Nov 17, 2012

saya kembali keranaNya

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum wbkt..

lama rasanya saya tidak menambah entry baru dalam blog yang hampir usang ini.terlupa pada hak yang sepatutnya saya sampaikan pada semua.terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama sepanjang blog ini ditinggalkan.
ini semua kerana kesibukan mengutip mutiara ilmu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan pada blog ini.
walau apapun,saya akan berusaha sedaya upaya saya untuk menambah apa2 ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama khususnya untuk diri saya sendiri yang terlalu banyak sangat kekurangan ilmu.

kadang-kadang dek kerana kesibukan mengejar dunia kita terlupa ada yang lebih penting untuk kita kejar sebenarnya..kita terlupa kita ada khaliq yang menciptakan kita.dan kita juga terlupa apa tujuan sebenar kita dihidupkan didunia ini.

sekadar untuk mengingatkan semua dan paling penting diri ini,perbaikilah dan perbanyakkanlah niat dalam segala amalan yang kita lakukan.pesan saya,sertakanlah niat kita dengan keikhlasan yang benar-benar ikhlas kerana sesungguhnya niat tanpa ikhlas itu ibarat debu-debu yang berterbangan.makanya,sia-sia sahaja niat dan amalan yang kita lakukan..nauzubillah..

sepanjang saya meninggalkan blog ini tanpa entry baru,terlalu banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan saya.seminit pun Allah telah tetapkan bermacam takdir,inikan pula setahun.bila difikirkan semula,terasa manis hidup ini dengan pelbagai ujian dan mehnahNya..ibarat pelangi yang muncul selepas hujan.menatap pelangi itu kadang-kadang bole membuatkan saya trsenyum sendirian :-).

ingin sekali saya berdoa agar Allah menetapkan hati ini untuk terus berada dijalanNya dan juga terus menulis untuk dimanfaatkan oleh orang lain khasnya oleh zuriat saya kelak(seperti yang saya katakan tujuan utama blog ini ditulis).wallahua'alam.



Strive for Mardhatillah

No comments: