May 4, 2011

ALLAH bantuilah aku..

salam,
duhai sufiku....

Mata nampak 'tekun' menhadap buku, tajuk :superior mediastinum(anatomy). Dari dekatnya, ada titis-titis air yang bergenang yang tidak nampak di pandangan org lain. ya, hatiku masih menangis...setelah puas kupujuk, ia masih gagal utk berhenti... baris demi baris dlm perenggan buku tersekat2.. seolah sakit utk diteruskan. fikiranku bagai terbelah, satu diminta utk fokus, dan satu lagi terbang melayang ke awan. Allah, kau berikan aku ilham petunjuk, untuk aku membuat suatu keputusan. Aku tak mahu ia terbaik utk hatiku, namun aku mahu keputusan yang terbaik dari sisiMu... biar ia menyakitkan untukku, asalkan dalam redhaMu.
Sembuhkan hatiku..wahai Tuhan yang memiliki hati ini...



Setiap kali menulis di ruang ini, ia sbnarnya berselubung dgn rasa-rasa kesedihan. Rasa jiwa yang sakit, dgn hati yg lara... yg bnr2 menyakitkan, yg x mmpu terluah pd siapapun. terkurung dlm penjara hati, yg mampu terluah dgn deraian air mata..
ia suatu perasaan cinta yg sakit..dan membuahkan penderitaan.
Allah, aku hanya minta kepadaMu sesuatu yg bermakna utk diraih di dunia dn di akhirat. Aku hanya dambakan cintaMu, yg seharusnya menjadi utama di hati ini. Kau damaikan hatiku dlm ketentuanMu.. semaikan rasa redha dan ketenangan dlm jiwa ni. Allah, sakitnya... mahu sahaja aku buang ia. Aku mahu terbang tinggi bagai burung, melihat keindahan wajah bumiMu yang mendamaikan...
Allahu Rabbi, Kau tabahkan aku dengan ujian ini, dan aku takkan sama sekali menolaknya..malah kau bantulah aku dlm menyelesaikannya..

Allahu akbar... saban hari, semakin terasa berat jari-jemari ingin menulis.. diari sudah lama kian tidak terusik.. entah kenapa, mungkin itu jua sebab byk yg terbuku di hati ni x mampu diluahkan... pelbagai rasa bersarang di hati, x mampu terluah. ya, saya tak mampu lg menulis di sini.

kadangkala bila difikirkan kembali... mgkin sudah terlalu byk titik hitam menghuni hati... terasa kdg2 Dia juga semakin jauh. bukanlah Dia yang menjauhkn diri, tapi ana sendiri yang menjauhi dirinya.. itulah punca hati kian 'sakit'. kdg2..ingin rasanya nak lari dari diri yg sekarang... sy mahu hati ana yg dahulu yg menghuni di jiwa, tapi sy tahu bukan hati yang patut dicari...tapi Allah. ya, Allah yang patut dicari.

Allah, sesekali tidak hati ini mahu menduakan cintaMu
aku mahu mengasihiMu lebih dari dari yang lain dan diriku
Allah, aku mahu menangis rindu
Aku cuma mahukan redhaMu
Aku tak mahu fikirkan sesuatu yang belum pasti untukku..
Allah, bntu aku yang kian merasakan tidak terbantu..

Engkau lebih mengetahuinya..

No comments: