Jan 26, 2011

selamat hari lahir Ameera,!!

cheese cake..nyum2..

kek bufday buat sendiri since xde sapa nak buatkan..wa..=(

Bismillahi wal hamdulillah...
Subhanallah...Sufi,

Langkah demi langkah dihayun. Masa yang berlalu begitu jauh meninggalkan ana. Segala yang berlaku, tersimpan rapi dalam lipatan kenangan ana. Segala pahit manis dan suka duka telah ana lalui. Begitu cepat masa berlalu. Semakin hari, semakin bertambah umur ana. Tak dapat untukku putarkan masa walaupun sesaat. Yang berlalu tetap akan berlalu. Sedar tak sedar ana berada pada tahun 1433. Tahun 2011 bermakna umur ana 20 tahun.bermakna jugak ana telah meninggalkan umur belasan tahun..subhanallah...cepatnya waktu berlalu.. Teringat ana akan salah satu daripada 6 pesan Imam al-Ghazali kepada anak muridya...

Imam al-Ghazali bertanya kepada anak muridnya " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Sufi,

Muhasabah diri...
Tersentak diri ana dengan kata-kata Umar Al-Khattab: Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan.... Hari demi hari berlalu. Namun, berapa banyak kita menghitung keburukan, kemaksiatan dan kelalaian yang telah kita lakukan selama ini???Amal kebaikan, ibadat,zikrullah...???Adakah kita hanya berpuas hati dengan amalan kita untuk kita gapai syurga ALLAH??? Kita impikan redha-Nya...namun kita tak sedar sebenarnya banyak perkara yang kita lakukan selama ini mengundang kemurkaan-Nya



Astaghfirullah.....
Ya Allah, ampunkan segala dosaku, kelalaian diriku, kemaksiatan yang aku lakukan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Ya Allah, kurniakankah keikhlasan dalam setiap perkara yang aku lakukan. Aku mengharapkan redha-Mu pada setiap apa yang aku lakukan. Jauhkanlah aku dari kemurkaan-Mu. Jangan sehingga redha-Mu yang ku dambakan, namun kemurkaan-Mu yang ku dapat. Jadikanlah hari-hari yang mendatang, menjadikan aku semakin hampir dengan-Mu, bukan semakin jauh dari-Mu seperti hari-hari yang telah berlalu. Semoga Engkau menerima segala amalanku dan kabulkan doaku. Aminn...ya Rabbal 'alamin.


'Islam Manhaj al-Hayah'


p/s: Sahabat2,doakan moga diri ini sentiasa dilindungi ALLAH.marilah kita sama2 Tanamkan tekad dan semaikan azam dalam diri agar segala matlamat yang ingin dicapai menjadi kenyataan. InsyaAllah...Barakallahufikum.....

No comments: