Apr 4, 2011

peringatan

Hari ni nak kongsi sedikit hadis. Hadis ni diambil dari rakan semasa satu program yang dijalankan baru-baru ini. Sangat tertarik dengan tazkirah beliau, menimbulkan keinsafan pun ada, semoga dapat manafaat dan istiqomah kearah kebaikan..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Aku nasihatkan kamu hendaklah :

1. Bertakwa kepada Allah kerana bertakwa adalah tunggak bagi setiap amalan.
2. Dan hendaklah kamu membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menjadi Nur untuk kamu dari permukaan bumi
3. Hendaklah kamu banyak berdiamkan diri dan jangan bercakap melainkan perkara yang baik kerana ini akan menjauhkan syaitan daripada kamu dan akan dibantu dalam urusan agama
4. Hindarkan daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa hati kamu akan menjadi mati dan nur daripada wajahmu akan lenyap.
5. Teruskan jihad kerana itulah kesolehan umatku.
6. Hendaklah mengasihi orang miskin dan sentiasalah duduk bersama mereka, lihatlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaanmu. Janganlah lihat keadaan mereka yang lebih tinggi daripadamu kerana dengan itu kamu tidak akan mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepadamu.
7. Hendaklah mengukuhkan tali silaturahim dengan kaum kerabatmu walaupun mereka memutuskan perhubungan mereka dengan kamu
8. Hendaklah kamu memberitahu perkara yang hak kepada sesiapa sahaja walaupun dirasa pahit
9. Janganlah sesekali menghiraukan celaan daripada sesiapa pun dalam menjalankan urusan agama Allah
10. Lihatlah keaiban diri kamu sendiri dan jangan melihat keaiban orang lain. Apabila kamu mempunyai sesuatu keaiban maka janganlah kamu memarahi seseorang yang mempunyai keaiban yang sama.

Wahai Abu Zar, tidak ada kebijaksanaan yang melebihi perancangan yang baik, sebaik-baik takwa adalah menjauhi perkara yang HARAM dan tidak ada kemuliaan yang setanding dengan akhlak yang baik.

Waallahualam.

notakaki : semua orang nak jadi baik, dan fitrah manusia nakkan kebaikkan, semoga setiap amalan kita ni mendapat keredhaan Allah, nak jadi baik juga tak boleh sorang2, kena ajak jugak kawan-kawan kita untuk jadi baik =)

p/s : kepada sesiapa yang singgah ke blog ni, kalu ada apa2 kesalahan ana, tolong perbetulkan, syukran banyak2 =D

No comments: