Feb 24, 2011

lift your hands up,turn your head down n pray.

bismillah....
assalamualaikum wbkt...

Sufi,
Hari ini ana terlalu ingin untuk menaip.Rindu untuk berbicara bersamamu.Sudah lama rasanya ana tidak berkongsi suka dan duka bersama engkau Fi.walaupun ana cuti dan berada di Malaysia pada waktu ini tapi ana terdapat sedikit kekangan.yela,bila ana berada di rumah nenek makanya ana terputus hubungan internet..Disebabkan line telefon pun tidak berapa elok,tidak dapatlah ana on9..

Buat masa sekarang ana sedang menunggu panggilan daripada Kpt untk dipanggil pulang ke Mesir.
Banyak masa sekarang ni masa banyak dihabiskan dirumah..membaca buku-buku ilmiah yang baru dibeli..''mengapa kadang2 saya boleh jadi alim dan terkadang saya boleh jadi zalim'',''Di dunia ada syurga'',''Muhammad al-fateh'',dan ''jadilah wanita terpuji dunia akhirat''..

kebanyakkan buku2 ni membuka mata ana..kadang2 kita sudah berasa di zon yang selesa..tetapi sebenarnya tidak...Kita tidak layak untuk berasa selesa kerana ana ingin mengingatkan bahawa ''tidak beriman seseorang itu selagi tidak diuji oleh ALLAH''...

Ana lebih suka membaca daripada menonton kerana membaca memerlukan hati dan mata..tetapi menonton hanya perlu mata untuk melihat..kadangkala menonton jiga boleh merosakkan hati.Lain pula kalu membaca..''membaca pelita hidup''..menerangkan hati dan menajamkan fikiran..

Sufi.
Daripada dulu lagi ana sudah lama terfikir untuk menulis bi=uku berkenaan doa.Ana mahu mengajak diri sendiri dan juga teman2 pembaca supaya lebih banyak menadah tangan.Menggantungkan hati,fikiran dan diri sepenuhnya kepada yang maha Besar..kerana ana yakin hanya kepada Dia,pemegang kunci yang menghurai setiap permasalahan.Dia yang memberikan kesembuhan.Dia yang Maha mengubati hati daripada kesedihan.

Ana yakin bukan saja ana,tetapi ramai yang rasa beruntung kerana memiliki dan mempercayai sepenuhnya pada keberadaan.Ana tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya sekiranya tidak ada campur tangan ALLAH..Perjalanan 4 bulan di Mesir,negara yang dikatakan ramai mengenal ALLAH,membuat ana rasa bersyukur sangat..

Oleh kerana ALLAH berada disisi ana dan orang lain,setiap manusia tidak pernah berasa sendirian.Bahkan semasa ana rasa begitu miskin.ana tahu cita-cita ana tidak akan gagal kerana pemilik jiwa ana sangat kaya.Dia yang maha berkuasa memberi keupayaan kepada merekan yang tidak brdaya.Dia yang menjadi tumpuan semua doa.

sufi,kekasih hatiku..
Setiap kali ujian muncul ana akan berasa lemah,ana diingatkan yang ana memmiliki ALLAH yang tidakn pernah letih dan jemu mndengar permohonan ana.ALLAH suka ana memohon.
ALLAH senang mendengar luahan hati kita sepanjang hari,sepanjang malam dan setiap waktu.

Sufiku,
Alhamdulillah,ALLAH ada bersama kita.DenganNya yang berat tersa ringan.DenganNya,ana dan ramai orang lain selalu berasa mempunyai harapan,kerana Dia memungkinkan perkara2 yang mustahil.Dia menciptakan keajaiban unutk hamba2nya............................

InsyaALLAH.....

Strive for mardhatillah...

2 comments:

Saneem 91 said...

salam sayang meera, moge tercapai impian tue,, ameen

Saneem 91 said...

salAM MeerA, semoge tercapai cite2 awk, ameen