rentak ombak yang dialunkan untuk menjadi halwa telinga kepada sesiapa yang mendengar.



Sejauh mata memandang,kelihatan semut kapal laut sedang bergerak megah di samudera lautan. Sedikit kekaguman singgah sebentar dalam daerah hati.Hebat ciptaan manusia dengan menggunakan akal pinjaman dari aza wajalla.Mampu berfikir untuk menolak hukum alam bahawa besi akan terapung di lautan.Sedangkan hokum alam telah bersepakat bahawa besi akan tenggalam dek tiba di permukaan air.Namun,akal manusia mampu untuk menafikan ketetapan itu.


Subhanallah!!!..


Ciptaan allah sofistikated.


Dengan itu,patutlah sang mausia dipilih oleh jalla jalalah untuk menjadi khalifah di atas pentas lakonan ini.Tidak sepenuhnya mengikuti skrip yang dikarang cantik oleh rabbul izzati itu.Tetapi,diolah cantek bersesuaian dengan kehendak ‘haiwan’ manusia ini.Maka beruntunglah kepada sesiapa yang mampu mengstakhdimkan aqal yang dipinjamkan ini,untuk kebaikan pelakon-pelakon di atas pentas yang kita pijaki sekarang.


Kekaguman yang singgah di dalam daerah hati itu tadi,meminta izin untuk berundur diri.Kornea mata kembali menikmati hidangan keindahan lautan kalam seorang hamba.Memikirkan segala macam mungkin yang membuat aqal ini terus ligat berfikir tentang kehebatan Allahhu Rabbi.

ALLAH,Engkau Maha Hebat..Tidak dapat kunafikan kehebatan ciptaanMu...
tertunduk malu ku padaMu kerana semua nikmatMu padaku hanya pinjaman semata-mata...

STRIVE FOR MARDHATILLAH

No comments: