Nov 18, 2017

Kembali menjengah

        Asslamualaikum wbkt,

Setelah sekian lama meninggalkan penulisan blog,rasa ingin kembali semula menulis.
Tiba-tiba rindu pada penulisan dan yang pastinya tempat terbaik adalah di blog ini.

Bila dilihat semula,post terakhir adalah pada tahun 2012.sewaktu saya masih belum berkahwin.tapi kini alhamdulillah saya telah dikurniakan 2 orang anak.dan yang pastinya,macam-macam cerita sepanjang 5 tahun berlalu ini.pahit manis memang menjadi ragam plot cerita semua orang termasuklah saya.saya akan cuba usahakan untuk kongsi satu-satu ceritera saya untuk saya abadikan dalam ini agar zuriat dan keturunan saya boleh membacanya satu hari nanti seperti yang saya harapkan sebelum ini.

Kini,saya dalam pengajian tahun akhir bidang perubatan dan sedang dalam fasa imtihan akhir tahun.hanya tinggal baki beberapa bulan sahaja lagi untuk menghabiskannya.syukur pada Allah,masih tegar didalam bidang ini walaupun banyak dugaan dan mehnah melanda.sesungguhnya hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.hanya dia sahaja yang menjadi pendamping setia.

Untuk post dan perkongsian kali ini,saya hanya ingin mengatakan yang saya telah kembali dan akan berusaha untuk tetap berada disini sehingga ke akhirnya.inshaAllah akan berjumpa semula untuk post-post seterusnya dengan perkongsian yang lebih bermanfaat dan lebih matang(hehe,umur telah menungkat dewasa hampir ke 30,hukhuk)




Perkenalkan ini anakanda tersayang saya Yahya 'Ayyash dan 'Issa Nashar,mashaAllah,inilah antara nikmat utama yang Allah telah berikan pada saya dan suami.disamping nikmat-nikmat yang lain tidak terkata.





Ini pula,saya dan suami kesayangan, Dr Azizul Hakim.tetapi gambar ini diambil 5 tahun yang lepas,beberapa bulan setelah bernikah.dia nampak sihat,tetapi mashaAllah sekarang terlebih-lebih sihatnya :))

Mungkin setakat ini sahaja post saya kali ini,inshaAllah post saya seterusnya akan menyusul.

Allahu'alam.

No comments: