Aug 10, 2010

Solat terawih dan solat witir

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama mengimarahkannya dengan melakukan ibadat2 yg telah dianjurkan kpd kita..sperti yg kita sedia maklum,solat terawih adalah solat yg sentiasa dilakukan ketika waktu bulan ramadhan..oleh itu,marilah kita mempelajari dan refresh apa yg telah kita tinggalkan setahun yg lalu..insyaALLAH...

SOLAT TERAWIH.

Lafaz niat Solat Terawih: ( Solat sendiri)

Usolli Sunnatal Taraawihi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala


atau berimam/makmum

Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta’ala

Hukum – Sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut)
Bilangan Rakaat:
- 8 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir
- 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Cara Solat Tarawih:
- Waktunya selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak
- Biasanya selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak
- Ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram
- Ada juga dengan 2 kali 4 rakaat masing² dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.


SOLAT SUNAT WITIR


Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan seafdal-afdalnya 11 rakaat .

Lafaz niat :


Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah dan surah Al-A’la .

Pada rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun .

Setelah memberi salam,berdiri lagi dan lakukan satu rakaat witir .

Lafaz niat

Usolli Sunnatal Witri Rak atan Lillaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta’ala .

Baca Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .

Bila mendirikan Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah seluruhnya enam salam

Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku’ :

Selepas itu berdoalah tiga kali:


Ertinya: “Ya Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu dan aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji dirimu “

STRIVE FOR MARDHATILLAH

No comments: