Nov 16, 2010

Raya haji...korban...



salam raya adha.
.ana terima mesej daripada sahabat..untuk ana kongsi bersama..=)

Daripada Aisyah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tiada amalan anak Adam pada hari Aidiladha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati. (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

12:03 AM 11/15 Esok, Isnin 15 Nov 2010 bersamaan 09 Zulhijjah 1431H (di Tanah Saudi, bumi Syam dan lain2) merupakan hari Arafah. Jom, sama-sama kita berpuasa menyahut saranan Nabi kita dalam menghayati dan menghidupkan hari yang mulia itu. Bagi insan di tanahair Malaysia kita, anda juga digalakkan berpuasa esok sebagai puasa sunat pada hari Isnin dan hari Selasa jatuhnya hari yang ke 09 Zulhijjah. Selamat menghayati hari Arafah!

11:07 AM 11/16 Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” Riwayat Ibn an-Najjar





No comments: