Oct 8, 2011

masa itu berharga..

bismillah..
sufiku sayang,

Masa ini ada pasang surutnya, ia peringatan buat kita. Kita tidak hebat menguasainya, meskipun kita merasa begitu. Tiada Siapa berjaya menguasainya. Semakin kita mencuba memahaminya, semakin kita tahu bertapa hebatnya makhluk bernama Masa ini. Masa itu emas,Masa pengubat jiwa dan Masa menjawab sengketa. Bukan semua berkesempatan mendalami makna sebuah masa, berehatlah seketika untuk memahaminya. Ini kebenarannya, masa itu akan terus berlalu dengan cepat dan kita hanya boleh berusaha setelah merencanakan perjalanan hidup ini. Kini, masa akan berlalu singkat.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".H.R.Termizi
.

sufi,ingatlah masa itu Emas.Kita cubalah memperbanyakkan amalan kerana hidup kita jangan melebih2kan perkara lain kecuali untuk mendapat keredhaan Allah. Objektif tidak sepenting proses kita mencapainya kerana proses2 inilah membuktikan segalanya. Proses2 inilah yang memakan masa kerana mana mungkin kita boleh mencapai sasaran kita dengan mudah. Adapun dengan cara yang salah dan meskipun kita tidak berjaya,bukan bermakna kita gagal kerana telah menghadapi dugaan yang pelbagai dalam proses2 tersebut. Ia hanya sia2 andai kita membuang jauh pengalaman tersebut. Masa hanya sekali beredar dan tidak akan kembali lagi.
.
Masa pengubat jiwa. Susah! Memang susah menyelesaikan konflik kehidupan ini. Namun, percayalah ini merupakan kelebihan yang ada pada masa. Kadang2 ada perkara yang tidak serasi dengan hidup kita dan kita akan disedarkan dengan hentakkan yang kecil atau sebaliknya. Pedihnya masih terasa seperti ingin didendamkan dan dirobek. Nasihatnya, ambillah masa kerana ia sangat membantu kita meredakan kemarahan dan berfikir. Kita boleh memilih! Kita membuat keputusan, seeoloknya kita putuskan agar konflik tersebut sebagai dugaan dan pengalaman buat kita. Syurga itu hanya untuk orang yang sabar menempuhi dugaan kehidupan seperti Nabi2 dan wali2.
.
Masa menjawab sengketa. Ini merupakan takdir, ia berkenaan dengan kesanggupan kita mengapai peluang diberikan dalam masa. Dalam kita bersengketa, kita diberikan masa. Tanpa kita sedari,masa inilah diserikan dengan senyuman yang mengakhiri sengketa atau terserempak dengan kenalaan lama yg bermasalah yang diakhiri dengan gelak ketawa. Namun,persengketaan hanya boleh diselesaikan dengan diikuti sifat keterbukaan kita.
Begitulah kehebataan masa dalam erti seorang manusia dan kewujudan masa ini anugerah dari Pencipta buat orang-orang yang bersedia menginginkannya.


Strive for Mardhatillah

No comments: